Sunday, July 31, 2022
Menu Ala Kampung Di Hari Ahad
Resepi Ayam Goreng Berlada Basah Basah Requested By Mak Pah
- Ayam bahagian thigh 6 keping potong dua ( garam kunyitkan dan goreng)
- 5 ulas bawang merah kecil
- 3-4 ulas bawang putih
- 2 biji Cili besar
- 10-15 biji cili api ikut tahap pedas korang nak
- 1 biji bawang besar -dihiris
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu kecil secukup rasa
- Ayam di goreng
- Bahan 2-5 di goreng sampai layu
- Kemudian di tumbuk lumat -SA malas nak kisar
- Tumis dengan minyak yg panas biarkan sedikit garing
- Masukkan sos tiram dan secukup rasa
- Masukkan bawang besar, gaul dan biar sampai layu.
- Kalau kering masukkan sikit air
- Tqk perku letak garam sebab sos tiram dan secukup rasa dah masin..lagipun ayam goreng td dah ada garam skit kan
- Masukkan ayam yang dah digoreng..gaul mesra
- Siap!!
- Sedia dihidang
Zaman Kegemilangan SA di Terminal One Seremban 20 Tahun Yang Dulu
Saturday, July 30, 2022
Eh..eh..Awalnya Masak Tengahari Ni ....
Settle dah masak tengahari ni....
SA x keluar?
Malas nak keluar...rasa nak baring tido...lepas tu petang kang nak pi Brisk walk je...eh..kena beli kasut sukan baru la...yang lama tu dh rosak...nak pi dating plak...ada orang tu jauh nau...nanti la tunggu dia turun KL nanti...ikutkan dia memang nak turun Seremban hari ni...SA yg x bagi...sebab esok dia kerja...heehhee.....
Jumpa la lagi next entry....Pak Zain demam ngan batuk..Mak Pah lepak2 tengok Nujum Pak Belalang kat Astro Ria...kejap lagi lepas solat Zohor baru kita lunch ye...
Happy weekend korang....
Esok SA share resepi Ayam Goreng Berlada tu erk....
Resepi Mee Goreng Daging Style SA
- Panaskan minyak tumiskan bawang putih bawang kecil yang ditumbuk hingga wangi.
- Masukkan cili kisar, masak hingga garing dan masukkan daging. Masuk sedikit air dan biarkan daging empuk.
- Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada sulah, secukup rasa, gula dan sedikit saja garam. Biarkan mereneh sebentar.
- Masukkan mi yang sudah dibasuh dan ditos, bok choy dan last nanti masuk tauge.
- Gaul rata dan masak hingga nampak mi lembut.
- Tutup api...sedia dihidang
Friday, July 29, 2022
Salam Maal Hijrah 1444H...
وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً
Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur;
(Surah al-Nisa’ : ayat 100)
Bagi tahun 2022 ini, program sambutan rasmi Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2022/1444 akan berlangsung pada sebelah malam 29 Julai depan dan bukan keesokan paginya iaitu pada 30 Julai.
Menurut sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tradisi yang sudah dilaksanakan beberapa tahun lalu itu mengambil kira tarikh takwim Islam bermula sejurusnya azan Maghrib
Cuaca Tak Menentu Sepanjang Minggu Ini
Menu Sap- Sap Soi Hasil Dari Blurr Depan Fridge...
Salam Jumaat
Thursday, July 28, 2022
Makan Nasi Kandar Pelita Di Seremban Gateaway
Mak Pah tunggu Pak Zain dan SA duduk and makan sama