Thursday, July 21, 2022

8 Tips Untuk Hidup Yang Tenang...

 Assalamualaikum...

SA share tips di bawah untuk pengetahuan dan perkongsian kita semua...


Lapan Tips Untuk Hidup Yang Tenang.

1. Berdamai dengan masa silam.

Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehidupan sekarang. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah kita dendam, lupakan kesilapan lama dan betulkan kehidupan sekarang.

2. Usah pedulikan apa orang kata.

Terlalu ambil peduli setiap kata-kata orang hanya membuat kita tersekat. Selagi kita rasa betul, benar, dan itulah yang terbaik, jalan terus. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.

3. Masa ‘menyembuhkan’ hampir semua perkara.

Terluka,kecewa,sakit,dendam,marah, dan apa jua rintangan akan hilang bersama masa. Beri masa kepada diri sendiri untuk biarkan semuanya sembuh sendiri.

4. Tiada orang layak menentukan cara kita untuk bahagia.

Kita tentukan kebahagiaan kita. Kita nikmati kehidupan dengan cara kita sendiri. Jangan biarkan orang lain tentukan bagaimana kita hendak hidup dengan gembira dan bahagia.

5. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.

Setiap kita berbeza. Ada yang merasa bahagia dengan ada keluarga disisi, ada yang bahagia dengan punya timbunan harta, ada yang merasa bahagia hanya dengan secawan kopi ditemani sahabat yang dikasihi.

6. Jangan menghakimi orang lain.

Kita tidak layak nak ‘judge’ kehidupan orang lain. Kita tidak berada dalam situasi mereka dan kita tidak tahu pun bagaimana perjalanan hidup mereka. Berhenti menghakimi kehidupan orang lain.

7. Jangan terlalu fikirkan sesuatu dengan mendalam.

Adakalanya, baik kita tidak tahu apa jawapannya. Tidak semua benda kita perlu ambil tahu. Overthinking juga menyekat diri kita untuk terus mencuba sesuatu yang baru dan menyebabkan kita tidak berani mengambil risiko untuk sesuatu yang mungkin memberi kejayaan pada kita.


8. Senyumlah selalu.

Kita tidak memikul semua masalah yang ada di dunia ini, maka senyum saja. Apa yang kita rasa sukar, mungkin cebisan masalah kecil pada orang lain.

Kredit : Al Amin


7 comments:

  1. Gambar pantai pun dah menggembirakan, SA. Cantik betul langit biru tu, tenang..thanks sharing :)

    ReplyDelete
  2. Bila umur makin meningkat ni, nak tenang2 saja...nice sharing

    ReplyDelete
  3. dulu dana seorang yang negatif banyak benda buat jadi stress tapi sekarang dana lebih rilex, banyak benda yang dana biarkan, jangan fikir dan husnuzon

    ReplyDelete
  4. good sharing kak..nak hidup tenang2 jer sekarang..:)

    ReplyDelete
  5. Yep jgn fikir apa org nk kata dkt kita

    ReplyDelete
  6. nombor 1 tu memang sangat2 mempengaruhi...sebagai manusia, kita tak lepas dari melakukan kesilapan, yang kemudiannya menghantui hidup kita sepanjang hayat..

    ReplyDelete
  7. setuju sgt dgn semua point tu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah