Wednesday, March 2, 2022

Air Tangan Pak Zain Lunch 1st March

Assalamualaikum...

Hi korang...

Tak sempat nak up citer ni semalam...semalam SA kan balik semula ke rumah sejurus selepas sampai office kan..lepas tu buat kerja dari rumah..lepas satu- satu kerja kena siapkan..semuanya adhoc. SA bagi duit je kat Pak Zain suruh beli apa dia nak beli...SA cuma sempat tolong masak nasi je...tengok la hari ni kang macam mana...SA cuti kan..tapi even cuti pun kalau ada permintaan kerja SA kena buat...

Semalam jugak dapat tau sorang lagi positive dalam department Solar...aduhai...lepas sorang- sorang berjangkit ni...pun sama kes gak..pada awal check negative tapi ada simptom...sakit tekak dan batuk...tapi pandainya masuk kerja jugak...allah...HSSE dah pesan dah dalam email..kalau ada simptom batuk, sakit tekak dan demam x perlu datang office...now dah melibatkan semua level SA tu,nasib sempat sanitize dan siapa yang takde simptom boleh bekerja macam biasa...

Eh jauh plak melalutnya...moh tengok lauk air tangan Pak Zain


Sotong goreng kicap untuk cucu kesayangan..masin skit sebab dia guna kicap masin...


Ikan siakap masak lemak cili api campur tomato...adehhh...pelik skit rasa sebab dia letak bawang merah dan bawang putih hiris...hentam aje la...boleh la ni...


Sambal belacan of course SA yang buat....cuma takde sayur atau ulam nak cicah

 

Itu je la lauk kami semalam...lepas tu malam kami keluar pi makan kat luar...saje nak treat Dania sebab hari ni SPM kan....so semalam apa dia nak SA tunaikan la...tapi bab makan la..bab lain lepas SPM nanti la...semoga semua anak- anak kita yang ambil SPM tahun ni akan mendapat kejayaan yang cemerlang...bermacam dugaan mereka tempoh sepanjang 2 tahun belajar dalam PKP kan...dengan x face to face ngan cikgu...apapun keputusan anak- anak kita nanti..kita raikan seadanya sebab mereka pasti dah buat yang terbaik. Semoga allah lapangkan dada dan terangkan hati semua anak- anak kita..Aminnn....

10 comments:

  1. Dalam banyak2 kita terliur ngan siakap masak lemak cili api tu. Tak sedap ek letak bawang?

    ReplyDelete
  2. Jarang betul jumpa orang lelaki pandai masak level gini. Pak Zain pakai Thermomix ke tu? hihi. Gurau je. Nampak sedap air tangan Pak Zain.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, sedap-sedap lauknya.

    ReplyDelete
  4. semoga dania dapat menjawab peperiksaan dengan tenang.

    ReplyDelete
  5. abah akak macam abah saya suka memasak..

    ReplyDelete
  6. Sotong kicap, ikan siakap gulai dan sambal belacan berselera makan. Ada ulam lagi sedap makan ni.

    ReplyDelete
  7. Sotong masak kicap yang maveles.. Bertambah nasi dengan sambal belacan lagi..

    ReplyDelete
  8. Air tangan Pak Zain memang sentiasa nampak sedap.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah