Wednesday, February 23, 2022

Fenomena Drama Jepun Moero Attack Di Malaysia Suatu Ketika Dulu

Assalamualaikum...

Hi korang...

Sape lahir 70an-80an tau la drama bersiri Moero Attack yang sangat popular suatu ketika dulu. Menjadi satu fenomena dimana sukan bola tampar menjadi ikutan dan sanagt popular. SA antara yang terjebak dengan sukan ni setiap petang...masa ru kalau x salah ditayangkan pukul 4.30 petang sampai 5.30 petang. Lepas habis tengok kami plak adik beradik pergi summersault berputar kat padang...tiap-tiap petang...apa barang main badminton...masa tu memang fenomena bola tampar...berangan la memasing jadi Chun la jadi yg lain2 la....time tu boleh la nak lompat2 sebab budak2 kan badan kecik je memasing...pernah jugak la kena sebat ngan getah paip sebab lambat balik rumah...leka main bola tampar..nasib x kena tampar...hukuman paling teruk pun..duduk luar rumah jangan masuk sampai la habis isyak...nak jadi setan sangat kan maghrib2 tak reti nak balik ..hahaha...gelak bila ingat balik..

Moero Attack ialah tajuk bagi sebuah siri drama televisyen Jepun ciptaan Shotaro Ishinomori yang mengisahkan sebuah pasukan bola tampar wanita Jepun. Siri ini ditayangkan di Jepun melalui rangkaian TV Asahi dari 5 Januari 1979 hingga 11 Julai 1980, menjelang temasya Olimpik Moscow 1980.

Moero Attack juga pernah disiarkan di Malaysia dalam bentuk alih suara melalui saluran TV1. Siri drama ini juga dipercayai berpengaruh di China sehingga berkali-kali diulang tayang, hasil kejayaan pasukan bola tampar wanita kebangsaan negara berkenaan menjulang Piala Dunia Bola Tampar pada tahun 1981.



source from google.com

Ia mula ditayangkan semula di Malaysia pada tahun 1989 and the best part is drama ni ditayangkan alih bahasa ke bahasa Melayu. Masa tu SA dalam darjah 5. Setiap petang memang tunggu depan tv..Habis jer drama kami plak buat drama kat gelanggang badminton...hehehe...memang best betul zaman tu...Moero Attack mengisahkan seorang gadis Jepun bernama Kojika Joon yang mengejar cita-citanya untuk menjadi pemain skuad kebangsaan bola tampar negara Jepun. 

Moero Attack mengisahkan Chun yang ingin menunaikan hasrat ibunya yang ingin melihat beliau mewakili Jepun dalam acara bola tampar di temasya Sukan Olimpik. Ibu Chun telah meninggal dunia semasa Chun masih bayi lagi dan tak tahu apa-apa langsung tentang sukan bola tampar. Walaupun Chun tidak mengenali ibunya, beliau mendapat tahu tentang sejarah dan latar belakang ibunya melalui Pengurus Pasukan Bola Tampar Shirafuji. Ibu Chun telah mewasiatkan sebuah buku lama yang mengandungi lakaran taktik-taktik akrobatik dalam bermain bola tampar kepada Chun. Macam mana nak buat semua taktik-taktik tu, Chun harus fikir dan usaha sendiri. Banyak kali jugalah Chun terpaksa bertapa seorang diri dalam gelanggang dewan bola tampar yang kosong dan tidak berpenghuni untuk mempelajari ilmu-ilmu tersebut.

Bermulalah kisah Chun yang berusaha untuk menjadi pemain bola tampar yang hebat dan disanjung tinggi. Satu pengajaran yang boleh diteladani dari siri Moero Attack ini adalah sikap jati diri orang Jepun yang sentiasa kuat berusaha dan tidak putus asa dalam mencapai sesuatu kejayaan.

Melalui drama Moero Attack ni la SA menanam minat untuk ke negara Jepun..tapi belum ada rezeki lagi la...semoga suatu hari nanti impian SA nak jelajah Jepun jadi kenyataan , SA suka Jepun sebab pemandangan dan suka nak explore budaya diorang...tunggu dapat duit terpijak pencen nanti la kot...kalau panjang umur kan..hehehe....ikutkan takde la mahal mana nak pi Jepun tu...ramai je kawan- kawan SA berhijrah dan bekerja kat Jepun..Kos hidup kat sana memang la tinggi sebab currency diorang tinggi kan..berdoa sngat ni agar suatu hari nanti SA dapat pi Jepun..

18 comments:

  1. ni fav..mesti tgk punya. siap leh terbalik kan badan, kaki ke atas mcm chun tu la. duluuu...sekarang memang x la.. ha ha ha... kat FB ada kan, ada subtitle jugak

    ReplyDelete
  2. Lejennnn sangat cerita ni kak. Kenal game bola tampar melalui cerita ni la. Pukulan halilintarrrrrrrrrrrrr hahaa

    ReplyDelete
  3. Xpernah dgr pula siri jepun ni..tapi time kita sekolah dulu pun byk juga cite jepun yg best..hehe

    ReplyDelete
  4. Saya ada salah seorang daripada peminatnya. Hihi

    ReplyDelete
  5. Punyalah minat dengan Chun ni, sampaikan ikat rambut kiri kanan gaya dia, hihi

    ReplyDelete
  6. disebabkan cerita ni la saya kena denda ketuk ketampi dgn ustaz sebab ponteng sekolah agama haha

    ReplyDelete
  7. Disebabkan cerita ni, kami geng bola jaring sekolah selalu minta balik awal dgn ustaz mengaji kelas agama di masjid. Konon nak training, tapi singgah tengok Moero Attack dulu di rumah kawan, yg bersebelahan dgn sekolah haha... Lepas habis cerita, baru pakat lari ke sekolah utk training :D

    ReplyDelete
  8. hhahahha satu lagi drama chiaki yg stewardess tu hahaha...
    gila la zaman tu, sanggup ponteng skolah agama ptg tu :D

    ReplyDelete
  9. Wak macam tak pernah tenguklah
    Ketinggalan kereta api betul masa tu

    ReplyDelete
  10. Eh Kak Sue macam terlepas pulak cerita nie.. ke lupa dah. Yang ingat cita Oshin je..

    ReplyDelete
  11. saya teringat pula zaman saya gila tonton GTO

    ReplyDelete
  12. mmg fav ni..blk sek agama cpt2 nk tgk...ptg2 plak main bola tampar mcm dlm drama tu hehe..siap ckp lontaran berputar haha

    ReplyDelete
  13. Iyee betullah, dulu snaggup menunggu ngadap tv oii semata nak tengok hahahahaha.. rasan nak cari baliklah nak tengok semula...

    ReplyDelete
  14. memang ini lah yang ditunggu dlu..haha.ptg2 dok berangan..:)

    ReplyDelete
  15. Okay, confirm tak pernah tahu drama ni.

    ReplyDelete
  16. saya tak tengok sebab takde tv kat rumah

    ReplyDelete
  17. boleh layan drama ni bahasa jepun dengan subtitle melayu d page fb fb://group/5798388465?ref=share&mibextid=NSMWBT

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......