Saturday, April 30, 2022
Bawak Pak Zain & Mak Pah Shopping Lagi Di AEON Seremban 2
Menu Berbuka Puasa Hari Ke Dua Puluh Enam
Thursday, April 28, 2022
Last Kerja Hari Ini..
Balik tadi x sempat nak jumpa boss...dia meeting back to back..malas plak nak tunggu..SA text je..and ucap selamat hari raya...dia balas dengan banyak nasihat...drive carefully, jaga kesihatan..jaga makan...ehhhh....x pernah2 pesan macm tu...takut SA sakit lettew kan...
Hahaha..lega esok start cuti...tp korang rasa SA dpt rehat ke?
Syukur Dania Lulus Ujian Berkomputer...
Menu Berbuka Puasa Hari Ke Dua Puluh Lima
Wednesday, April 27, 2022
Selesai Sudah Zakat Fitrah...
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Tuesday, April 26, 2022
Lewat 20 Minit Masuk Office...
Hukum Beri Lebihan Fitrah Kepada Amil
Assalamualaikum...
Hi korang..
Hari ni SA nak share sesuatu yang kita semua patut tahu dan mungkin ada antara pernah buat sebelum ni..SA rasa SA ada buat tapi tak ingat tahun bila...SA copy dna share kat sini untuk pengetahuan kita semua...
Soalan
Ustaz, ramai orang suka beri lebihan duit bayar fitrah kepada amil. Apakah hukumnya beri lebihan fitrah kepada amil?
Jawapan:
1. Selalu terjadi dalam masyarakat kita untuk menyedekahkan lebihan bayaran zakat fitrah kepada amil. Mereka kata: "Tak pa, baki tu, keep of the change."
2. Hukum mengenai 'sedekah keep of the change' ni pula, jarang dibahaskan oleh para asatizah.
3. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW melarang keras para amil zakat menerima sebarang sedekah atau hadiah daripada pembayar zakat.
4. Ini berpandukan kepada sebuah hadis sahih:
Daripada Abu Humaid as-Sa’idi r.a, dia berkata, “Rasulullah mengutus seorang laki-laki dari suku al-Azd bernama Ibnu al-Lutbiyyah untuk mengumpulkan zakat. Sekembali dari tugasnya dia berkata, “Yang ini untuk kamu dan yang ini adalah hadiah untukku.” Rasulullah saw. berkata, “Mengapa ia tidak duduk saja di rumah bapanya atau di rumah ibunya kemudian dia tunggu apakah hadiah diberikan kepadanya atau tidak? Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah kalian mengambil sesuatu darinya kecuali pada hari Kiamat dia datang dengan memikulnya di atas tengkuknya, kalau harta itu unta, maka unta itu akan bersuara, kalau sapi maka akan menguak, kalau kambing, maka akan mengembik.” Kemudian beliau mengangkat tangan beliau sambil berkata, ‘Ya Allah bukankah sudah aku sampaikan!’ beliau ulangi tiga kali,” (HR Bukhari [2597]).
5. Maka, para amil zakat termasuklah amil zakat fitrah, tidak boleh menerima pemberian daripada pembayar zakat, biar pun atas nama apa sekali pun. Tak kiralah, sedekah ke ataupun hadiah ke.
6. Maka dicadangkan kepada para amil zakat fitrah untuk menyediakan satu tabung sedekah umum dan jika ada pembayar yang menyatakan 'keep of the change atau saya niat sedekah', maka masukkan ke dalam tabung itu.
7. Nanti selepas dah habis Ramadan, sedekahkan tabung tu kepada pihak masjid atau mana-mana pihak yang memerlukan.
8. Lebih baik sebenarnya jika langsung tolak pemberian itu dengan menyatakan, "kami amil nabi larang terima sedekah." Ia dapat mengelakkan sebarang fitnah.
9. Walau bagaimanapun, amil fitrah tertakluk kpd arahan daripada pihak yang melantik. Jika arahan menyatakan mereka langsung tak dibenarkan menerima sedekah itu biar pun atas nama sedekah umum dan untuk pihak masjid sekali pun, maka hendaklah patuh.
10. Kepada para pembayar zakat fitrah dan juga zakat harta pula, dah tahu tak boleh bagi hadiah atau sedekah, maka elakkan daripada memberi kepada amil.
11. Semoga ibadah kita menjadi lebih barakah, amin.
Disediakan Oleh:
Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid,
Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan,
Divisyen Syariah dan Dakwah,
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Monday, April 25, 2022
Menu Berbuka Puasa Hari Ke 22
Berbuka Puasa Di Tony Romas NuSentral
Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah