Thursday, June 30, 2022

Ayam Bakar Air Fryer Bekal Hari Ini....

Assalamualaikum..

Hi korang...

Hari ni macam yang SA mention pagi tadi...SA bawak bekal jugak pi kerja...dah terbiasa makan pukul 12.30pm ikut waktu makan masa kat hospital...cukup pukul 12 tengahari mula la SA terasa lapar. 

Nak tau tak...untuk bagi SA habiskan semua bekal SA ni apa yang SA buat?

Pagi SA makan sarapan sikit je...bila dah lapar betul baru SA panaskan makanan dan makan pukul 12.30 tengahari...

Walau sarapan sangat penting kan..tapi disebabkan SA nyer tekak masih pahit...makanya itu je cara untuk SA makan...

Balik kerja semalam SA sempat beli ayam bahagian kepak yang dah dimarinate, balik sampai rumah SA bakar jer dalam Air Fryer...senang kerja...bukan SA jer bawak bekal ni...Dania pun sama bawak bekal ayam bakar...



Nasi sesenduk setengah, ulam timun jepun, ayam bakar guna air fryer dan sayur kacang buncis pecah telur..dah panas dalam microwave terus bawak kat tempat dan makan...sambil tengok KDrama


Ni Pak Zain bekalkan..ikan baung seketul...ada balance lauk semalam..dia panaskan dan suruh SA bawak..kalau x nak makan bagi kawan katanya...habis jer SA makan...ikan baung ni sedap..berlemak..
 

Alhamdulillah...berjaya SA habiskan bekal hari ni....

Portion tu sikit je tu...sebab zoom gambar so nampak macam banyak...esok tak bawak bekal rasanya sebab SA half day petang esok..nak kena pi IJN plak....

Alhamdulillah hari ni SA kurang skit batuk...sesekali je batuk datang....syukur SA dikelilingi dengan kawan- kawan yang prihatin...

WW~ Ada Yang Nak Buat Menantu?

Assalamualaikum...

Hi korang...

Tengok lah senyuman manis si bujang SA ni.....gugur tak jantung acik- acik dalam ni tengok?


 
Ada yang nak buat menantu tak.?

Hahahaha...Rindu ngan Abam Opick ni...

Rindu nak peluk dia..

Rindu nak dengar dia panggil Mama...

Kadang dia sajer je tukar ikut suka panggil SA Mommy....

Harap weekend ni dapat jumpa Opick...macam lama sangat dah x jumpa....

Kisah Semalam First Day Working

Assalamualaikum...

Hi korang....

SA berjaya melalui hari dan liku- liku kehidupan semalam dengan rasa yang bercampur baur...x tau nak citer macam mana rasa tu...rasa nak tanggalkan leher ni kalau boleh dan cuci bersih pas tu pasang balik...batuk semakin teruk bila kat office sebab ventilation dan aircondition yang terlampau kuat. Tak tau nak mintak perlahankan macam mana sebab aircond memang centralised kan...So dekat division SA akan kedengaran batuk berpanjangan dari SA la dan SA memang yakin kawan- kawan akan rasa trganggu. 

Bukan SA tak nak sambung MC, tapi sesapa yang duduk di tempat SA pasti akan buat benda yang sama ngan SA. SA secretary dan memang menjadi keperluan dalam division especially pada boss. bila sesekali MC lama dan hospitalization mesti banyak benda yang pending kan....kadang orang faham kita sakit..kadang ada jugak yang kurang faham, tak faham atau buat- buat tak faham. Sedih kan bila keadaan tu semua berlaku. Tak kisah kat mana- mana sektor. Pasti ada dan pasti wujud.

Semalam SA bawak bekal. Menung tengok bekal SA...lauk memang sedap...tapi tu la...tekak pahit dan x rasa apa...tapi SA makan jugak la buat alas perut untuk makan ubat.



Nasi sikit je..nampak banyak sebab gambar zoom, daging goreng halia dan sayur bok choy celur


Ini plak bukan gambar semalam...tapi gambar hari ni...hari ni ada rupa orang sikit...semalam x rupa orang...semalam teruk giler muka macam bengkak sebab steroid dan jugak sebab batuk tak henti- henti.


ramai cakap susut sebab sakit...


Hari ni SA masih sama...masih batuk dan selsema...asal rasa gatal nak batuk je kat tekak, amik tisu and lari masuk bilik meeting. Nasib bilik meeting depan mata...penat oiii...yang dah rasa batuk teruk ni faham la...dah la batuk jenis gatal takde kahak...kalau la boleh garu tekak ni dengan kayu pembaris dah lama SA garu....

Hari ni SA bawak bekal gak...x taua la boleh makana ke tak..harap- harap boleh la makan...nanti SA update ye SA bawak apa....

Wednesday, June 29, 2022

Apa Nak Jadi Ni...Potong Ayam Pun Ada Charge?

 Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA dah start kerja setelah hospitalization dari 21hb dan sambung MC sampai 28hb..so hari ni SA start kerja macam biasa walau badan tak berapa kuat lagi. Ikutkan SA masih batuk dan selsema...letih dah dengan dua benda ni...tisu dah berkotak2 habis dah....

Hari ni SA nak sentuh tentang harga barangan yang melampaua naik sekarang ni...SA x tau la nak komen macam mana lagi...dah terang2 lagi nak bersuluh ke kan...harga tu dah beberapa tahun memang tinggi...kecuali yanag terkawal la kononnya sekarang langsung x terkawal dah...jarang SA bercerita atau buat entry tentang permasalahan semasa kan...tapi entah lah..tiba- tiba nak citer plak bab ni...rasanya macam tak patut jer kalau peniaga kenakan caj tambahan untuk potong ayam kan...elok la korang belajar potong ayam sendiri dari sekarang...dari bazir jer duit macam tu...selalu free aje kalau potong pun...for me memang tak adil la...

Belum lagi kalau beli ayam seekor kat pasar malam atau kat supermarket besar..kita bayar harga seekor ayam total kilo..bila dah mintka potong sampai rumah semua part macam kaki, hati. pedal atau leher serta kepala takde.Betul takde yang makan kepala ayam..tapi apa salahnya masukkan sekali semua tanpa diasingkan sebab ornag beli harga seekor ayam kot. SA kalau beli ayam kat pasar atau pasar malam...semua SA kata SA nak. Kita bayar kot...kan?Pak Zain memang faham perangai SA sebab dia pun macam tu..nasib dia memang beli ayam seekor akan potong sendiri...kadang beli ayam hidup kat pasar pun dia sendiri mintak sembelih kat peniaga tu...Bukan lah dia tak percaya kat peniaga tu...tapi dia lebih selesa sembelih sendiri. Itu sekiranya dia beli ayama hidup la..



SA sedikit terperanjat bila ada yanag up kat socmed kata dah la harga ayam naik mendadak...potong ayam pun nak kena charge. Rata- rata peniaga mengenakan RM2 charge sekiranya nak potong ayam bulat atau ayam seekor. Dah la seekor ayam harga dekat RM20, ni nak potong kena charge plak...kenapa la rata- rata diorang ni nak amik kesempatan. Pada yang pandai potong ayam macam SA takde la masalah. Yang tak pandai potong? takkan nak beli ayam dah siap potong yang sememangnya lain harganya dari harga seekor ayam kan?

SA memang dari umur 12 tahun dah belajar potong ayam. siap belajar potong dah macam orang nak buat pembedahan di dewan bedah. Kena pakai apron bagai...pas tu kena teliti betul- betul sendi yang nak dipotong. Kelakar bila ingatkan balik. Masa tu kami sekeluarga tinggal di Pasir Panjang PD. Kami duduk rumah kuarters. Korang tau jer la kan...rumah kuarters kan memanag banyak kawasan...besar...belakang rumah ada bukit dan ditanam pokok- pokok. Ada cempedak,rambutan pisang apa segala la..Pak Zain plak memang jenis x duduk diam. Ada je benda dia buat dan tanam. Termasuk la bela ayam dan burung merpati...Ayam daging yang dibela pernah cecah 20ekor. Besar- besar dna gemuk- gemuk. Puas la kami makan ayam. Ada je sampai birthday akan sembelih la ayam tu seekor besar dan Mak Pah akan buatkan KFC sendiri. Tepug KFC kan memang ada jualjenis yang original tu. Itupun dah cukup mewah dah. Mak Pak buatkan kek siap ada icing kek guna marjerin lagi. Itupun dah cukup bangga dah citer ngan kawan- kawan. So Pak Zain memang akan ajar anak- anak dia potong ayam atau siang ikan..Kalau dulu masa kecik macam merungut la...ye la...kecik- kecik kena buat kerja orang dewasa...rupanya Pak Zain dan Mak Pah ajar tu bersebab...tengok sekarang..tak susah dah kan...

Kami masa kecik- kecik tak la mewah macam sekarang. Sekarang bukan mewah la..sekarang lebih kepada mampu. Tipu sangat nak kata mewah sekarang. Tapi kalau compare masa tahun tu...dengan sekarang...memang sekarang agak mampu la...cakap aje nak makan apa...sebut je kejap tu kang dah ada dah sampai kat rumah. 

Sekarang...sejak dah sakit ni..SA akan bawak bekal la dari rumah hari- hari ke tempat kerja. Cuma masalah SA sekarang cuma satu je...SA takde selera...tekak masih pahit..SA dah hilang 3kg since sakit...muka pun ramai teguar cengkung...harap- harap SA okey semula...x larat ngan batuk ni...selsema lagi la...makan ubat macam mana pun tetap tak hilang- hilang...jahatnya penangan Influenza kan...

Tuesday, June 28, 2022

Cubaan Buat Kuih Bakar Menjadi...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Semalam senyap sunyi je kan...semalam melantak tido, makan ubat...tido...makan ubat...tido....seksa batuk teruk ni...stress SA dibuatnya...hari ni rasa okey skit...terus tekak ni rasa nak makan macam-macam...

Hari tu teringin nak makan kuih bakar...kuih bakar pandan tu...ada orang jual kat area Zemart ni tp kuih bakar labu..SA plak x makan labu...then hari ni berpandukan video kat reels ke kat Tik Tok ntah SA cuba buat...tengok cara senang je....

Dengan masih batuk...dengan hidung tersumbat...dengan badan lemah x bermaya...demi sebuah keinginan...SA merajinkan diri buat dari A-Z



Masa SA masukkan dalam oven


Masa nak masak dh.. SA bakar guna oven je 180°c selama 1 jam 15 minit...sebab nak dapatkan kesan bakar dia tu...


Wangi oiiii seluruh rumah...agaknya jiran depan belakang pun bau wangi daun pandan...bahan semua memang dh ada kat rumah...daun pandan menimbun tu Pak Zain tanam kan..so...apa lagi..kita kasi panas enjin la

Seronok buat kuih ni bila menjadi kan..

Esok SA start kerja....doakan la untuk SA agar semua ok...Harap2  xde masalah dengan batuk SA esok....

Sunday, June 26, 2022

SA Discharged....

Assalamualaikum...

Hi korang ..

Semalam..SA dah discharged, tapi SA rasa macam satu kesilapan bila doctor discharged SA...sebab batuk SA makin teruk berbanding masa dalam ward...bayangkan SA x tido semalaman...puas Dania urut belakang SA sapukan minyak ...masih x ok...langsung sA x tido sebab batuk non stop....padahal SA dh makan ubat dan sebagainya....

Sudahnya pagi ni lepas sarapan...SA siap2 mandi...siap pakai pad sebab SA batuk sampai terkencing2...perut cramp...dan tekanan sendi badan sakit .. seriously SA stress...SA terpaksa makan ubat tido lepas sarapan...dan SA tido sampai pukul 1 tgahari...bangun makan then SA sambung tido lagi...x pernah SA rasa teruk macam ni...

Kisah discharged semalam....maybe doc yakin SA dh ok...memang kurang batuk...paru-paru dah clear....sebab tu poting nama



Tinggal la KPJ yg SA dah huni selama 5 hari dari hari Selasa


Separuh dari barang- barang SA...fruit basket segala dh transfer dlm bag tu


Pemandangan menghadap Palm Mall...dari level ward SA...



Muka sakit SA masa hari Selasa tu,.pucat..x cukup oksigen


SA akan sambung MC....

Doc bagi sampai Selasa ...harap dalam masa 2 hari ni SA akan sembuh seperti sediakala....penat la batuk ni...kuman Microplasma ni akan kekal dalam badan SA untuk jangka masa tertentu...

Doakan SA kuat semangat....maaf masih x dpt nak berkunjung ke rumah korang seperti selalu...SA perlukan masa untuk pulih sepenuhnya...ini pun dah rasa demam semula...macam mana la SA nak kerja Rabu nanti...pening fikir....

Saturday, June 25, 2022

Menerima Kunjungan Blogger Mommy Ayu a.k.a Idayu Alwi

Assalamualaikum....

Hi korang ..

Semalam lepas SA makan ubat apa segala masa kat ward dapat la dm kat ig dari Idayu rakan blogger yang korang pun kenal..pemilik blog Mummy Ayu.. Ayu memang duk Seremban kan...SA kenal ayu lama dah dari sejak anak-anak kami kecik lagi...so semalam Ayu datang melawat SA kat ward...seronok ada yang datang melawat dan boleh borak sakan walau SA duk batuk je sepanjang masa...

Terima kasih Ayu sudi datang dan siap tempah kek lagi untuk SA...sedap kek marble orange tu..cuma SA x leh makan banyak..cukup sekadar merasa...

Jom tengok gambar...



Nampak sangat muka sakit SA ha


Ramai tegur kata dah susut sikit...ntah la SA x nampak kat mana susutnya badan SA...muka la cengkung skit kot



Cantik kejadiannya...lembut..sedap..


Terima kasih sangat2 kat Ayu ...

 

First jumpa Ayu dulu masa Ian dan Iris kecik, kembar pun kecik...temukan diorang la budak2 tu...then lepas tu x jumpa lagi cuma keep in touch kat blog je..sampailah Ayu kehilangan suami dan bekerja di Bangkok..platform blogger la buat kami amik tau cerita masing2..

Insyaallah next time ada masa dan kesempatan boleh la jumpa lagi lepak2 pekena coffee, tengok wayang atau buat sessi blogger Seremban berkumpul ke kan ..mesti best...tapi SA kena sihat dulu la...sihat betul2 baru la boleh lepak2 dengan selesa skit...

Jumpa lagi next entry...

Breakfast Day 5 & ILI (Influenza-Like -Illness)

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari breakfasts  SA simple je..cranberries chicken sandwich dan coffee...x pernah akan sandwich yang ada cranberry bagai ni...macam sesuatu yg menarik so SA order...

Rasa? Sedikit pelik..tp filing utama dia guna tuna dan mayonis...takde sayuran apa pun...ok la..not so bad...





Lepas tu someone bagi SA ni...SA duk fikir...no wonder SA dapat semua ni...penyakit yang SA dapat ni ada kena mengena ngan prolong history  SA iaitu Influenza..SA kan pernah Koma sebab H1N1...



 

Oleh itu kawan- kawan semua...please jaga diri...Please be extracarefull kawan-kawan...coz iolls dah kena...5 hari dalam ward dah..insyaallah hari ni keluar..paru-paru dah clear cuma keradangan dalam saluran tekak yg masih belum sepenuhnya pulih....SA up kat FB ...rupanya ramai yang kena kat luar sana..ingat penyakit macam ni dh takde dah..but ada dan masih merebak kat luar sana..SA mati-mati ingat SA kena covid ke apa....dan hanya tau terkena jangkutan kuman....atau yang doctor diagnosed Broncopneumonia....

Haih....seram....apapun...kita kena berhati-hati..kena pada kita yg dewasa takpe...kalau anak-anak kena?

Jumpa lagi next entry....

Dinner Day 4

Assalamualaikum...

Hi korang...

Dinner lambat skit semalam sebab ada tetamu datang...nanti SA update dalam next entry...

Dinner semalam SA pilih nasi goreng cina tapi SA x makan habis...kenyang...kenyang jumpa kawan agaknya...tapi malam SA lapar...then basuh buah pear..SA makan je buah pear...ada roti tapi xde air panas..air panas dah suam-suam..ada mintak...tp tu la..x dilayan...maybe sebab air panas cuma dapat pagi dan petang je..malam xde..its sokayyy....makan buah..tengok Madu 3 lepas tu cuba tido...tido x berapa lena sebab cina yang baru masuk ni bising jugak...

Jom la tengok gambar



Nasi goreng cina..ada ayam goreng dan salad..asyik dapat dada ayam..haha...bahagian yang SA kurang suka.tp bahagian tu yg sihat kan


Sup kosong


Buah apple hijau...x masam..kali ni manis

 

Syukur rezeki allah...

Ramai kawan-kawan cakap SA dah susut badan...ye ke..nampak susut ke..makan okey je..cuma makan ikut time hospital kan...so makan ikut waktu yg sepatutnya...itu sebab bleh susut kot...malam SA x makan berat...kalau lapar makan buah...boleh ikut style pemakanan ni la...kalau nak kurus la kan...perut pun dh kurang moncet...hahahahha....

Broncopneumonia ni memang buat SA kurang selera makan la....

Friday, June 24, 2022

Lunch Day 4

Assalamualaikum..

Hi korang...

SA dah lunch...tp x leh makan sangat...sebabnya dapat lauk pedas betul...sudahnya makan sikit je...habiskan sayur dan buah....xpe la..SA ada roti...kalau lapar kang boleh la makan roti...lagipun jap lagi ada minum petang...

Jom tengok menu hari ni



Steamed rice with indian chicken curry


Kari dia nampak pekat, lekat...nampak sedap..tapi sygnya pedas


Sayur kobis


Buah tembikai


Dessert ubat baru..giler punya pahit

 

Alhamdulillah rezeki hari ni...

SA dah makan ubat...jap lagi confirm lelap...dpt lelap kejap pun jadi la...malam td x lena sangat tido..jiran sebelah asyik jerit2 ngigau..pas tu SA batuk x berhenti...aci la tu kan..balas membalas x leh lelap...

Okey...jumpa lagi next entry ...

Dinner Day 3 & Breakfast Day 4

Assalamualaikum 

Hi korang...

Semalam x dan nak up entry dinner...semalam kawan-kawan berkunjung waktu petang..so jumpa diorang semua kat tingkat bawah...seronok sesekali berborak walau masa betul2 cemburukan kami...ye.la waktu melawat cuma 1 jam kan..

Jom tengok apa menu dinner semalam..menu semalam steam chicken dengan Chicken Ginger and vegetable of the day. Buah plak orange...



Set ni..nampak sedap dan sebenarnya memang sedap


Vegetable of the day sayur kobis...


Ginger Chicken


Buah orange...SA x makan sebab buah banyak dari fruit basket...SA bagi kat kakak x cleaner...sekali kuih dan roti yg SA x sempat nak makan


Breakfast Day 4

SA teringin nak makan mee goreng...terus ada menu dalam list...


Okey la..portion kecik...hahaha...

Sedap mee gorengnya....tapi x sesedap mee goreng Pak Zain masak...aik...rindu plak kat Pakcik tu..hahaha...

Nampaknya SA x discharge hari ni...maybe Sabtu atau Ahad...doctor detect something not good in my trakea. Sebab radang x berkurang..SA tetap batuk jenis yg gatal dan kering tu..ubat cair kahak dah makan..tp xde kahak...perit betul bila batuk....

Harap2  lepas doc tukar ubat ni...SA will be ok...banyak pantang nak kena ikut ni..x leh main bedal je nanti lagi teruk...

 Korang..jaga kesihatan ye..tengah musim ni...

Thursday, June 23, 2022

Breakfast & Lunch Day 3

 Assalamualaikum...

Hi korang 

Lambat skit update bab breakfast dan lunch hari ni....alhamdulillah SA getting better hari ni walau tidak sepenuhnya...dari pagi dah macam-macam...hari ni dapat mandi dengan puas...machine tu dah tanggal..lega rasanya...tadi doctor check masih susah skit tarik nafas...debgan result tu jugak mmg confirm SA lambat kuar ward...x pe la..sakit penghapus dosa-dosa kecil kan...allah sayang...

Silap SA hari ni order  bihun bakso...patut order bubur nasi kan...takpe la esok kita tengok apa plak menu breakfast...sedap ke? Sedap la...cuma portion sikit....terus rindu ngan nasi lemak Pak Zain buat...terus rindu gak sambal kerang dan sambal sotong Mak Pah....ishhhh...kena pantang skit la kan....



Okey je bakso...portion sikit...lupa patut mintak mee kuning..SA x minat bihun..lapar punya pasal makan aje la...


Bakso dan condiment


Bila dah masuk dalam kuah


Dapat instant coffee tapi x manis la

Lunch plak SA order semalam steam rice dan chicken Masala...ada sayur macam semalam tu...SA selalu makan chicken masala..tapi yg ni ntah..xde rasa rempah masalanya..tp ok je...



Close up chicken masala


Soup of the day


Epal hijau...


Alhamdulillah syukur...rezeki...kang petang ada lauk ikan kalau x salah...ntah lupa plak..but masih kekalkan steam rice la....

Baru kejap SA lelap...boss call mintak buat macam-macam...hurm baru dia tau bila SA xde kat office.. selalu nak marah je...tapi SA x dpt tolong la..sebab ada bawak laptop masuk spital...kita kat spital nak dirawat dan nak berehat...tapi SA assist jugak la dia mana yang dapat..yg x dapat SA mintak Shikin tolong...

Sampai sini dulu....jumpa lagi next entry...

Terima Kasih International & Investment Management Division Bagi Fruit Basket Cantik...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Update SA hari ni...

Doc detect kuman microplasma terlampau tinggi dlm badan area trakea dan paru2..
Selalu kuman tu nisbah 1:40 aje dalam badan..result td bacaan 1280 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Lama lagi la dlm ward ni...gemuk makan lauk spital je la..

Pemalas nya la SA ..copy je dari whatsaap....

Lepas tu tengah masuk ubat datang nurse bg tau ada fruit basket utk SA...tapi SOP x bagi rider hantar ke ward...then x pe la..SA pi turun amik..jauh skit sebab kat lobby baru...xde staff yg boleh hantar...padahal ramai je kat lobby tu td..what a bad service..patut customer service bleh hantarkan ke ward...nasib SA dh bukak machine...boleh turun...itupun jenuh gak nak berjalan jauh...takpe la benda dh jadi kan...




Orang sakit pi collect sendiri fruit basket...nasib x berat...


Cantik kan..sayang plak nak makan...


Thank you very much to the management and colleagues...much appreciated...segar mata lihat keindahan fruit basket ni..cantik sgt....nak sihat kena banyak makan buah kan..macam x leh diet je duk spital ni..makanan semua sedap2..

Kena cepat sihat ni..bleh masuk office semula...


SA

23062022

Wednesday, June 22, 2022

Dinner Day 2...


Assalamualaikum..

Seawal 6.00petang SA dah makan...kang tengah malam SA laapr balik...nasib ada roti..ada twiggies...hehe...air panas pun dah mintak...boleh buat teh o kang....

Hari ni SA makan steam rice with  ikan bakar sos protugese and vegetable  of the day..



SA makan je terus...elok makan awal kan...



Sayur sawi dan carrot


Ikan bakar sos protugese...x tau ikan apa..rasa macam ikan pari



Mini love from me


Yeay mak kita datang..dania pun ada tp gilir2 x leh ramai2 masuk

 

Mak datang kejap...

Pak Zain ada kat bawah tapi xde parking...so x de la dia naik..waktu melawat pun kejap aje kan...x best la SOP kali ni...tapi x boleh buat pape...kena la ikut....

SA penat ni...penat terbaring dan penat asyik pi toilet....masuk drip memang nak kena sentiasa ke toilet kan...dah la toilet share plak tu..kadang SA dh x leh nak tahan tapi jiran sebelah ni lama dalam toilet...seksa menahan...

Malam ni SA nak baca novel lagi...dan berharap SA dapat tidur lena nanti...baju tebal dah ada...bantal extra pun dh ada...so Boleh la SA rido ngan aman malam ni...ekon dari siang memang kuat...sebab cuaca kat luar pun sama kata nurse..sejuk..matahari pun xde...

Breakfast & Lunch Day 2 Ward Sri Selasih

Assalamualaikum..

Hi korang...

Dah makan ke..SA nak share breakfast hari kedua kat dalam ward ni...pagi ni SA pilih semalam rupanya Nasi Lemak...boleh plak lupa erk order apa...patutnya order bubur ikan sebab nampak jiran sebelah nyer bubur ikan macam best...takpe la kalau ada kita pilih la esok...SA ni tgh lalok ubat ni...duk tido je ha....betul2 rest ni...kalau kat rumah memang x dapat rest..asyik la batuk kung kang kung kang....

Jom tengok gambar eh...style kat ward ni air panas dibekalkan dan diorang bagi instant pack apa je minuman...hari ni SA dapat instant Chocolate  drink...boleh la...padahal pagi biasa SA minum latte atau apa2 coffee...



Instant  Chocolate  Drink


Nasi lemak..okey la not so bad..terus teringat nasi lemak Pak Zain


Air coklat yg dah dibancuh


Sarapan sambil baca paper free


Lunch plak

Untuk lunch SA order steamed rice with sweet sour fish and soup of the day...pun sedap...ikan tu digoreng ngan tepung dan di siram dengan sos masam manis...sos kosong je...


Ni la lunch tghari ni...


Soup of the day dan fish sweet sour...

Jom kita close up


Haaa...nampakkkkk....panas panas sampai...


Soup of the day..x tau la sayur apa...macam labu air...macam timun..eh x tau la.
Tp sedap gak


Buah dapat apple hijau...masammmm....


Lepas dh makan rehat lagi dambil tgok Wow Shop...doa banyak-banyak jangan sampai terjebak..


Sampai sini dulu...rajin kang SA up entry lagi.....korang dah makan ke..makan apa tu?