Thursday, February 17, 2022

Dinner Di Aiyunie Seafood

Assalamualaikum....

Hi korang...

Rata-rata susah nak jumpa kedai tomyam yang betul-betul menepati citarasa ..kan? Kadang ada yang dari Siam...kadang dari Patani...kadang tukang masak bertukar ganti so masakan jadi lain x sama macam biasa kita makan...kalau 2-3 bulan dulu masakan sedap, tapi bila datang balik dah kurang sedap..Kat Seremban banyak je kedai makan Thai ni..antara sedap ngan x sedap je la...SA ni plak jenis skeptical bab masakan Thai...SA memang suka masakan Thai dan bleh tau kat mana sedap atau x sedap...Kadang sedap kat orang lain x sedap di tekak kita kan ..lepas tu sedap kat kita tapi x sedap kat orang lain...pusing2 macam tu je....

So baru ni SA makan kat sini..Aiyunie Seafood di Nilai....allah x tau plak the exact place...first time pi ...jom tengok apa yang kami order



Sampai je x ada orang sangat..tapi lepas duduk..tetiba lepas sorang -sorang masuk...lepas tu family plak masuk...eh...bawak rezeki betul kami ni


SA mmg x minum ais..so amik teh o paneh je


Kawan SA minum teh o ais


Tomyam putih seafood...nampak macam x menarik kan ..tapi!!! Sedap uolls...sedap giler...sampai titisan akhir kuah dia SA hirup..even kepedasan


Daging masak merah..pedas tapi sedap


Zoom skit tomyam putih


Sotong goreng halia...ni pun paduuuu....


Kerang rebus


Sambal belacan dan timun


Sambal belacan pedas giler

 

Aiyunie Seafood ni terletak di Nilai...maaf SA x tau exact location...pergi je pandai..nak terangkan x.pandai...boleh la waze kot...

Keseluruhan makan kat sini memang sedap ..murah pun murah...makan untuk 2 orang x habis RM40....ha....percaya x?betul..tolong la percaya ...only RM38.00 sahaja...sedap pun sedap...lain kali nak cuba lagi la...nak cuba tomyam merah plak..makanan kalau sedap memang rajin la nak repeat..kan?

16 comments:

  1. tu dia sedapnya lauk2 tu. ada kerang lagi tu pehh

    ReplyDelete
  2. perghh,..tgk gambar pun dah tahu sdap..yummy..:)

    ReplyDelete
  3. suka tomyam santan, lagi ummphhhh sedap

    ReplyDelete
  4. lapar tgk smua menu.....kerang tu lama xmkn

    ReplyDelete
  5. Selalunya begitulah kan SA.Masuk premis kosong takde pelanggan. Bila kita masuk tak lama ramailah pula yang ikut masuk.

    ReplyDelete
  6. standard klu makan kedai tomyum ni mesti kena order tomyum kan :p tapi kita suka tomyum merah hehehe.. pastu mesti nak order ikan siakap 3 rasa :D

    ReplyDelete
  7. Murahnya. Pelbagai hidangan seafood tapi tak sampai RM 40 pun.

    ReplyDelete
  8. Rasanya macam Sis pernah singgah makan sini SA.. masa tu ke Seremban lalu Nilai.. sebab teringat akan bumbung depan kedai tu...

    ReplyDelete
  9. Sedapnya semua.

    Tu la baru nak cakap nampak macam cair je kuah tu, sedap rupanya ye

    ReplyDelete
  10. Tom yam best bila rasa mencucuk limau purut dan daun/akar ketumbar.

    ReplyDelete
  11. Daging masak merah tu sedapnye... fav saya juga menu ni kalau kat tom yam mmg order

    ReplyDelete
  12. saya nampak kaerang tu terus terliur. bagus la SA tak minum ais.

    ReplyDelete
  13. kalau sana pedas sini pedas confirm husband ammi suka ni..boleh try lainkali OTW balik Seremban.

    ReplyDelete
  14. Betul kak. Mesti dah ada kedai fav tomyam. Ada satu kedai ni sedap tomyam dia tapi sejak tukar tukang masak jadi dah tak sedap sebab dah beberapa kali beli dan beli tak sedap jugak. Tukar cari tempat lain pulak. Kerang rebus dia tu nampak fresh. Okaylah berpatutan harganya.

    ReplyDelete
  15. kerang tu nampak sedap benar kak.. selalu tomyam ni jumpa yang manis.. spoil sikit la..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......