Saturday, April 30, 2022

Bawak Pak Zain & Mak Pah Shopping Lagi Di AEON Seremban 2

Assalamualaikum...

Hi korang....

Semalam SA bawak Pak Zain dan Mak Pah shopping lagi...ada rezeki skit tambah la apa yang xde...sebenarnya SA penat sangat..tapi malas nak bertangguh terus jer pergi...ajak jugak Dania sebab nak cari kasut untuk dia gak...x berkenan la SA dia pakai kebaya ngan kasut sport...biar la trend terkini ke ape...hilang traditional kebaya tu nanti...

Seawal 9.45 am kami dh sampai dh...masuk je mall blom buka sepenuhnya so kami jenjalan je la dulu...pusing2...nak kuarkan duit ATM semua out of service...so terpaksa guna credit card...x pe la nak buat cane kan...




Orang Seremban mmg pilih shopping sini je la..x pun turun Nilai ke KL ke...


Mak Pah x kuat berjalan so kena guna wheel chair


Abaikan muka macam hape SA tu...panas giler..matahari tengah tegak di kepala



Anak dara SA ni setia menolak wheel chair uwan dia


Lepak jap sebab mall x bukak lagi...orang berkumpul depan pintu masuk tu..malas nak join sbb risau Covid 19


Selfie sekeping

 

Tak lama lepas tu kami pun masuk...terus tuju ke bahagian yang nak beli je...pakaian dalam, t-shirt Pak Zain, blouse Mak Pah...

Tak lama lepas tu kami gerak balik...kejap je...on the way balik masuk bandar Seremban sebab nak pi Pasar Besar ..beli lauk untuk berbuka...dah nak last2 puasa ni memang xde selera nak makan...pas tu buntu x tau nak masak apa...kan?

Tahun ni semua adik beradik berkumpul kat rumah SA...riuh la rumah ni dengan anak-anak buah nanti....

Menu Berbuka Puasa Hari Ke Dua Puluh Enam

Assalamualaikum...

Hi korang..

Semalam SA bz tido betul..memang pulun kemas apa yang patut ..tinggal bilik SA je lagi ha...penat dh .niat nak tukar langsir and nak beli kat Nilai 3 x tercapai ...pakai apa yang ada je la...malas nak fikir...blom tentu orang datang beraya...esok nak settlekan ruang tamu plak...

Khamis lepas SA buka puasa ngan kawan SA...macam biasa la kedai Siam pilihan kami sebab SA craving tomyam putih ..tempat biasa kami makan tu x buka plak..so cari kedai lain...belasah je la..nasib ada kan...

Jom la tengok apa yang kami makan



Ikan kembung goreng kunyit


Tomyam putih seafood...nampak x sedap tapi paduuuu....sedap giler


Daging masak merah


Kangkung ikan masin


Sambal belacan ngan timun


Paprik sotong


Alhamdulillah sedap semuanya...makan berdua x sampai pun RM50, masih ada lagi tempat makan yang murah rupanya ..puas hati ..cuma SA lupa nak order air panas...dapat air teh o ais..last2 mintak air suam je...risau plak kalau tonsil bengkak semula...kang x pasal2 kena operate kan...kalau boleh x nak dh operation ni....ghisau....nanti lepas raya nak makan kat Kedai Siam yang satu lagi yang kami pergi sebelum ni..situ ada kerang rebus...yang kedai ni xde..

Eh korang dh balik kampung ke?

Hati - hati memulakan perjalanan ye ..semoga semua selamat sampai ke kampung ..sambutan biar berpada-pada janagn over...jaga SOP dan jaga diri serta keluarga..

Drive safely..semoga selamat sampai ke destinasi....
 


Thursday, April 28, 2022

Last Kerja Hari Ini..

Assalamualaikum...

Hi korang ..

Hari ni last SA kerja...esok dah start cuti dah dan SA akan naik kerja semula 9hb...punya la lama cuti kan ..eh xde la lama..SA habiskan cuti tahun lepas..ada 3 hari lagi...esok amik sehari dan 5&6 May nanti..hahaha..meriah raya tahun ni erk...sebenarnya bukan nak raya sangat pun..just nak amik peluang rehat je..rasa macam penat sangat bekerja di bulan puasa ni kan ...hahaha ...



 

Balik tadi x sempat nak jumpa boss...dia meeting back to back..malas plak nak tunggu..SA text je..and ucap selamat hari raya...dia balas dengan banyak nasihat...drive carefully, jaga kesihatan..jaga makan...ehhhh....x pernah2 pesan macm tu...takut SA sakit lettew kan...

