Wednesday, May 25, 2022

Budak OOTD Di Pantai Puteri Melaka

Assalamualaikum...

Hi korang...

Walaupun Melaka sangat terkenal dengan tempat bersejarah namun tidak bermakna Melaka tiada tempat menarik di tepi pantai ataupun tarikan semulajadi yang boleh kita kungjungi untuk bersantai bersama keluarga. Salah satu tempat tempat menarik di Melaka yang boleh dikungjungi ialah Pantai Puteri.

Pantai yang dahulunya dikenali dengan nama Pantai Kundor itu bukan lagi asing dalam kalangan pengunjung. Knowing SA yang sangat sukakan pantai memang akan menjadi pilihan la kalau nak bersantai..tapi tak dapat nak santai lama- lama memandangkan nak balik ke Seremban semula kan. Selain suasana pantai yang nyaman, kebersihan serta keindahan Pantai Puteri menjadi antara faktor tarikan utama pengunjung. Ada pelbagai tarikan yang SA nampak. Sepanjang jalan ada gerai- gerai jualan makanan yang pelbagai. Ada kereta kuda dan juga ada unta untuk di tungang..x sempat SA nak amik gambar sebab battery totally out masa tu..

Apa yang SA nampak sebelah pantai ni ada kawasan nelayan...cantik sangat pemandangan...lepas tu ada batu- batu ditambak di sesuatu kawasan...maybe untuk halangan ombak kot..i dont know..agak aje...tp cantik la batu- batu tu disusun macam tu....bleh buat tempat OOTD....


    Boat- boat nelayan disusun di persisir pantai...menjadikan pemandangan Indah sangat...



















Sesekali lepak pantai macam ni memang best...dulu masa muda- muda merasa la lepak dari pagi sampai ke petang...kadang denga family kadang dengan kawan- kawan...kadang dating...walau udara pantai agak lekit kan...kalau mandi laut sure kulit hitam atau sunburn tapi semua tu tolak tepi janji happy...kan?Deruan ombak yang menenangkan serta panorama indah matahari terbenam menghadap Selat Melaka memberikan kepuasan buat SA. Walau sekejap aje, nanti ada peluang lagi SA nak pergi travel lagi...kali ni biar lama sikit...


12 comments:

  1. Tak pernah lagi ke Pantai Puteri ni.

    ReplyDelete
  2. udara kat pantai mmg ada feeling2 melekit...kampung suami ammi kat pengkalan balak tu..bila siang terasa bahang lekit dia wlaupun kita duduk dalam rumah je. bila malam barulah sejuk

    ReplyDelete
  3. Ala rindunya melaka.. 6thun duk kt melaka rasa kalau duk sana terus pun suka ja

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak lepak pantai ni. Bercerita dengan ombak yang menghempas pantai. heeeee

    ReplyDelete
  5. bestnya hembusan bayu pantai dan deruan ombakk....

    ReplyDelete
  6. cantiks...suka pantai jugak but now dah jarang gi dah

    ReplyDelete
  7. Cantik kawasan ni. Lagi-lagi tempat bot berlabuh.

    ReplyDelete
  8. tak pernah tahu pulak pantai kundor ni, selalu pergi pantai puteri tu je. Cantik lah view dekat situ, patutlah kak SA happy ambil angin

    ReplyDelete
  9. hahaha sorry salah bacaaa, sembang pantai yang sama rupanya hahaha

    ReplyDelete
  10. wow..cantik view kat pantai ni..:)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah