Friday, April 8, 2022

Rutin Ambil Ubat Ulangan Mak Pah Di IJN

Assalamualaikum...

Hari ni SA dah start kerja semula walau masih batuk...masih rasa x selesa..suara pun takde...tapi tak nak la cuti lama- lama kan... SA menjauhkan diri je dari kawan- kawan...x bagi diorang dekat..kalau diorang datang kat table SA, SA suruh cakap dari jauh je..just nak elak dari berjangkit batuk ke apa kan...SA sampai pagi tadi dah banyak benda atas meja SA...stress plak tengok...tapi slowly la SA settlekan...

Hari ni SA nak citer bab ambil ubat ulangan setiap 3 bulan untuk Mak Pah di IJN. Memang SA la punya tugas tu sebab SA yang kerja KL...Nak dijadikan cerita Jumaat minggu lepas SA pergi la IJN...dari KL Sentral naik LRT ke stesen Ampang Park...sunyi giler stesen Ampang Park tu...dah tak meriah macam dulu...then SA amik taxi ke IJN...

Jom tengok gambar...



Lama x turun stesen Ampang Park


Suka tengok art kat stesen ni...cantik2 semua..


Sekali escalator rosakkkkk....


Korang bayangkan SA naik tangga tinggi ni...mencungap- cungap dibuatnya...


Restoran Makanan Arab, x ingat la nama dia..

Ada kisah menyayat hati bila dah sampai IJN, SA tak boleh amik ubat Mak Pah pagi tu sebab dari December diorang dh buat SOP baru ubat ulangan hanya boleh diambil dari pukul 2.00 petang - 4.00 petang..SA siap buat drama lagi mintak bagi laluan kat SA memandangkan SA datang dari Seremban. Sebab pihak IJN pun tak inform kat pesakit tentang jadual baru ni..takde yang call dan takde pun pekeliling dihantar ke rumah..Macam mana nak tau kan...nak tunggu pukul 2.00 petang memang tak la sebab SA dah mintak pelepasan waktu pagi kan...maka balik la SA ke office semula dengan perasaan hampa...nasib ubat Mak Pah kat rumah masih ada...




Patut inform kat pesakit melalui pekeliling yang dihantar ke rumah atau pun call pesakit bagi tau jadual baru...pesakit bukan semua dari KL kan...


Then Isnin lepas SA amik half day petang...pergi la lagi sekali ke IJN...tapi tu la...punya la ramai orang..masa SA sampai dah panjang barisan beratur untuk ambil giliran...memang lama la...


Panjang kan barisan?

Penat uiii....SA dapat ambil ubat dan keluar dari farmasi masa tu dalam pukul 3.30 petang...stress giler...dah la tengah puasa. Dah la cuaca panas...ini jugak punca kenapa SA sakit tekak dan tonsil SA problem semula...tapi takpe la kan...janji dah settle amik ubat Mak Pah...lepas ni boleh la amik ubat Mak Pah waktu pagi hari Sabtu...next schedule bulan 7 nanti...tak boleh la amik hari biasa sebab orang ramai..


9 comments:

  1. xpe SA prektis naik tangga... klu ada pelung jejak korea, mmg tangga tu ibarat kawan masa jenjalan kat sana hahaha

    ReplyDelete
  2. naik tangga merupakan senaman yang bagus..

    kalau selalu lagi bagus.

    cuma lutut tidak akan tahan jika faktor usia seperti saya

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan Kak SA.

    ReplyDelete
  4. demi ibu tercinta, segala cabaran itu manisnya terasa..

    my officemate inform whatsapp at this no. 6019-260 0570, 2-3 hari seblm nak pi ambik ubat, dia selalu ambik drive thru je..boleh try..

    ReplyDelete
  5. laa rosak pulak eskelator tu huhu

    ReplyDelete
  6. Adoi....saya naik lif pun dah penat apa lagi naik tangga tinggi tu SA...
    Puasa lagi...Kalau santai ja mungkin ok..Ni nak kejar balik ofis semula memang penat kan..
    Semoga Allah ganjarkan oahala kepada SA sebagai anak yang baik untuk Mak Pah dan Pak Zain

    ReplyDelete
  7. Jauh perjalanan tu Kak SA... semoga kak SA sekeluarga dipelihara kesihatan..

    ReplyDelete
  8. tinggi tu tangga tu.. macam tangga kat subway korea.. huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah