Tuesday, April 12, 2022

Rupa Paras Kuih Besopang Yang Terkenal Di NS

Assalamualaikum...

Hi korang...

Selasa dah hari ni...pagi- pagi SA masuk kerja tengok blog wah...ramai yang tak tau pasal kuih besopang yang SA up semalam...kuih besopang ni antara kuih yang popular dalam masyarakat di NS especially di sebelah- sebelah NS sana. Nak buatnya takde la renyah sangat...Kalau dah pandai buat confirm menjadi..

Bahan utama yang digunakan untuk buat kuih besopang ni sama jer macam buat kuih  badak berendam...sebijik resepinya..cuma bentuknya lain...ni la kuih favourite Pak Zain korang tu...tahun ni dia tak mintak lagi kami buat...biasanya dia suka Mak Pah yang buat sebab air tangan wife dia kan...nak suruh SA buat memang hurm....antara jadi ngan x jadi la nanti...SA ada letak link sebelum- sebelum ni kat entry semalam...okaylah..SA letak jugak la kat sini...sorang korang nampak cara buatnya macam mana kan...

KUIH BESOPANG ( Dalam entry ni SA sebut kuih Sepang sedangkan ikut loghat NS di panggil Kuih Besopang)



Ni rupa bila dah masak. Kuih ni hanya perlu dikukus dengan santan

Haaa...macam tu la rupa parasnya....yang Pak Zain beli tu dah di pelbagaikan bentuknya dari rupa paras asal kepada yang lebih comel..dah dipelbagaikan sizenya...

So rasa kuih ni sama jer dengan kuih badak berendam...cuma bentuknya yang lain...jangan tertanya- tanya lagi eh...aduhai...tengok gambar ni balik rasa macam nak buat je..tapi kena la buat intinya dulu...inti kelapa manis tu kan...SA bab buat kuih memang failed. Nanti la ajak adik SA si Lissa buat weekend nanti...mesti Pak Zain suka...kuih favourite dia kan....

21 comments:

  1. oooook rasa pernah makan kuih ni hahaha cuma x tau nama nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa...adik badik badak berendam...sama je..bentuk je lain

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap sebab lemak2 santan, kena makan masa panas2...

      Delete
  3. Kak, dia lebih kurang dengan 'badak berendam' kak, bukan 'cucur badak'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betulllllll, aduhai..salah nama kuih plak...almaklumlah puasa2 ni kan.....

      Delete
    2. haha. takpo. dedua sedap makan kalau orang bagi. nak buat sendiri malas =p

      Delete
  4. alamak, ayu yg dah lama dok n9 pun x tau kuih ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih ni popular belah2 Pilah nun....kat area kampung2

      Delete
  5. Ya ampun sedapnya. First time juga dengar nama kuih ni

    ReplyDelete
  6. Macam pernah makan kuih ni, cuma baru tau namanya tu..

    ReplyDelete
  7. macam mana rasa dia kak? terasa nak cuba la..:)

    ReplyDelete
  8. tak pernah rasa lagi kak.. macam2 kuih tradisional keluar bulan puasa ni kan kak

    ReplyDelete
  9. Begitu rupanya...
    Arwah mak PH pun kalau berbuka suka kuih-kuih manis; buah melaka ke, tepung bungkus ke..
    Sukalah Pak Zain nanti anak2 buatkan kuih favorite beliau nanti :)

    ReplyDelete
  10. Oh ok.. Mana tau nanti sesekali nampak boleh beli dan cuba.

    ReplyDelete
  11. 1st time dengar nama kuih ni,SA..betul, saya pun part buah kuih-muih ni failedd...plus tak rajin sbb byk step nak kena buat..hehe

    ReplyDelete
  12. Aduh nk dekat buka ni perut berbunyi lak bila tengok gambar kuih sopang..hehe

    ReplyDelete

  13. SA...Apa maksud "besopang" tu dalam dialek ng 9..?
    Nampak sedap la

    Kalau kat Kedah ada juga hampir sama tapi tak serupa..hihihi..
    Namanya kuih "Kacang Sepat" bahan kuih tu sama tapi lepas letak inti dan lipat macam karipap kuih tu digoreng.Masa panas garing tapi bila sejuk dia kenyal macam kuih bom.

    ReplyDelete
  14. ok saya tak penah jumpa kuih ni

    ReplyDelete
  15. Saya pun baru tahu kewujudan kuih ni. Skill buat kuih ni kena practise terutama kuih tradisional

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......