Assalamualaikum..
Hi korang...
Pernah mengalami masalah dark spot ( bintik gelap)? masalah dark spot ini sangat lazim berlaku pada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah jerawat. Biasanya bintik gelap ini merupakan sel- sel mati yang meninggalkan kesan dari kulit yang berjerawat. Ia lebih berisiko kepada wanita daripada lelaki pada semua peringkat usia tetapi kebanyakan adalah di kalangan remaja, dimana masalah jerawat sering dihadapi oleh mereka.
Bagi mengatasi masalah dark spot ini, Murad tampil memperkenalkan produk baharu perlindungan mineral Rapid Dark Spot Correction Serum, yang bertindak sebagai agen pembetulan yang pantas tanpa perlu berjumpa doktor.Oleh itu anda boleh rawat muka sendiri dengan hanya mengaplikasi produk dari Murad ini.
Hari ini SA ingin perkenalkan kepada anda semua product keluaran Murad yang SA gunakan selama 10 hari, Hasil dari pemakaian product ini SA merasa kesan yang sangat positif kepada kulit SA. SA jadikan hasil keberkesanan memakai product ini sebagai bukti bahawa product ini sangat sesuai untuk semua jenis masalah kulit. Yela kan..umur semakin meningkat ni macam- macam masalah muncul di sekitar kulit muka.
Murad Next Generation Rapid Dark Spot Correction
Rapid Dark Spot Correcting Serum
Produk ini sangat berkesan untuk mengurangkan kesan dark spot pada raut wajah anda tanpa perlu berjumpa dengan doktor. Serum ini menggalakkan pertumbuhan sel untuk permukaan kulit yang lebih cerah dan sekata.
Sesuai untuk pelbagai warna dan jenis kulit. Ia mensasarkan dark spot yang selalu anda lihat pada permukaan kulit. Digunakan secara lembut untuk kesan yang anda belum pernah lihat lagi.
Fungsi
- Mengurangkan kesan drk spot dengan serum intensif ini yang akan menggalakkan pemulihan sel sel permukaan kulit untuk kesan yang lebih cerah dan sekata
- Mengurankan penampilan pigmentasi yang disebabkan oleh keradangan
Jenis Kulit Manakah Yang Sesuai?
Normal, berminyak, Kulit Kering dan Kombinasi
Bahan- Bahan
- Patented Resorcinol Technology
- Tranexamic Acid
- Glycolic Acid
Cara- cara penggunaan
Perlu di gunakan 2 kali sehari pagi dan waktu malam
- Bersihkan muka dengan Essential C- Cleanser. Lap kering muka
- Sapukan 1-2 pump serum pada keliling wajah, leher dan kawasan dada
- Diikuti dengan pelembab dan sangat di syorkan menggunakan sunscreen Murad pada waktu siang
Result
- 84% menunjukkan pengurangan kesan dark spot dan hyperpigmentasi lain dalam masa 14 hari penggunaan
- Terbukti secara klinikal melalui pengukuran insrumental bagi kawasaan yang mempunyai dark spot dengan rejimen Murad.
Ahli panel ujian bersetuju dengan hanya 14 hari sahaja
- 91% kulit kelihatan cerah
- 94% kulit lebih lembut dan licin
Mencegah lebih baik daripada mengubati, sememangnya di sarankan kepada semua untuk menggunakan sunblock bagi mencegah pigmentasi serta melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Kebanyakkan wanita jarang menitik beratkan penggunaan sunblock. Ini akan menyebabkan masalah dark spot dan pigmentasi semakin teruk. Oleh itu jangan abaikan pemakaian sunblock sekiranya anda mempunyai urusan di luar.
Produk ini bertindak sebagai pelindung untuk masalah - masalah seperti berikut
1. Kesan penuaan
2. Usia dan terdedah sinaran matahari
3. Tona kulit Tidak Sekata
4. Garis halus dan kedutan
Fungsi
Merupakan produk untuk perlindungan kulit tahap baharu. Pelindung matahari 100% mineral yang dengan revolusi dan ultra ringan. Dengan teknologi perlindungan alam semulajadi melindungi kulit dari 5 punca utama kerosakan yang mempercepatkan tanda penuaan iaitu UVA, UVB, Pencemaran, Kesan "Blue Light" dari gadjet dan sinaran inframerah.
Matriks polimer termaju membantu menghalang lekatan dan penembusan toksin persekitaran, manakala vitamin c membantu mencerahkan kulit. Memulihkan warna dan membetulkan tona warna sekata serta meningkatkan keserian wajah
Cara- cara penggunaan
Goncang agar sekata dan sapukan di sekeliling wajah, leher dan kawasan dada
- Bersihkan muka dengan Essential C- Cleanser. Lap kering muka
- Guna advanced Active Radiance Serum
- Essential - C Day Moisture Broad Spectrum SPF 30|PA+++
- Diikuti dengan City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA ++++
Diikuti dengan pelembab dan sangat di syorkan menggunakan sunscreen Murad pada waktu siang
Results
- 96% melindungi kulit dari pencemaran
- 89% melindungi kulit dari kesan "Blue Light" dari gadjet
Bahan - bahan
- Polymer Matrix
- Vitamin C
- Lutien
- Iron Oxides
TESTIMONI
Kesan dark spot bekas jerawat di bahagian dagu dan ada lingkaran gelap di bahagian leher SA kalau ada perasan. Liang- liang pori juga terbuka kerana SA mempunyai jenis kulit yang berminyak. Berikut merupakan keputusan sebelum dan selepas SA menggunakan produk Rapid Dark Spot Correcting Serum dan City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA ++++
Nampak kan perbezaan sedikit ketara setelah 10 hari menggunakan product ini?dark spot berkurang dan kulit muka SA kembali sihat seperti zaman remaja.
Setelah menjangkau usia 40an, serum dan krim pelindung matahari sangat- sangat penting buat SA...di usia inilah kulit akan cepat terkesan dengan pigmentasi, dark spot dan sebagainya...dengan menggunakan Rapid Dark Correcting Serum dan City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50| PA++++ Mineral Sunscreen SA kini mampu tersenyum dengan kerana product ini sangat berkesan untuk memulihkan kulit muka SA. Kombinasi 2 produk dari Murad ini memang memberikan pengalaman yang paling berharga buat SA
Terima kasih Murad kerana membantu menyelesaikan masalah kulit muka SA.
Berminat untuk mencuba?
Websit:www.murad.com.my atau dapatkan dimana- mana Exclusive facial store https://facial.murad.com.my/store-locator/
Tentang MURAD
Pada tahun 1989, pakar dermatologi dan ahli farmasi Dr Howard Murad mengasaskan Murad, Inc., sebuah jenama klinikal doktor moden yang pertama yang menumpukan 100% produk penjagaan kulit serta telah menetapkan standard baru untuk tinggi prestasi penjagaan kulit.
Sebagai pihak mempunyai tanggungjawab klinikal dalam mewarnai dunia kecantikan selama lebih 30 tahun, Dr.Murad telah mencipta jalan penyelesaian bagi masalah dark spot dengan memanfaatkan teknologi yang dipatenkan untuk meminimumkan kesan dark spot yang anda lihat dan mencegah kesan dark spot yang belum kelihatan lagi. Product ini seseuai untuk semua pada pelbagai jenis kulit.
Murad sangat komited untuk menghasilkan produk yang terbukti berkesan secara klinikal,produk cruelty-free yang memenuhi piawaian yang teliti untuk keselamatan, keberkesanan dan penjagaan yang anda harapkan melalui rawatan daripada doktor.
#MuradMalaysia #muradmy #muradmalaysia #darkspotcorrentingserum
wah mmg ada beza la kak.. best ni. biasalah umo mcm saya ni pun byk dark spot
ReplyDeletesamaa..kolin pakai 14 hari..pudar tompok hitammmm
ReplyDeleteHaaa.. produk Murad ni kita pernah dengar. Ingat Murad ni melayu, omputeh rupanya.
ReplyDeletekan..umur dah banyak ni mcm2 bnda sibuk nak muncul kat muka
ReplyDeleteMenarik la produk ni..nnt boleh cobaaa
ReplyDeleteRamai cakap produk Murad nie bagus..
ReplyDeleteah ah..nampak beza dia.
ReplyDeleteSaya pun baru-baru nak cuba pakai produk Murad, lagi tambah teruja bila tgk SA review
ReplyDeleteJenama Murad ni memang dah terkenal lama hilangkan kesan cela pada kulit kan. Baru tahu sekarang ada keluaran serum pulak.
ReplyDelete