Assalamualaikum...
Hi korang...
Hari ni SA dah start kerja setelah hospitalization dari 21hb dan sambung MC sampai 28hb..so hari ni SA start kerja macam biasa walau badan tak berapa kuat lagi. Ikutkan SA masih batuk dan selsema...letih dah dengan dua benda ni...tisu dah berkotak2 habis dah....
Hari ni SA nak sentuh tentang harga barangan yang melampaua naik sekarang ni...SA x tau la nak komen macam mana lagi...dah terang2 lagi nak bersuluh ke kan...harga tu dah beberapa tahun memang tinggi...kecuali yanag terkawal la kononnya sekarang langsung x terkawal dah...jarang SA bercerita atau buat entry tentang permasalahan semasa kan...tapi entah lah..tiba- tiba nak citer plak bab ni...rasanya macam tak patut jer kalau peniaga kenakan caj tambahan untuk potong ayam kan...elok la korang belajar potong ayam sendiri dari sekarang...dari bazir jer duit macam tu...selalu free aje kalau potong pun...for me memang tak adil la...
Belum lagi kalau beli ayam seekor kat pasar malam atau kat supermarket besar..kita bayar harga seekor ayam total kilo..bila dah mintka potong sampai rumah semua part macam kaki, hati. pedal atau leher serta kepala takde.Betul takde yang makan kepala ayam..tapi apa salahnya masukkan sekali semua tanpa diasingkan sebab ornag beli harga seekor ayam kot. SA kalau beli ayam kat pasar atau pasar malam...semua SA kata SA nak. Kita bayar kot...kan?Pak Zain memang faham perangai SA sebab dia pun macam tu..nasib dia memang beli ayam seekor akan potong sendiri...kadang beli ayam hidup kat pasar pun dia sendiri mintak sembelih kat peniaga tu...Bukan lah dia tak percaya kat peniaga tu...tapi dia lebih selesa sembelih sendiri. Itu sekiranya dia beli ayama hidup la..
SA sedikit terperanjat bila ada yanag up kat socmed kata dah la harga ayam naik mendadak...potong ayam pun nak kena charge. Rata- rata peniaga mengenakan RM2 charge sekiranya nak potong ayam bulat atau ayam seekor. Dah la seekor ayam harga dekat RM20, ni nak potong kena charge plak...kenapa la rata- rata diorang ni nak amik kesempatan. Pada yang pandai potong ayam macam SA takde la masalah. Yang tak pandai potong? takkan nak beli ayam dah siap potong yang sememangnya lain harganya dari harga seekor ayam kan?
SA memang dari umur 12 tahun dah belajar potong ayam. siap belajar potong dah macam orang nak buat pembedahan di dewan bedah. Kena pakai apron bagai...pas tu kena teliti betul- betul sendi yang nak dipotong. Kelakar bila ingatkan balik. Masa tu kami sekeluarga tinggal di Pasir Panjang PD. Kami duduk rumah kuarters. Korang tau jer la kan...rumah kuarters kan memanag banyak kawasan...besar...belakang rumah ada bukit dan ditanam pokok- pokok. Ada cempedak,rambutan pisang apa segala la..Pak Zain plak memang jenis x duduk diam. Ada je benda dia buat dan tanam. Termasuk la bela ayam dan burung merpati...Ayam daging yang dibela pernah cecah 20ekor. Besar- besar dna gemuk- gemuk. Puas la kami makan ayam. Ada je sampai birthday akan sembelih la ayam tu seekor besar dan Mak Pah akan buatkan KFC sendiri. Tepug KFC kan memang ada jualjenis yang original tu. Itupun dah cukup mewah dah. Mak Pak buatkan kek siap ada icing kek guna marjerin lagi. Itupun dah cukup bangga dah citer ngan kawan- kawan. So Pak Zain memang akan ajar anak- anak dia potong ayam atau siang ikan..Kalau dulu masa kecik macam merungut la...ye la...kecik- kecik kena buat kerja orang dewasa...rupanya Pak Zain dan Mak Pah ajar tu bersebab...tengok sekarang..tak susah dah kan...
Kami masa kecik- kecik tak la mewah macam sekarang. Sekarang bukan mewah la..sekarang lebih kepada mampu. Tipu sangat nak kata mewah sekarang. Tapi kalau compare masa tahun tu...dengan sekarang...memang sekarang agak mampu la...cakap aje nak makan apa...sebut je kejap tu kang dah ada dah sampai kat rumah.
Sekarang...sejak dah sakit ni..SA akan bawak bekal la dari rumah hari- hari ke tempat kerja. Cuma masalah SA sekarang cuma satu je...SA takde selera...tekak masih pahit..SA dah hilang 3kg since sakit...muka pun ramai teguar cengkung...harap- harap SA okey semula...x larat ngan batuk ni...selsema lagi la...makan ubat macam mana pun tetap tak hilang- hilang...jahatnya penangan Influenza kan...
Gaji naik, barang pun naik harga la.
ReplyDeleteBetul SA. terkejut sangat potong ayam pun dah kena caj skrg ni..adeh, saya kena belajar potong ayam lah skrg ni..udah lah harga ayam pun naik, nak suh potong kena caj pulak...aiyooo...
ReplyDeletesejak harga ayam naik semua nak di cas nya... dulu takde lak nak potong ayam kene cas gini
ReplyDeleteakak, saya tak pandai potong ayam 😥
ReplyDeletenak kena belajar jugak la ni..kesan inflasi dunia kan, jadi macam ni kat negara kita..
sama la, ciksun.
Deleteaida x pandai jugak potong ayam.
hancur la nanti ayam sekor tu :) ha ha ha ah ha...
tu la tu. potong ayam pun nak kena byr :(
ReplyDeletesedih nyer lah...
diorang nak naikkan harga, tak boleh. dikawal.
so diorang caj potong ayam. hmmmm kerajaan pun x kawal.
pada yg mampu, ok la.
org yg tak mampu? rm2 pun berkira nak kasik anak bini makan.
aduhai...
aritu tgk kwn share gk...smua skarang nk caj ni
ReplyDeleteHari ni kerajaan dah umumkan harga siliang ayam yang baru mulai 1 jul nanti.
ReplyDeletenampaknya kena potong ayam sendirilah
adoi apo pulak ni potong ayam kena bayar T_T. Dah la harga naik, gaji sama je. :(
ReplyDeletepotong sendiri jer la..RM2 tu blh bli barang masak yang lain..huhu
ReplyDeleteKesian orang macam saya yang tak reti nak potong ayam sendiri ni
ReplyDeleteSekarang semua nak caj. Konon terpaksa. Tak tahu lah nak cakap apa.
ReplyDeleteMasih ada segelintir peniaga yang tak masukkan semua part ayam. Mungkin diorang assume pembeli tak nak. Padahal tu hak kita sebab dah bayar. Melainkan dia mintak izin pembeli.
caj RM2 utk ptg ayam mcm mahal nau..
ReplyDeletekat pasar sini dia caj rm0.50 je
wahh hebat laa SA belajar potong ayam masa darjah 6. Sekarang pejam mata je kan. Belum lagi buang kulit, ada cas gak yea
ReplyDelete