Assalamualaikum...
Hi korang..
Kurma wajib ada setiap kali tiba bulan Ramadhan kan...every year SA dan staff2 company SA kerja ni akan dapat kurma dari Yayasan Al Bukhary. Memang tiap- tiap tahun dapat...bestnya kurma ni jenis yang besar- besar dan sedap. Medjool rasanya nih...Alhamdulillah masih ada rezeki tahun ni..
Bagus makan kurma sebab kurma ada banyak khasiat kan..bagus untuk kesihatan badan sekiranya diamalkan...kurma yang paling SA suka adalah kurma ajwa dan medjool.
Pack untuk diberikan kepada klien
Besar- besar kan kurmanya...
Kebaikkan Kurma Medjool
Kurma medjool memiliki ukuran lebih besar dan warna lebih gelap jika dibandingkan dengan jenis-jenis kurma lain.
Dahulu, kurma Medjool dikenali sebagai makanan para raja kerana hanya mampu dibeli oleh kaum bangsawan. Kini, kurma Medjool banyak dipasarkan di negara-negara beriklim panas.
Kurma Medjool sejak lama dikenal akan khasiatnya dalam menghilangkan rasa letih dan lesu. Kurma dengan rasa manis seperti karamel dan kenyal ini terbukti secara ilmiah mengandungi berbagai nutrisi.
Jadi, ia dianggap baik bagi kesihatan. Oleh itu, kurma yang satu ini banyak diambil ketika berbuka puasa.
Kandungan gizi kurma Medjool
- Gula: 66,5 gram
- Protein: 1,81 gram
- Serat: 6,7 gram
- Kalsium: 64 mg
- Zat besi: 0,9 mg
- Magnesium: 54 mg
- Fosfor: 62 mg
- Kalium: 696 mg
- Tembaga: 0,362 mg
- Vitamin B3: 1,61 mg
- Folat: 15 mcg
- Vitamin B5: 0,805 mg
- Vitamin A: 7 mcg
- Beta-karoten: 89 mcg
- Kolin: 9,9 mg
- Vitamin K: 2,7 mcg
Sementara, kalori kurma Medjool : 277 kkal dalam 100 gram.
Manfaat kurma Medjool Untuk Kesihatan
Berikut adalah kebaikkan kurma medjool sekiranya anda nikmati
1. Menjaga Kesihatan Jantung
Manfaat kurma Medjool dapat membantu menurunkan kadar trigliserida dan LDL (kolesterol jahat) karena mengandung serat. Kedua jenis lemak ini dapat menyumbat dan mengeraskan pembuluh darah sehingga berbahaya bagi kesehatan.
Kandungan buah kurma Medjool ini dapat membantu mencegah pengumpulan lemak di arteri. Dengan demikian, risiko penyakit jantung dapat dielakkan.
Kurma medjool juga memiliki kandungan antioksidan karotenoid dan asam fenolat yang terbukti bermanfaat bagi kesehatan jantung.
2. Menjaga Kesihatan Pencernaan
Kandungan seratnya yang tinggi dapat membantu fungsi pencernaan yang lebih baik dan menjaga kesihatan usus.
Kurma ini juga dianggap mampu mencegah sembelit dan memperbanyakan bakteria baik dalam sistem pencernaan.
Sebuah kaji selidik membuktikan bahawa frekuensi buang air besar dapat ditingkatkan dengan pengambilan kurma Medjool. Kandungan serat yang tinggi juga dipercayai menurunkan berbagai risiko penyakit, contohnya kanser kolorektal.
3. Meningkatkan Fungsi Saraf
Tahukah anda kurma Medjool memiliki kandungan kalium 50 persen lebih banyak daripada pisang? Disebabkan kandungan kaliumnya yang tinggi, manfaat dari kurma Medjool ini dapat membantu menjaga kesihatan fungsi saraf.
Sebaliknya, kekurangan kalium boleh menyebabkan gangguan denyutan jantung, kelemahan otot, dan mengakibatkan keletihan.
Kandungan antioksidan yang tinggi pada kurma Medjool juga terbukti secara ilmiah boleh mengurangkan plak dalam otak yang berkait rapat dengan penyakit Alzheimer.
fav kurmas stiap thn...kita 3 ramadhan br dpt sbb br masuk opis
ReplyDeleteRumah ni banyak dah kurma, tapi banyak yang Sis beli dr Madina tu ha.. alhamdulilah makan untuk sihat kan SA
ReplyDeleteKurma Yayasan Al Bukhary ni sedap sangatkan...
ReplyDeleteMakan sebijik pun kenyang :)
kurma kayangan ni..ada nmpk jual di MBG..tak beli..huhu..
ReplyDeleteCantik packaging dia!
ReplyDeleteSaya tiap² tahun tak beli kurma, sebab memang biasanya dapat percuma.
ReplyDeleteSedap makan kurma
ReplyDeleteMasa kerja dulu kami dapat kurma yang sama macam ni. Puas hati sebab saiz dia besar
ReplyDeleteSedapnya kurma. Cantik juga packagingnya.
ReplyDeletesaya suka kurma medjoul ni dia tak terlalu melekit dan saiz dia besar.. sedapp
ReplyDeleteNikmat. Bab kurma ni biasanya makan ikut suka.. hihi.. Mungkin ada yang makan dengan kiraan ganjil.
ReplyDeleteNampak kurma yayasan al bukhari ni kat rumah PH..
ReplyDeleteNampak dia masak sambal berlada tenggiri katanya ikut macam SA..
Tu mai sini...eh,sama la kurma depa😁
Alhamdulillah.,. yang tak tahan bekas dia tuu... elokk
ReplyDeletesedap kak kurma ni..besar.. puas makan lepas tu dia tak manis sangat.. saya suka jugak
ReplyDelete