Sunday, February 20, 2022

Susah Ke Jadi Suria Amanda?

Assalamualaikum....

Hi korang...

Haaa...ni apa plak kesnya ni kan...ntah la..SA rasa sedikit berjauh hati...cuma x tau apa puncanya...adakala kita berbuat baik dengan orang...ada kala kita banyak mengalah..apa je orang kata dan fikir buruk tentang kita...masuk telinga kanan keluar telinga kiri...memang tak ambil peduli pada awalnya...tapi sebagai manusia biasa...perasaan jauh hati tu tetap ada...tetap wujud...

Rasa susahnya jadi SA...dengan tanggungjawab banyak...dengan status yang sentiasa mengundang kebencian orang padahal x tau dimana salahnya. Bila nak berjaya dalam kehidupan mahupun masa depan ada juga yang iri hati dengan diri ini...betul la kata pepatah...bukan sennag nak senang..bukan senang nak puaskan hati orang. Betul ramai cakap..ah..abaikan...tapi bila fikir kita hidup bermasyarakat sampai bila perlu ada sifat dengki sebegini kan....

Jom baca perkongsian kat bawah...



BUKAN BENCI TAPI SUDAH KECIL HATI 

Kita kalau sudah tersinggung dengan kata-kata orang, jangan kata mahu menyapa, pandang muka dia pun rasa malas. 

Bukan benci tapi sudah kecil hati.

Orang yang biasa merendahkan kita, biarlah mereka. Tak perlu kita rasa tersinggung, apatah lagi merasa sedih. Yang penting kita tetap yakin dan tidak merasa rendah diri.

Orang yang selalu mencari kekurangan dan kesalahan orang lain, tidak akan pernah menemukan kekurangan dan kesalahan dirinya sendiri. 

Jika kita dinilai baik ya Alhamdulillah, dinilai tak baik.. takpe, terserah. Semua yang hadir dalam hidup kita memiliki peranan masing2. 

Entah mereka memberi kita kebahagian atau memberi kepedihan.

Dalam berbagai hal tidak semua orang akan menyokong, menyukai atau pun membantu. Sebahagiannya suka menghalang dan ada yang menghina tanpa sebab kita ketahui. Inilah hidup, kita tidak boleh memaksa semua orang agar menyukai kita. 

Kita tidak mampu menutup mulut orang lain yang berkata buruk. Apa yang mampu kita lakukan adalah menutup kedua telinga dari perkataan yang menyakiti.

Memaksa diri agar disukai semua orang itu sangatlah melelahkan. Maka, jadilah diri sendiri walaupun tak banyak yang menyukai, hingga kita menemukan yang menyukai kini dan nanti tanpa tapi. 

Jauhi orang yang membuat kita kecewa. Berhenti berusaha menyenangkan orang yang tidak pernah menghargai. 

Semakin kita menjauhi yang meracuni jiwa, kita akan lebih sihat.

Kredit: rohana saad

15 comments:

  1. Abaikan je kak. Kita hidup ni bukan nak puaskan hati orang lain. Kena fikir diri sendiri jugak. Mulut orang tak boleh nak tutup. Anggap je lah orang yang cakap cakap tu dengki dan iri hati dengan kehidupan kita yang lebih baik. Dah dah jangan sedih kak. Be happy okay :)

    ReplyDelete
  2. Kita ni tak hidup dek puji dan tak mati dek keji. Tapi, sebagai manusia, kita tetap ada hati dan perasaan, betul kannn...

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar
    segala luahan SA seakan sama spti yg terbuku pd ciknur ..ciknur x pandai nk.menulis tp apa.SA.alami itulah dirasai dilalui keblkgan ini. Susahnya...
    betul ada org cakap abaikan je..tp yg lalui . Aduhaii
    Cuma satu pegang kuat "Allah lebih mengetahui". luah hanya pdNya.
    apa.yg kita buat takkan sempurna pd pandangan mata sesiapapun...sb manusia ni semua punyai pandangan berbeza, kita nmpk dah elok, tp orglain nampak buruk .
    mcm nak beli baju bersama 3 org rakan A lihat cantik tp tanya si B kata tak cantik dan C kata boleh la eeeii buruknya
    ha haa akhirnya kita yg pilih semua tak cantik.dimata mereka

    ReplyDelete
  4. Ada kala kita kuat mengaharung dugaan.Adakala kita down..
    Ayuh,bangkit dan biarkan mereka dengan cara mereka.
    Jom,kita sama-sama didik hati agar tidak mencontohi sikap seperti itu..

    Mungkin itu antara sebeb Allah ciptakan syuga dan neraka...


    ReplyDelete
  5. Mari kita belajar berlapang dada SA.
    Kak Amie pun banyak lalui onak dan duri sepanjang perjalanan hidup ini. Akhirnya 'masa' yang menjawab segalanya. Rupanya, kita kena sentiasa banyakkan sabar. Lambat-laun, nampaklah mana yang benar dan mana yang salah. Percayalah, Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  6. its ok.. you are not born to satisfy them.
    rambut sama hitam hati lain-lain...

    ReplyDelete
  7. Semoga sentiasa kuat dan tabah menjadi seorang SA

    ReplyDelete
  8. Jadi macam Sis, lantakkan apa orang nak kata, yang baik jadikan tauladan, yang tak elok, kita buat bodo je sudah SA...

    ReplyDelete
  9. Bagi PC kita manusia biasa kak. Ada rasa marah, sedih, kecil hati, terasa hati. Lumrah. Seteguh apa pun cuba kuat dan lawan kita manusia tak boleh tipu perasaan sendiri. Apatah lagi berhadapan dengan orang sekeliling yang begitu.

    ReplyDelete
  10. sabar ye SA. ada bahagia di hujung2 nya nanti.

    ReplyDelete
  11. semoga seirang sura amanda sentiasa tabah dan kuat amin

    ReplyDelete
  12. Jauhilah orang orang yang toxic kepada kita. Semoga SA sentiasa kuat 💪

    ReplyDelete
  13. Semoga SA sentiasa diberi ketabahan dan kekuatan hati..

    ReplyDelete
  14. bertabahlah kak SA. Kita takkan mampu puaskan hati semua oan. berdiam diri tu lagi baik dari bertikam lidah atau meluah perasaan di media sosial. Kita serahkan je pada Allah yang Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  15. be strong & keep strong, susah nak puas kan hati semua org & susah nak asyik jaga hati org, sapa nak jaga hati kita..kan? peduli org nak kata pun..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......