Monday, May 23, 2022

Seketika Di Freeport A' Famosa Outlet


Assalamualaikum...

Hi korang..

Tak ada apa yang menarik kat sini...tak macam GPO dan JPO...tak banyak jenama terkenal pun...so apa yang SA cari tak ada kat sini...dengan cuaca yang panas..dengan kawasan yang luas...jenama- jenama kecik yang ada di shopping mall ada la...cuma SA x round semua...kalau round semua mau rasanya turun berat badan 10kg...Luas dan memanjang MPO ni....

Melaka apa je yang x panas...terik betul cuaca..lepas tu ngan jammed lagi...apap pun x boleh..Dah la SA ni jenis cepat rimas..

Jom tengok gambar yang sempat SA snap kat sana...


Antara jenama yang ada


Asyik la kena candid...Dania cakap gambar candid la cantik sebab aksi dalam gambar tu jujur tak berpura- pura


Alaaa...terlelap plak


Okey yang ni lawa...sebenarnya nak suruh amik bagi nampak tinggi...sudahnya...x jadi...cane ntah nak buat...ke..kena hp lagi canggih baru jadi?


SA beli apa tu? hahaha...masuk Sorella dan Triumph so...korang paham- paham la apa yang SA beli...


Pose lagi...walau muka dah berminyak dah


Last but not least..gambar ni set kat atas sekali...tapi dia tetap berubah ke bawah...lantak la...malas nak betulkan...



Freeport A'Famosa Outlet, menawarkan pelbagai jenama terkenal antarabangsa dan tempatan. Lebih 80 jenama terdapat sini dan menawarkan harga yang berpatutan. Lebih menumpukan kepada golongan pertengahan tetapi harga yang ditawarkan tidaklah terlalu murah walaupun tawaran sehingga ke 80%.
Pembukaan outlet ini adalah antara usaha kerajaan Melaka bagi menarik kemasukan lebih ramai pelancong.

Kalau korang mencari jenama- jenama barangan sukan atau jenama yang tersenarai kat dalam gambar tu boleh la terjah Freeport A' Famosa Outlet ni...atau dipanggil juga Melaka Premium Outlet. Barangan pun okey jugak tidak menghampakan...SA sendiri terjebak beli handbag jenama Carlo Rino...nanti la SA tunjuk di entry yang lain....sebab apa SA beli? sebab baru ni SA berkenan handbag yang sama kat KLCC, Harga RM500++. Lepas potongan berapa peratus ntah harga masih mahal RM399. Tapi!!kat sini SA dapat RM199. Giler tak beli? Terus je sambar....tak tunggu lagi dah...jauh dah murahnya tu kan....

Jumpa lagi next entry...


14 comments:

  1. Nampak jugak tinggi tu, cuma tak nampak langsing.. kena jalan hujung ke hujung tu SA, bagi turun 10 kg, hihi... aaaaaaaaaaa... larikkkkkkk!

    Kita pernah ke sini, sekali kot. Kalau dengan JPO, memang jauh beza la sebab JPO memang semua butik berjenama terkenal. GPO kita belum sampai lagi.

    ReplyDelete
  2. lma dah tak g melaka sejak habis belajar dlu..:)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tahu pun kewujudan tempat ni. Macam banyak juga pilihan yang ada.

    ReplyDelete
  4. Banyak betul diskaun dapat untuk beg tangan. Kena terjah tengok.

    ReplyDelete
  5. Lama tak datang situ, dulu setiap kali shopping raya suka pergi sana

    ReplyDelete
  6. tak bergambar dekat kincir angin tu ke kak SA?

    ReplyDelete
  7. x pernah gi lagi sini..JPO pernah la

    ReplyDelete
  8. kalo nak nampak tinggi, salah satu kaki kena menuju ke arah kamera..haa gituu, cuba try nanti hahaha

    ReplyDelete
  9. Wah, murah tu harga lepas diskaun kat sini. Tak sempat pulak jenjalan kat sini masa pergi melaka minggu lepas.

    ReplyDelete
  10. ammi penah gi sini sekali je masa dia awal-awal buka dulu..
    tak lalu nak gi sini sbb panas gila walaupun asal balik kampung suami mesti lalu situ.

    ReplyDelete
  11. pernh smp skali..sbb masa tu cuti2 melaka mmg lalu sini..mmg suka JPO dan GPO lagi compare MFO ni

    ReplyDelete
  12. Lokasi yang cantik untuk OOTD.

    ReplyDelete
  13. cantiknya deco dia sesuai untuk ootd

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah