RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL😋😋😋
Bahan-bahannya
Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.
10 tangkai lada kering - dikisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 btg serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak
Cara2:
1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.
Kredit Resepi: Dzanariah
Kredit FB Inspirasi Resepi
Nampak sedapnyer
ReplyDeleteSedapnya dapat makan sotong fresh!
ReplyDeleteWow...warna sotong bakar tu mengancam..Sambal cicah pun terliur dibuatnya
ReplyDeleteuishh sedap tu kak..tgk gambar pun dah terliur..:)
ReplyDeletesedapnya kak.. nanti nak try buat la
ReplyDeleteAduh kak. Bikin kecur air liur tgk haa.
ReplyDeleteaduh..buat kecur orang aje
ReplyDeletenyummm. da sihat nanti bolehlah buat. saya datang bawak pinggan
ReplyDeleteaww...seksi sotong tu, nampak menyelerakan
ReplyDeleteDaring betul dia punya warna. Ni kalau saya buat, harus lah tak menjadi. 😅
ReplyDelete