Assalamualaikum...
Hi korang...
Masa sepanjang minggu Aidiladha hari tu...Mak Pah baru keluar ward, adik- adik ada kat rumah..so kami gilir- gilir masak...dari petang raya sampai la beberapa hari...ada masa SA masak dan ada masak adik SA masak..
Kat bawah ni gambar yang sempat SA snap masa diorang masak tu...Mak Pah memang makan kami pantau...tak leh nak makan suka- suka dah...nanti 1hb nak ke IJN pulak. Doctor GH Seremban refer semula ke IJN memandangkan dah selalu sangat Mak Pah kena mild heart attack. So maybe nak kena buat Angiogram semula. Check jantung Mak Pah tu ok ke x..ada blocked lagi ke tak..pelik kan...Mak Pah selalu sangat sesak nafas. SA kuat mengatakan Mak Pah jadi macam tu sebab batuk dan x jaga water intake. Tapi takpe la...pergi je IJN dulu nanti dan tengok Doc pakar sana kata apa kan.....
Jom tengok lauk pauk yang adik- adik SA masak, x ingat adik yang mana satu masak...yang baru- baru ni SA masak memang x dan la nak amik gambar...
Ayam goreng kicap
Sambal Udang
Sup ikan merah untuk Mak Pah
Telur dadar tomato
Sayur sawi goreng
Sambal sardin bukan sardin cap ayam...ni sardin cinta ke apa ntah yang tin merah tu...Rasa?
kureng laaa
Itu je yang sempat SA snap hari tu....lepas tu dah malas nak snap dah...dengan keadaan diri sendiri yang x larat...nasib ada adik- adik yang membantu. Terima kasih yang tak terhingga buat semua adik -adik SA yang membantu...yang sanggup batalkan giliran beraya kat rumah mertua masing- masing semata- mata Mak Pah sakit..
Insyaallah Mak Pah getting better dan dalam healing process. Masih batuk teruk...waktu pagi memang tekanan darah Mak Pah rendah...memang risau la kami dibuatnya tapi tak boleh buat apa.Mak Pah kurang makan...puas dah masak macam- macam...dia tetap x selera makan. maybe sebab terlampau banyak makan ubat. Tekak dia payau. SA memang kena beli banyak buah untuk bagi tekak dia hilang rasa payau tu. Makan pun kena pantau sekarang...
Terima kasih atas doa-doa korang buat Mak Pah. Alhamdulillah kami dikelilingi orang yang baik- baik..semoga doa tersebut diangkat dan dimakbulkan serta berbalik kepada korang juga...aminnnn....
Bestnye tengok lauk2 tu... Lapar pulak rasa perut ni...
ReplyDeleteBtw...semoga Mak Pah sihat hendaknya ye
Amin.,..terima kasih atas doanya Leya
Deletesemoga mak pah cepat sembuh ya, alhamdulillah anak2 jaga seronok dia..
ReplyDeleteAmin...terima kasih diatas doanya....syukur berpeluang jaga Mak Pah
DeleteAlahai, kesiannya Mak Pah. Orang tua kdg memang tak nak minum air sgt sebab tak suka asyik kena ulang ke tandas. Lauk2nya semua nampak sedap tu walaupun sup ikan utk org sakit.
ReplyDeleteMak Pah memang x leh minum air banyak SK, hanya 800ml aje dibenarkan sehari...kalau tak sure bengkak satu badan dan terpaksa dialysis guna machine untuk keluarkan air dia tu...
DeleteUjian sungguh buat Mak Pah. Samalah macam biras Kak Amie, katanya hanya boleh minum 500ml sahaja air sehari. Kalau lebih akan bengkak-bengkak satu badan.
DeleteSemoga Allah beri kesihatan yang baik untuk mak Pah.
ReplyDeleteBesar pahala SA dan adik2 berbakti kepada orang tua.
Sardin saya suka brand D’Heritage, dalam peket. Sedap.
Terima kasih atas doanya,kalau sardin SA lebih suka sardin cap ayam...hehehe...insyaallah selagi kami mampu..kami adik beradik akan jaga Mak dan abah seadanya
DeleteSyafakallah buat bonda SA Mak Pah.
ReplyDeleteDah lama tak makan sup ikan merah nampak sedap tu
Terima kasih Mrs A, mak skrg kami masak kan lauk macam dalam pantang je...
Deletealhamdulilah Mak Pah makin sihat sikit ye... SA pun dah ok ke tu? Nampak arini dah keje ye?!
ReplyDeleteMak Pah tgh healing process...SA getting better,cuma macam robot je la skrg ni sebab muscle pain kan cramp sebab batuk kuat...hari ni baru start kerja
Deletesemoga Mak Pah cepat sembuh. biasalah tu kak SA, bila badan tak sihat auto selera makan akan drop. akak pun sama ye, jaga kesihatan
ReplyDeletemakan bertambah ni.. saya pun suka beli ayam bran je kak
ReplyDeleteSemoga Mak Pah terus istiqamah menjaga diet harian agar dapat kembali sembuh seperti sediakala.
ReplyDeleteAllahu....kita yang sihat kadang sampai lupa nikmat dapat minum sepuasnya berbanding yang ada limit minumnya...Semoga Mak Pah dikurniakan kesihatan yang baik
ReplyDeletesemoga Mak Pah bertambah sihat & ada selera makan....saya pun suka sardin cap ayam..
ReplyDeletesemuanya menu membuka selera..:)
ReplyDeleteSemoga Mak Pah cepat sembuh.
ReplyDeletememang kena jaga..byk pantang larang tambah2 bab makan ..semoga sihat selalu ye mak pah
ReplyDeleteSemoga Mak Pah cepat sihat. Syukur ada adik beradik dekat boleh bantu membantu.
ReplyDelete