Assalamualaikum...
Hi korang...
Alkisahnya ibunda kesayangan SA tu mengidam rupanya gara-gara tengok orang makan roti canai kat tv semalam. Terus dia mintak Pak Zain beli untuk buka puasa dan dia sendiri masak kari tanpa santan untuk cicah roti canai. Masa nak amik SA balik kerja semalam Pak Zain dah order kat mamak simpang rumah SA tu sekali ngan murtabak. Anak dara SA tu pencinta murtabak.
Untuk main course Mak Pah masakkan daging salai macam yang SA mention semalam campur pucuk ubi. Pucuk ubi plak yang Pak Zain tanam kat hujung taman...Pak Zain petik x banyak...untuk sekali masak je...pas katanya ada jiran hujung tu nampak and tanya Pak Zain ke yang tanam pucuk ubi tu...dia pun mintak sikit..Pak Zain cakap amik aje la kat pokok tu..ada daun pandan..ada serai..amik je..Pakcik benarkan katanya..kalau nak daun kari datang amik je depan rumah...x yah mintak2 izin de...bulan Ramadhan ni elok bersedekah kan...
Jom tengok gambar hidangan berbuka semalam...pagi- pagi SA dah hidangkan korang semua dengan gambar makanan kan....
Baca ini juga
Daging salai masak lemak cili api...
Kari ayam tanpa santan...sedap giler...gegar gambar plak
Roti canai
murtabak
Kuah dhal dan kari kedai tu bekalkan...macam biasa la x berusik pun...
Alhamdulillah daging salai tu memang sedap...sebelum ni ada gak beli online tapi daging tu berbau..so masak masak bau dia lain...tapi yang ni alhamdulillah okey..takde masalah dan tetap berbau salai...tekstur daging ni juicy betul...SA beli kat kawan FB yang memang buat bisnes daging salai kat Terengganu. Kaedah salai dia memang menggunakan kaedah yang biasa Pak Zain buat...cuma ianya di salai berbelas jam. Walau disalai lama daging salai tu tetap juicy dan boleh dimakan begitu aje. Orang- orang kat Kijal tu selalu beli sebab suka makan cicah air asam ataupun pencicah yang biasa ornag buat untuk daging bakar danok tu...untuk kali ni SA teringin masak lemak cili api so jadi la ianya daging salai masak lemak cili api....sedap makan semalam...SA makan gak roti canai sekeping...lepas tu makan nasi ngan lauk daging salai...x pernah- pernah makan banyak time berbuka...kena betul la dengan selera SA tu...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAlhamdulillah, lama tak ziarah sini,
Waww sedap tu semua makanan, rasa macam nak makan roti canai jugalah hari ini,
berjangkit mengidam ni, hehehe
Semua lauk nampak sedap. Kalau saya pulak, saya suka roti canai dgn kari ikan. Sedap ada rasa masam2 gituh hehe.
ReplyDeleteahaaa semlm kita makan naan & ayam tandoori .. menu mamak juga ni :D
ReplyDeleteyang palin terliur daging salai tu... peh, berbunyi perut dah
ReplyDeleteMacam lama pulak tak makan roti canai dan murtabak.
ReplyDeleteArghhh nengok lemak daging salai tu memang kena buat lagi arr.. tak puashati betulll
ReplyDeleteAir tangan emak-emak ni, haishhh, sekali tengok je dah nampak sedap. Daging masak lemak salai tu nampak sedap betul macam arwah ibu masak.
ReplyDeletesaya pun macam Mak Pah, mudah terpengaruh tengok apa orang makan dalam TV. nasib baik baca dah petang. hehe
ReplyDeleteWahhh lama plak tak makan roti canai..
ReplyDeleteSedap plak makan panas2..
Daging salai masak lemak tu sedap tengok. Siap ada roti canai lagi. Rare ni.
ReplyDeleteAdoiii..nampak sedap betul daging salai tu..
ReplyDeleteNi yang depa dok kata daging ready to eat tu ka SA..?..macam nak kena cari jugak ni
daging salai masak lemak menyelerakan, bagus bunda SA masak kari tanpa santan, nak cuba juga la, nampak pun sedap..
ReplyDeletetiba2 terliur plk tgk roti canai tu..:)
ReplyDeleteTengahari macam ni boleh pulak ye tertengok gambar daging salai masak lomak! Ampun.. Rindunya nak makan masak lemak sedara yang kat Palong..
ReplyDeletekak.. share la beli dengan siapa daging salai tu.. nampak macam sedap je tu
ReplyDeleteBahaya tengok TV ni cepat terpengaruh. Hehehe...Dapat jugak roti canainya. Uishh kecur tengok daging salai masak lemak cili api tu.
ReplyDelete