Assalamualaikum...
Hi korang...
Memandangkan cuaca terlampau panas sekarang...SA dah potong rambut panjang SA Ahad lepas..rambut sebelum ni panjang sampai pinggang terus SA potong paras lengan sebenarnya...as usual SA buat layered cut.ikutkan macam sayangnya nak potong...tapi tak tahan dengan cuaca panas dan SA kerap kena migraine.
Bila dah potong rambut ni rasa ringan kepala..dah jarang SA kena migraine...SA potong shoulder length dan masih boleh diikat lagi...
Hampir 5 tahun SA x rebonding atau relaxing rambut SA...hahaha...mahal giler la sekarang...dulu duduk kat KL ada la salon2 biasa yang boleh buat relaxing dan rebonding murah...sekarang...semua mahal kot...hari tu SA tanya kat salon SA potong rambut ni...cina tu cakap RM600 sebab rambut panjang...sebelum ni buat kat KL paling mahal pun RM300...giler la naik plak harga kat Seremban...x berbaloi rasanya...ko sabar jap...tunggu la ada rezeki SA rebonding atau relaxing rambut...
Kalau sebelum ni SA sangat menjaga maintenance rambut tapi 2 tahun kebelakangan ini semenjak PKP memang SA takde peluang nak jaga..kalau buat pun simple je dengan menjaga penjagaan rambut sendiri di rumah...
Kenapa kita perlu menitik beratkan penjagaan rambut? Penjagaan rambut sangat penting...samada krang free hair macam SA atau berhijab..Gaya rambut wanita sememangnya memainkan peranan yang penting dalam mencipta identiti diri. Pasti ada diantara kita yang menginginkan gaya rambut yang tertentu. Akan tetapi, tahu tak korang bahawa gaya rambut ini sebenarnya boleh menyerlahkan kejelitaan bentuk wajah korang sekiranya menggayakannya dengan betul?
Setiap orang memiliki bentuk wajah yang berbeza dan keunikannya yang tersendiri. Selain daripada memakai solekan, penggayaan rambut juga boleh mengubah rupa seseorang itu dan menyempurnakan ciri-ciri wajah sehingga menyerlahkan kejelitaan dan keperibadian korang. So kena pastikan bentuk muka korang sebelum memilih apa- apa gaya agar sesuai dan tidak nampak pelik...
Got it?
Pilih gaya rambut korang mengikut bentuk wajah korang...bujur ke..bulat ke..oval ke...tetap ada gaya yang sesuai...jangan main hentam aje gunting...kalau tak pasti boleh tanya pada yang pakar atau mintak pendapat hair stylist salon yang korang pergi tu....jangan tak tau ye...selain gaya rambut sesuai bentuk wajah, ada juga gaya rambut yang sesuai mengikut kerjaya....tak percaya? korang tanya hair stylist korang...pasti ada jawapannya....
Cantik style rambut Kak SA..
ReplyDeleteya betul sekarang nk rebonding pun mahal..
Nak jaga rambut yang berhijab ni pun kene jaga dengan betul sebab rambut kita duk terperap dalam anak tudung.. Ni tengah duk cuaca panas lagi la senang sakit kepala.
KA pun kalau panjang sikit rambut senang pening dan demam. Sebab rambut kasar dan lebat kot sebelum ni. Sekarang ni umur dah banyak, rambut pulak yang kurang banyak.
ReplyDeletetetap sesuai pada SA, dana lagi lah kalau rasa rimas melampau potong rambut paras atas bahu janji boleh ikat walaupun ciput
ReplyDeleteCantik... masih nampak panjang juga tu tapi style gilerr.. layer-layer..
ReplyDeletedulu waktu freehair ammi slalu gak buat treatment rambut sbb rambut panjang. la ni dah bertudung ammi bobcut kan aje..senang cerita
ReplyDeleteOrang cantik macam SA buat macamana pun tetap cantik.Cuma belum boleh bayang kalau SA bertocang dua..hihihi
ReplyDeleteTampak lebih muda!
ReplyDeleteBer'layer' tu yang nampak seninya.
ReplyDeleteYang berhijab ni pun kena jaga supaya rambut tak masham, heheh
ReplyDeletecantik kak.. nampak mudo
ReplyDeleteLooks younger kak❤️
ReplyDeletebila potong pendek nampak muda sikit. hehehe
ReplyDeleteCantik berambut pendek SA. Nampak kemas. Kak Amie selalu potong kalau rambut mula panjang sebab rajin pula dia gugur. Dah potong pendek taklah gugur lagi. Rasa ringan jew kepala.
ReplyDelete