Hahaha..lega esok start cuti...tp korang rasa SA dpt rehat ke?


Syukur Dania Lulus Ujian Berkomputer...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Legaaa...Dania hari ni amik ujian berkomputer dan akhirnya lulus dengan cemerlang...SA dapat call dari dia tadi..lain macam suara dia...eh...SA plak lupa ari ni dia amik ujian..hahaha...dengar suara dia happy semacam...dia lulus 43/50 katanya...SA memang nak dia belajar memandu. Mulanya dia nak amik lesen auto..SA cakap elok amik manual. Kalau ada lesen manual nak bawak kereta auto pun ok..kalau lesen auto x leh bawak keta manual..kalau kena tahan memang best polis saman...lagipun lesen auto mahal giler..RM1300 . Lesen manual ni je dah dekat RM1000.



Siap hantar muka happy...


Result dia...

Tahniah apple of my eyes and my cupcakes...

Lepas ni boleh focus untuk kelas memandu plak...dah ada lesen nanti baru best nak staycation jauh- jauh...dh boleh survey kereta ke belum ni? Baru nak dapat Lesen L kan....

Hehehe.....


Menu Berbuka Puasa Hari Ke Dua Puluh Lima

Assalamualaikum...

Hi korang...

Yeay akhirnya ada entry untuk menu berbuka buka puasa hari ke 25 semalam...balik kerja semalam awal sikit dari biasa...pukul 6.40pm dah ada kat rumah....letak je bag apa semua...jenguk dapur dulu...anak dara tu baru lepas buat air dan buat sotong goreng tepung...Pak Zain buatkan mee goreng mamak...Mak Pah dah buat sambal ayam dna dah goreng tauge kasar...

Makin nak habis puasa ni makin tak tau nak masak apa...selera pun makin berkurang...eh..SA memang ada masalah selera...hehehe...

Jom la tengok apa yang ada semalam...


Mee goreng mamak


sayur tauge kasar goreng..


Sambal ayam


Sotong goreng tepung


Sambal sardin left over sahur 


Rezeki Mak Pah semalam dapat bubur lambuk kat KL Sentral

 

Tinggal beberpaa hari jer lagi kita berpuasa...oh ye...esok SA dah start cuti raya dah...banyak benda nak kena settlekan 2-3 hari ni...rumah x habis kemas lagi...nak cari alas meja baru...nak beli apa yang xde...Sabtu nanti dengan Dania ada berbuka puasa kat KL lagi...boleh la amik kesempatan shopping last..hahaha..

Nak cari kasut...nak cari kasut...nak cari kasut....harap- harap jumpa la kasut...handbag pakai yang ada je la..malas plak nak beli baru....eh....leh caya ke?

Wednesday, April 27, 2022

Selesai Sudah Zakat Fitrah...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Sabtu lepas SA berekesempatan bayar Zakat Fitrah...senang settle awal- awal...SA memang bayar kat KL la sebab SA bekerja cari rezeki kat KL kan..dulu SA x tau so SA bayar kat Seremban. So bila dah tau 6 tahun kebelakangan ni SA bayar kat KL je...lagipun senang sebab ada amil yang ditugaskan di area office dan KL Sentral. Kat Plaza Sentral ni pun ada...kebetulan masa keluar Sabtu lepas yg pi MV dan KLCC tu..SA bayar je kat KL Sentral..senang bila satu perkara dah selesai kan...

Apa itu Zakat Fitrah?

Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.





SA dah tunaikan kewajipan...anda?

Syarat Wajib Zakat Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”
(Hadis riwayat Muslim)

Kadar Zakat Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.

Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.

Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Info zakat fitrah SA dapatkan di https://www.zakatselangor.com.my/


Tuesday, April 26, 2022

Lewat 20 Minit Masuk Office...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Pagi ni keluar rumah sedikit lambat...puncanya dah siap nak keluar Pak Zain sakit perut..so keluar rumah dalam pukul 5.45am. SA erlepas bas pertama yang gerak pukul 6.00am. Sampai terminal je bas dah gerak so naik la bas kedua yang gerak pukul 6.20am. Memang dah agak akan sampai lambat sebab jalan jammed teruk...



Sempat snap gambar bulan..ikutkan aturan kedudukan bulan dan bintang ( x sure planet ke bintang ) tu selari...tapi dah snap dapat macam tu je hasilnya...x sharp...x pe la asal bleh share kat sini...


Lambat kan..kereta banyak giler...


Nak masuk jalan Istana memang hari- hari jammed macam ni...


Sudahnya SA sampai office pukul 8.20 am...padahal SA patut masuk office pukul 8.00am. Nasib boss takde pi site visit kat Melaka...Biasa SA yang paling awal sampai office...kalau tak mesti rasa serba salah...hehehe...

Selamat bekerja buat korang yang sedang bekerja...


Hukum Beri Lebihan Fitrah Kepada Amil

Assalamualaikum...

Hi korang..


Hari ni SA nak share sesuatu yang kita semua patut tahu dan mungkin ada antara pernah buat sebelum ni..SA rasa SA ada buat tapi tak ingat tahun bila...SA copy dna share kat sini untuk pengetahuan kita semua...


source from google.com

Soalan

Ustaz, ramai orang suka beri lebihan duit bayar fitrah kepada amil. Apakah hukumnya beri lebihan fitrah kepada amil?

Jawapan:

1. Selalu terjadi dalam masyarakat kita untuk menyedekahkan lebihan bayaran zakat fitrah kepada amil. Mereka kata: "Tak pa, baki tu, keep of the change."

2. Hukum mengenai 'sedekah keep of the change' ni pula, jarang dibahaskan oleh para asatizah.

3. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW melarang keras para amil zakat menerima sebarang sedekah atau hadiah daripada pembayar zakat.

4. Ini berpandukan kepada sebuah hadis sahih:

Daripada Abu Humaid as-Sa’idi r.a, dia berkata, “Rasulullah mengutus seorang laki-laki dari suku al-Azd bernama Ibnu al-Lutbiyyah untuk mengumpulkan zakat. Sekembali dari tugasnya dia berkata, “Yang ini untuk kamu dan yang ini adalah hadiah untukku.” Rasulullah saw. berkata, “Mengapa ia tidak duduk saja di rumah bapanya atau di rumah ibunya kemudian dia tunggu apakah hadiah diberikan kepadanya atau tidak? Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah kalian mengambil sesuatu darinya kecuali pada hari Kiamat dia datang dengan memikulnya di atas tengkuknya, kalau harta itu unta, maka unta itu akan bersuara, kalau sapi maka akan menguak, kalau kambing, maka akan mengembik.” Kemudian beliau mengangkat tangan beliau sambil berkata, ‘Ya Allah bukankah sudah aku sampaikan!’ beliau ulangi tiga kali,” (HR Bukhari [2597]).

5. Maka, para amil zakat termasuklah amil zakat fitrah, tidak boleh menerima pemberian daripada pembayar zakat, biar pun atas nama apa sekali pun. Tak kiralah, sedekah ke ataupun hadiah ke. 

6. Maka dicadangkan kepada para amil zakat fitrah untuk menyediakan satu tabung sedekah umum dan jika ada pembayar yang menyatakan 'keep of the change atau saya niat sedekah', maka masukkan ke dalam tabung itu.

7. Nanti selepas dah habis Ramadan, sedekahkan tabung tu kepada pihak masjid atau mana-mana pihak yang memerlukan. 

8. Lebih baik sebenarnya jika langsung tolak pemberian itu dengan menyatakan, "kami amil nabi larang terima sedekah." Ia dapat mengelakkan sebarang fitnah.

9. Walau bagaimanapun, amil fitrah tertakluk kpd arahan daripada pihak yang melantik. Jika arahan menyatakan mereka langsung tak dibenarkan menerima sedekah itu biar pun atas nama sedekah umum dan  untuk pihak masjid sekali pun, maka hendaklah patuh. 

10. Kepada para pembayar zakat fitrah dan juga zakat harta pula, dah tahu tak boleh bagi hadiah atau sedekah, maka elakkan daripada memberi kepada amil.

11. Semoga ibadah kita menjadi lebih barakah, amin.


Disediakan Oleh:

Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid,

Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan,

Divisyen Syariah dan Dakwah,

Lembaga Zakat Selangor (MAIS)



Monday, April 25, 2022

Menu Berbuka Puasa Hari Ke 22

Assalamualaikum...

Hi korang...

Ya allah banyaknya nak kena update entry walau bukan la wajib kan..tapi sebenarnya SA nak delete semua gambar dalam hp ni..hehehe...so masukkan semua sekali dalam draft entry ikut apa yang nak update...pas tu bila free baru siapkan draft...

Seminggu tak masak..seminggu gak Pak Zain dan Mak Pah yang masak...ye la time kerja mana sempat nak masak...Sabtu petang tu Mak Pah call..masa tu kami kat KLCC...Mak Pah tanya pukul berapa nak balik...blurr jap kami..padahal dah bagi tau berbuka kat luar...lepas tu dia suruh balik cepat masak...hahahha....aduyaiii...kalau kat Seremban x pe la jugak..ni jauh kot masa tu dah pukul 4.30 petang plak tu...rupanya dia tak dengar kami cakap yang kami balik lepas buka puasa kat KL..nasib adik bongsu ngan adik no 4 balik...

Semalam SA masak semua masakan kecuali lauk petola tu...SA x pandai...so Mak Pah yang masak...seawal 4.30 petang SA dah masak dah...jom tengok gambar....



Maggi goreng untuk Dania...tapi SA makan ni jugak masa berbuka..x makan nasi pun...


Ikan siakap sweet Sour


Butter Prawn..egg floss tu x menjadi...x dapat macam yang kat kedai...


Paru Goreng Berlada


Sambal gesek


Sayur Petola masak lemak putih....

 
Selera nak makan macam- macam kan...tak habis bawak ke sahur..hehehe....meriah masa sahur tadi...rasanya sahur hari ni SA banyak makan...harap- harap SA dah dapat semula selera SA yang hilang akibat Tonsillitis hari tu....

Jumpa lagi next entry...

Berbuka Puasa Di Tony Romas NuSentral

Assalamualaikum...

Hi korang...

Memandangkan kepenatan sangat- sangat berjalan hari Sabtu, Sabtu punya menu pun takde update sebab sampai rumah dha kul 10.30pm..tapi semalam punya menu ada...tu nanti SA update eh...

Memandangkan plan awal memang nak berbuka puasa kat KL...dah booked tempat kat Tony Romas sehari awal...sempat pre-order makanan jugak sebelum gerak ke KLCC....tepat pukul 6.30 petang kami dah ada dan dah check in Tony Romas...bestnya bila dapat duduk masa tu...melepaskan lelah berjalan kan...beza tau korang berjalan dalam keadaan berpuasa dengan berjalan masa tak puasa...penat dia lain macam..nasib sebab nak beli barang kan..kalau tak...SA selesa shopping online je...Dah tua ni lebih kepada perlukan keselesaan...haha...

Jom la tengok gambar yang sempat SA snap...



Kami yang pertama check in


Complimentary dates


Saje amik gambar ni...namapun blogger kan


Sign up for a member dapat 20%...lupa nak scan and sign up...


In house sauce diorang yang sedap..pilihan SA always smokeys


Selfie jap sekeping


candid dari Dania...muka penat..


One more candid


Complimentary bread dari TR...x makan pun sebab roti tu dah keras


Memang amik bottomless sebab bleh refill


Lamb ribs single RM59.90...ni lisa nak rasa...ambik la..janji rasa kan


All time fav SA fried Mushrooms


Dania plak x suka steak...minah ni lain skit la...puas cakap sedap apa segala so dia order Alfredo Pasta..nampak macam sikit kan...tapi mengenyangkan..mengah dia habiskan katanya sambil- sambil tolong habiskan fries 


Australian Sirloin Steak ni SA punya


Australian Sirloin Steak Lisa..


Selfie sebelum menjamu selera....SA masa ni teruja nak minum air je...the best part is xde air panas okeh..belasah je minum ais...tawakal la supaya tekak ok...


Total damage makan bertiga...


Sesekali keluar bertiga macam ni best kan...girls day out...lepas ni nak ajak Mommy Dida ngan Acu plak...ramai skit baru best...tak pernah rasanya kami keluar ramai- ramai macam ni..all gegirls kan...nanti nak plan la...makan kat Tony Romas ni sempena birthday Lisa. Dari hari tu nak banje dia makan steak...the real steak la yang dia nak...so alang- alang dah keluar ni...tunaikan la janji nak blanje makan steak. Oh ye Dania bukan x makan daging ye...entah kenapa masa kami travel berdua pi Melaka 2020 dulu makan kat TR , order untuk dia well done tapi dia dapat steak yang still ada juicy lagi...minah ni pelik skit..kalau nampak merah- merah dia tak nak makan de...orang makan steak biasanya amik medium atau medium well as long as takde la nampak well done dan lembut je. Erm dah pesen dia cenggitu...kalau masak daging ke apa dia mana makan kalau ada yang tetel...jenuh pilih daging je kat dia...sama jugak kalau sup gearbox..part tetel yang sedap tu dia x makan..SA akan potongkan bahagian daging sahaja...so Pak Zain kalau nak beli daging memang akan beli daging sahaja dan asingkan bahagian tetel atau berlemak...

Lepas kami selesai berbuka, terus balik sebab train pukul 8.30pm. Sampai rumah 10.30pm....lepak kejap...mandi apa segala...terus tido...hahaha...penat...

Jumpa lagi next entry....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah