Monday, April 18, 2022

Menu Berbuka Puasa Hari Kelima Belas

Assalamualaikum...

Hi korang...

Semalam memang menu kegemaran Mak Pah dan Pak Zain la yang di masak...SA masak lauk lain..Mak Pah pi pasar tani kat Tanjung Ipoh Kuala Pilah. Lepas tu dibelinya pucuk paku tanjung ke pinang ntah x tau la SA. Pucuk paku ni lain sikit dari pucuk paku biasa dan sesuai untuk dibuat rendang...so ini la menu semalam..Rendang pucuk paku campur kerang. Tekstur pucuk paku ni kenyal skit sebab tu Mak Pah buat rendang..memang sesuai la sebab dia takkan benyek atau lembik. Then Pak Zain masak plak telur itik masak lemak cili api campur pucuk ubi....Memang fav dia la tu sebab dia suka buat kuning telur itik tu half cook..Dia jer yang pandai masak macam tu...kalau SA memang x jadi la..tak reti nak agak...

Jom tengok gambar...


Rendang pucuk paku + kerang


Telur itik masak lemak cili api campur pucuk ubi


Ikan gelama jeruk goreng


SA masak ikan bilis goreng tempoyak...


Sambal sardin for Dania

Kat rumah SA itu la menunya...semua lauk kampung....memang kebiasaan berbuka makan nasi...tapi tu la..time berbuka SA makan tak banyak...sikit je...cukup kurma 2-3 biji, minum air..lepas tu pi solat maghrib dana baru makan...takde makan bertambah pun macam selera tu kurang la tahun ni...semua punca lepas kena tonsillitis hari tu la..Nikmat makan tu dah xde..harap- harap cuma sekejap aje la sebab SA nak makan lemang, rendang dan ketupat uiii...hahaha...

Hari ni rasa seronok kerja...pasang radio kat laptop kan...lepas tu keluar lagu raya...hahaha...dah rasa mood raya plak...Hari ni jugak SA dah siapkan schedule cuti raya untuk department..hari Rabu nanti baru SA email kat semua staff...SA punya plan cuti macam x banyak guna annual leave...macam 3 hari je guna...hahahaha....kebetulan plak cuti tahun lepas ngam ngam tinggal 3 hari...utilize itu je la kot...cuti tahun ni ada 21 hari lagi...cukup la tu....lagipun banyak public holiday Malaysia ni kan....


16 comments:

  1. Eh eh, pandainya Pak Zain buat telur tu cam tu. Kalau kita pun tak jadi, kecuali kalau bagi masak keras betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah...masak lauk ni mmg kepakaran Pak Zain...dia jenis sabar...kalau SA...pecahkan aje pas tu biar dia masak...x reti nak agak2 kuning dia cair ke apa ke

      Delete
  2. Cantik betul rupa paras telur itik tu
    Macam chef terkenal yang masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA bagi tau Pak Zain komen wak ni...eh..eh...gelak besar dia...boleh la jadi chef family...

      Delete
  3. Lauk kampung yang beracun.. Bukan racun mematikan tapi buka selera. Fuhhh..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya semua menu. Sama la SA saya lepas kena COVID aritu selera tak seberapa. Nak makan tapi tak boleh bertambah nasi.

    ReplyDelete
  5. Meriah sungguh lauk pauknya.

    ReplyDelete
  6. Saya paling suka telur itik masak lemak cili api!!! Hehe..

    ReplyDelete
  7. terliur pula tengok rendang pucuk paku dan kerang tu.

    ReplyDelete
  8. Lupa pulak ahad tu ada pasar kat tanjung. Otw balik pilah ahad tu. Baru tahu ada pucuk paku lain. Menu kampung lagi selera makan kak.

    ReplyDelete
  9. as usual..menu2 pak zain memang x mengecewakan..yum yum sgt!

    ReplyDelete
  10. pandai betul pak zain. cantik kejadian telur itik tu. pucuk paku masak rendang tu unik. lauk kampung memang sedap

    ReplyDelete
  11. peh Rendang pucuk paku + kerang tuu

    ReplyDelete
  12. lama tak makan masak lmak kuning telur itik..:)

    ReplyDelete
  13. ammi selalu makan je terus waktu berbuka tu pastu takde dah nak meratah2 lepas solat maghrib. tak kuasa ammi korang nak melayan. kalau rasa nak moreh gi terawih tu layan jelah terus kat surau

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap lah telur itik masak lemak tu. Rendang pucuk paku pun macam menarik. Tak pernah cuba lagi kedua-duanya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah