Assalamualaikum....
Hi korang...
Salam Maal Hijrah...1 Muharram 1444H hari ni bersamaan 30 Julai 2022. SA lelap lepas subuh ..SA terbangun terus turun bawah buat sarapan..Nia nak pi keja kan...tengok2 atuk dia dah buatkan cekodok cicah asam pedas...alaaa...bosan la makan cekodok...SA keluarkan daging korban ada belen skit..rendam...pas tu siapkan bahan..dagung dah lembut SA hiris nipis2...Pak zain hantar Nia pi work SA kirim mee kuning ngan tauge...
Nak resepi ke? Alaaa...tajuk resepi kan...haha...okey la SA share resepi..
Resepi Mee Goreng Daging Style SA
Bahan-bahan:
1 bungkus mi kuning
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
200 gm daging- hiris nipis
2 pokok sawi bok choy
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil secukup rasa
1 sudu besar serbuk lada sudah
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
- Panaskan minyak tumiskan bawang putih bawang kecil yang ditumbuk hingga wangi.
- Masukkan cili kisar, masak hingga garing dan masukkan daging. Masuk sedikit air dan biarkan daging empuk.
- Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada sulah, secukup rasa, gula dan sedikit saja garam. Biarkan mereneh sebentar.
- Masukkan mi yang sudah dibasuh dan ditos, bok choy dan last nanti masuk tauge.
- Gaul rata dan masak hingga nampak mi lembut.
- Tutup api...sedia dihidang
Jom tengok gambar
Alhamdulillah rezeki pagi ni..
Layan plak dengan secawan kopi 434 Muar...
Korang sarapan apa pagi ni?
Wah rajinnya pepagi goreng mee, makwe sapelaaa ni? 😆😆
ReplyDeleteCara dan bahan goreng mee kita lebih kurang samalah, SA.
Sukanya mi goreng daging macam ni kak. Lengkap ada sayur sawi dan yang penting taugeh banyak. Suka suka. Tambah pulak ada kopi o kaw tu haa..
ReplyDeleteMenarik resepi ni dan nampak sedap.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSelamat berbekpes
Sedapnya mee goreng daging. Lain macam rasanya kan berbanding goreng perencah biasa.
ReplyDeleteSemalam dah blogwalking sini...ingatkan dah komenðŸ¤
ReplyDeleteTerliur tengok mee SA..pagi ni saya pulak ikut..hihihi
Ni mai lagi sini
Lama betul tak makan mee goreng
ReplyDeleteLetak daging pula mmg perghhh memang menambah la .
Bab masak mee goreng ni umi rabia biasa masak sedap .
sama...suka letak daging dlm mee....
ReplyDeletetengok mee goreng baru perasan dah lama tak makan mee goreng..
ReplyDeletekopi 434 Muo skali mee goreng SA. fuuuhhh.. daging lebih ye
ReplyDelete