Assalamualaikum...
Hi korang...
Hari ni SA nak lari sikit dari kebiasaan...selalu citer bab sakit...bab makan...bab bekal kan...hehe...
Dalam kehidupan, seseorang pasti pernah rasa sedih terluka yang membuat hati menjadi kecewa.
Saat perasaan kecewa itu menyelimuti hati, membuatkan seseorang menjadi resah dan sukar untuk menjalani kehidupan kan?
Korang pernah rasa kecewa?
SA of course la ada...rasa sedih...rasa buang masa dan rasa kenapa orang lain boleh je bahagia tidak kita...
Apabila menyebut mengenai kekecewaan, semua orang normal akan merasainya dalam kehidupan. Apabila sebut perjalanan sebuah kehidupan, sudah semestinya ada jatuh dan bangun dan jika tidak jatuh-jatuh, itu sudah bukan kehidupan namanya..
Mengurus Rasa Kecewa
Kecewa merupakan hal yang wajar terjadi ketika kehidupan tidak sesuai dengan apa yang kita harapkan. kadang rasa kecewa itu juga disebabkan dari orang-orang terdekat kita. Ada pula merasakan kekecewaan kerana ditinggalkan, dibohongi kekasih mahupun teman rapat yang kita percaya. Ada rasa kexewa dengan adik beradik atau ibu bapa..
Kekecewaan tak hanya terjadi pada orang dewasa, anak-anak, remaja, hingga orang tua pasti pernah merasakan kekecewaan. Kekecewaan ini merupakan keadaan di mana kondisi seseorang merasa rapuh kerana apa yang diimpikan tidak sesuai rencana. Pada saat kecewa, seseorang akan kelihatan murung, sedih dan sikapnya pun berbeza dari biasanya.
Kesedihan yang menjadikan kecewa ini memang tidaklah menyenangkan. Rasa kecewa memang sulit dilalui. Apalagi rasa kecewa terhadap orang lain, Kadang- kadang kita bingung mengungkapkan kata-kata kecewa terhadap orang lain. Entah kerana malas mengungkapkannya kerana sering mengulanginya atau kerana belum menemukan kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan rasa kekecewaan tersebut.
Biasanya kalau korang dalam kekecewaan, bagaimana korang..mengubati rasa sakit kecewa tu?
Jom share...
Rasa kecewa itu akan membuatkan seseorang menjadikan dirinya sebagai hamba kepada perasaan yang sentiasa terganggu dengan segala apa terjadi terhadap dirinya.
Lebih memenatkan lagi, bebanan akan membuatkannya dalam keadaan bingung atau stres mendalam yang boleh mengundang kepada ketidak tentuan hidup atau kesengsaraan jiwa.
Tapi sayangnya, tidak ada siapa peduli dengan apa yang terjadi kepada diri kita dan hakikatnya, kita akan berasakan tidak selesa seperti apa dibayangkan. Sehingga muncul pertanyaan bagaimana cara mengatasi rasa kecewa dalam hidup?
Beberapa tip ini mungkin boleh menjadi panduan untuk mengurus dan menerajang rasa kecewa jauh-jauh dalam diri kita.
• Terimalah hakikat semua orang pasti mengalami kecewa dan ia seperti takdir yang tidak mungkin dihindari. Semua orang pasti akan atau pernah berasa kekecewaan dan semua ini memang layak kita alami sebagai manusia.
Jika bercakap tentang kebahagiaan, semua orang ingin bahagia. Serumit mana pun masalah hidup kita, sesukar mana masalah dihadapi, pasti ada saat-saat yang kita akan berasa bahagia meskipun di kedudukan sebenarnya adalah begitu menyedihkan
Jadi tak perlu lagi menambah kekecewaan dengan rasa sakit hati dengan apa yang kita alami. Usah terlalu pening untuk memikirkannya kerana kehidupan mesti diteruskan seadanya.
• Jangan terlalu bergantung harap dengan orang lain. Kita setuju tidak ada manusia sempurna kisah hidupnya. Saat kita menganggap seseorang baik, lalu menaruh harapan untuk bergantung harapan padanya, namun kita akan rasa kecewa nanti apabila apa diharapkan tidak sebagaimana yang dibayangkan.
Akhirnya kita kecewa dan mulai menganggap sebaliknya. Sampai bila rasa kecewa dialami hanya untuk menyalahkan orang lain? Kecewa yang paling menyakitkan dimulai dengan harapan terlalu tinggi terhadap orang lain.
• Jangan terlalu memikirkan semuanya. Kita tidak mampu berseorangan mengubah dunia. Ambil yang perlu diberi keutamaan sahaja untuk bekal kita bagi meneruskan perjuangan hidup.
Jika kita terlalu memikirkan semua masalah termasuk masalah orang lain, ia pasti akan memberatkan kepala kita. Dalam bahasa mudah, kita sudah ada 10 masalah, jadi jangan ditambah beban dengan 20 masalah orang lain untuk kita fikirkan.
Akhirnya kita akan berasa kecewa terhadap diri sendiri kerana tidak mampu mengubah orang lain untuk menurut kehendak kita. Mungkin kita mulai stres, terlebih berfikir dan moral pun menurun.
• Ubah cara berkomunikasi. Kita mungkin tidak mampu mengubah pemikiran orang lain, tapi sedikit demi sedikit kita mampu untuk mengawal dan memintanya mengikut pemikiran kita jika kena cara komunikasinya.
Dalam erti kata lain, di dalam setiap hati orang, mungkin ada persamaaan jiwa dan perilaku atau kehendak dengan kita, jadi terpulanglah pada kita menghubungkan komunikasi berkesan yang baik antara pasangan atau masyarakat.
• Kadang-kadang, kecewa itu sebenarnya membawa kebaikan. Saya berpendapat demikian kerana jika hidup kita hanya mendatar, maksudnya biasa-biasa sahaja dan kita tak tahu atau tidak berusaha memperbaikinya.
Rasa kecewa itu maksudnya jatuh dan bangun serta kita berupaya terus bersemangat bangkit semula, sekali gus berusaha ke arah kebaikan dan kemajuan diri sendiri.
Ini kerana jika kita tidak kecewa atau gagal, kita tidak tahu di mana Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi diri sendiri dan akan berusaha untuk mencapai standard tinggi bagi kepuasan diri seadanya.
• Cara untuk kembali normal dan bertenaga selepas mengalami kegagalan. Tetap bersemangat meneruskan kehidupan, menjaga hubungan baik dengan pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling termasuk kawan yang mengembirakan hidup kita.
Paling mustahak, jangan menaruh harapan terlalu tinggi dalam kehidupan atau orang tertentu, sebaliknya kita perlu lebih bijak menentukan harapan yang masuk akal.
Hidup akan terus menguji kita dan berlaku bijaklah untuk mempelajari keterampilan dalam mengelola harapan dan mengatasi rasa kecewa.
Kesimpulannya setiap kegagalan dan rasa kecewa pasti ada hikmahnya diberi ujian oleh Allah SWT serta sejauh mana kita dapat menerima dan mengatasi ujian itu adalah kekuatan diri kita.
Terpulanglah kepada kita untuk mencari cara untuk mengatasi dan meneruskan kehidupan. Semoga hidup kita akan terus bersinar di bawah lindungan-Nya
Semua orang akan ada rasa kecewa dalam dirinya sama ada berkisar mengenai permasalahan peribadi, kerjaya, keluarga, masyarakat setempat, persekitaran atau sebagainya dalam perhubungan.
Life must go on adalah ayat yang selalu kita dengar kerana kehidupan mesti diteruskan dengan pegangan dan prinsip sendiri tanpa meniru mana-mana kehidupan orang lain disebabkan apa yang kita rasa serta alami berbeza dengan kisah atau perjalanan hidup orang lain.
sekarang kecewa tentang perkara yang kecik kecik je...masa dulu...banyak betul rasa kecewanya ... besar besar pula tu
ReplyDeletedulu dana seorang yg negatif, jadi hidup tu jadi rasa macam susah dan kelam kelibut sikit. Tapi sekarang ni sejak dah makin matang dan tua semua take it easy je. Dana banyak cuba bersangka baik, tak nak fikirkan sangat apa benda yg buat jd frush tu, buat benda lain yang jadikan kita gembira.
ReplyDeleteits normal feeling...semua pun akan rasa bezanya mcm mana kita handle je..kan.
ReplyDeletetapi dulu2..kecewa tu rasa dah nak ending of the world dah..kannn..nowadays, dah makin dewasa & matang..in sya Allah..leh la handle
Semua rasa itulah menjadikan hidup kita penuh warna warni..
ReplyDeleteKecewa mengajar kita menghargai bahagia..
kecewa pasti smua org hadapi..cara mengatasinya kena tgk tuan bdn sdiri tp apa2pn kena move on..life must go on
ReplyDeleteErmm.... Rasa kecewa itu pasti ada.. Psti ramai pernah alami cuma kdg kita takut nak hadapi dan atasi rasa kecewa tu hingga berlanjutan.. Sama la mcm ako.. Berpuluh tahun rasa kecewa masih wujud smp skrg walau dah byk kali kita atasi perasaan tu..
ReplyDeleteKecewa dengan rasa itu. sakitnya tu di sini sis
ReplyDeletesalah satu cara urus kecewa adalah fikir positif....dunia ni terlalu banyak benda yang boleh buat kita kecewa. Tips jangan terlalu berharap kepada orang lain dan terlalu memikir semua perkara sebenarnya betul sangat.
ReplyDeleteada gak pernah rasa kecewa.. tapi macam akak kongsikan ni la.. kena selalu setkan dalam diri kita tak mampu ubah semuanya sorang2.. jadi fleksibel dan lebih memahami situasi tu sangat membantu..
ReplyDeleteDulu memang kalau rasa kecewa rasa teruk sangat. Rupanya itu semua proses untuk mematangkan diri. Beruntunglah orang yang pernah mengalami rasa kecewa tetapi mengambil iktibar untuk bangkit semula. Hidup mesti diteruskan!
ReplyDeletetq kak for sharing
ReplyDelete