Assalamualaikum...
Hi korang...
Semalam memang menu kegemaran Mak Pah dan Pak Zain la yang di masak...SA masak lauk lain..Mak Pah pi pasar tani kat Tanjung Ipoh Kuala Pilah. Lepas tu dibelinya pucuk paku tanjung ke pinang ntah x tau la SA. Pucuk paku ni lain sikit dari pucuk paku biasa dan sesuai untuk dibuat rendang...so ini la menu semalam..Rendang pucuk paku campur kerang. Tekstur pucuk paku ni kenyal skit sebab tu Mak Pah buat rendang..memang sesuai la sebab dia takkan benyek atau lembik. Then Pak Zain masak plak telur itik masak lemak cili api campur pucuk ubi....Memang fav dia la tu sebab dia suka buat kuning telur itik tu half cook..Dia jer yang pandai masak macam tu...kalau SA memang x jadi la..tak reti nak agak...
Jom tengok gambar...
Rendang pucuk paku + kerang
Telur itik masak lemak cili api campur pucuk ubi
Ikan gelama jeruk goreng
SA masak ikan bilis goreng tempoyak...
Sambal sardin for Dania
Kat rumah SA itu la menunya...semua lauk kampung....memang kebiasaan berbuka makan nasi...tapi tu la..time berbuka SA makan tak banyak...sikit je...cukup kurma 2-3 biji, minum air..lepas tu pi solat maghrib dana baru makan...takde makan bertambah pun macam selera tu kurang la tahun ni...semua punca lepas kena tonsillitis hari tu la..Nikmat makan tu dah xde..harap- harap cuma sekejap aje la sebab SA nak makan lemang, rendang dan ketupat uiii...hahaha...
Hari ni rasa seronok kerja...pasang radio kat laptop kan...lepas tu keluar lagu raya...hahaha...dah rasa mood raya plak...Hari ni jugak SA dah siapkan schedule cuti raya untuk department..hari Rabu nanti baru SA email kat semua staff...SA punya plan cuti macam x banyak guna annual leave...macam 3 hari je guna...hahahaha....kebetulan plak cuti tahun lepas ngam ngam tinggal 3 hari...utilize itu je la kot...cuti tahun ni ada 21 hari lagi...cukup la tu....lagipun banyak public holiday Malaysia ni kan....
Eh eh, pandainya Pak Zain buat telur tu cam tu. Kalau kita pun tak jadi, kecuali kalau bagi masak keras betul.
ReplyDeleteHaah...masak lauk ni mmg kepakaran Pak Zain...dia jenis sabar...kalau SA...pecahkan aje pas tu biar dia masak...x reti nak agak2 kuning dia cair ke apa ke
DeleteCantik betul rupa paras telur itik tu
ReplyDeleteMacam chef terkenal yang masak
SA bagi tau Pak Zain komen wak ni...eh..eh...gelak besar dia...boleh la jadi chef family...
DeleteLauk kampung yang beracun.. Bukan racun mematikan tapi buka selera. Fuhhh..
ReplyDeleteSedapnya semua menu. Sama la SA saya lepas kena COVID aritu selera tak seberapa. Nak makan tapi tak boleh bertambah nasi.
ReplyDeleteMeriah sungguh lauk pauknya.
ReplyDeleteSaya paling suka telur itik masak lemak cili api!!! Hehe..
ReplyDeleteterliur pula tengok rendang pucuk paku dan kerang tu.
ReplyDeleteLupa pulak ahad tu ada pasar kat tanjung. Otw balik pilah ahad tu. Baru tahu ada pucuk paku lain. Menu kampung lagi selera makan kak.
ReplyDeleteas usual..menu2 pak zain memang x mengecewakan..yum yum sgt!
ReplyDeletepandai betul pak zain. cantik kejadian telur itik tu. pucuk paku masak rendang tu unik. lauk kampung memang sedap
ReplyDeletepeh Rendang pucuk paku + kerang tuu
ReplyDeletelama tak makan masak lmak kuning telur itik..:)
ReplyDeleteammi selalu makan je terus waktu berbuka tu pastu takde dah nak meratah2 lepas solat maghrib. tak kuasa ammi korang nak melayan. kalau rasa nak moreh gi terawih tu layan jelah terus kat surau
ReplyDeleteNampak sedap lah telur itik masak lemak tu. Rendang pucuk paku pun macam menarik. Tak pernah cuba lagi kedua-duanya.
ReplyDelete