Assalamualaikum...
Hi korang...
Hehehehe...tajuk agak2 buat korang terperanjat tak...hahahaha....sebenarnya nak update pasal novel baru yang SA beli semalam...belommmm...SA belom halal buat sesiapa ye..hahahaha...jangan ada specu-specu tau.....
Punc kita beli Novel ni sebab kita malas nak punggah novel dalam kotak..yang dalam lemari semua dah baca dan dijadikan koleksi..so yg dalam kotak menimbun tu nanti la kita baca...habiskan yang baru ni dulu..hahaha....nak tengok Netflix account kita tgh problem...sampai skrg nak subscribe baru pun x dapat lagi...so..petang2 naik train bleh la baca novel...perjalanan 1 jam kan...
Sebenarnya novel ni dah lalu lalang kat FB SA, sebab SA follow penulisnya Suri Ryana. so SA dah baca sinopsis terus rasa macam ala...best plak citer ni...tu yang beli novel ni semalam...bukan 1 ye...tapi terjebak 3 novel...2 novel lagi dari penulis kegemaran SA gak...Acik Lana. Dua novel tu episode 1 dan II. Tu nanti next SA citer la ye.....mula- mula baca memang best...so..tengah baca ni memang rasa bersemut...kita tengok nanti...SA kalau baca novel memang menghayati watak. Kadang- kadang sampai boleh menangis
Sinopsis
Menjadi seorang Fatihah Nabila bukan mudah. Dicurangi Ayden Aqashah benar-benar memberi tamparan hebat dalam meniti usia dewasanya. Namun, siapa sangka di kala dia mahu menjauhi lelaki itu, takdir seakan menolaknya rapat pada Aidid Aqashah, kembar seiras Ayden pula. Bekerja sebagai caretaker mama Aidid dan Ayden, Datin Mahani benar-benar membuatkan hidupnya seperti menaiki roller coaster. Tunggang-langgang!
Ayden sering merayu untuk kembali manakala Aidid sentiasa dingin dan mencari salahnya. Keadaan di vila bertambah kacau-bilau apabila Clown 13, badut pembunuh yang berbahaya kembali memburu Datin Mahani yang sedang terlantar sakit. Tanpa diduga ada rahsia yang tersimpan bersama dendam kesumat yang bergumpal kusut.
Satu kejadian hitam benar-benar memberi tamparan hebat dalam hidup Tia. Ketika jiwa gadis itu hampir mati, Aidid muncul membawa harapan.
“Aku akan bertanggung jawab ke atas kesalahan yang Ayden lakukan pada kau. Be my wife and I’ll protect you till my last breath, Tia...” -Aidid-
Siapa saja yang mampu menentang jodoh yang telah lama tertulis di lohmahfuz? Namun, berjayakah pernikahan ini tika keraguan menghuni fikir pabila Aidid mahu merahsiakannya untuk sementara waktu? Apatah lagi sayugia menyedari Maya Nysa, gadis pilihan keluarga Aidid masih terkejar-kejarkan lelaki itu.
“Hidden truths are unspoken lies, Tuan Aidid... no matter how careful we are, we will get caught.” -Aidid
“Don’t you trust me, Tia? Aku tak main-main dengan kau. Please... trust me. Ada sebab yang sangat besar kenapa aku sembunyikan pernikahan ni.” -Aidi
Cinta yang mengasyikkan itu tetap tersulam indah biarpun pelbagai rintangan yang menerjah. Tika leka diulit bahagia, sekelip alpa hampir memisahkan nyawa.
“Penantian ini sangat panjang Tia... abang hampir hilang Tia pada Ayden dan kali ini abang akan pastikan yang abang tak akan hilang Tia lagi. Untuk selama-lamanya.” -Aidid-
“Terima kasih sebab cintakan Tia. Honestly, I think I’ve fallen for you too...” -Tia-
Suratannya, rahsia demi rahsia terungkap dan identiti seorang demi seorang pengkhianat terbongkar.
Selama mana hubungan mereka dapat bertahan kerana menurut badut berbahaya itu, hutang nyawa bayarannya juga nyawa.
Baca sinopsis best kan...kita tengok la kesudahannya macam mana....suka perjalanan citer novel ni sebab ayat- ayat yang santai dan sempoi...terus kita rasa dan terbawa dalam jalan cerita...
jumpa lagi next entry...
Semalam masuk Kedai Buku Popular, tak jumpa novel yg berkenan. Kita pulak susah nak masuk genre cintan cintun, zaman remaja dulu okey je, hihi. Dah remaja purba baca majalah Nona aje la.. yg online.
ReplyDeleteRindunya nak baca novel. Tak sempat lagi nak membaca novel walaupun ada novel baru.
ReplyDeletebestttt....tersenyum sorang2 dibuatnya layan novel ni. selamat membaca! Yg novel Acik Lana tu pun best dua2..
ReplyDeletebnyk kali jugak la ternampak novel ni lalu lalang dekat feed IG... nantila fikir nak beli ke tak hehe.. setakat ni penah baca 2 novel Suri Ryana, dedua feveret
ReplyDeletefemes novel ni..preloved pun mahal org jual..:)
ReplyDeleteDulu rajin beli buku novel..Sekarang baca online je lah tupun kalau ada masa..hehe
ReplyDeleteada satu buku ammi baru baca suku je...terbengkalai. sekarng ni dok leka main crossword je kat phone....leka sungguh
ReplyDeletelamanya saya tak layan novel2 cinta kak
ReplyDeleteFuhhh kaki layan novel memang syahdu kalau dapat story best
ReplyDelete