Sunday, February 13, 2022

Bahagia Itu Dengan Bersederhana

Assalamualaikum...

Hi korang...

Selamat berhujung minggu.....buat apa tu?

Hari ni SA nak share sikit tentang Bahagia....korang mesti dah biasa dengar tentang Bahagia Itu Dengan Bersederhana kan?Meskipun sederhana, namun kata-kata ini memang mempunyai makna yang mendalam. Bahawa kebahagiaan merupakan faktor penting dalam hidup yang perlu terus diperjuangkan. Bukan dengan giat bekerja untuk mendapatkan banyak wang atau berbelanja barang-barang mewah. Kata-kata bahagia itu sederhana mengajarkan setiap orang untuk mensyukuri apa yang telah diperjuangkan dalam hidup.

Biar bersederhana dalam segala perkara asalkan kita bahagia. Betul tak?


Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan menyetrika tumpukan baju, itu berarti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu berarti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu berarti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendapatkan banyak komplen dari customer kita menandakan bahwa customer kita masih ada, masih loyal dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.

Mendengar bunyi exzos & hon itu bererti aku bisa mendengar

Mendengar bunyi Azan di pagi hari, itu bererti aku masih hidup.


Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan walau tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Dengan bersyukur, maka hidup akan terasa cukup. Walaupun ketika sedang dalam masalah sekalipun, selalu ada hal kecil yang patut kita syukuri dan membuat hati lebih tenang. Sebab itulah pentingnya memahami kata-kata bahagia itu sederhana dengan baik. Jika dapat difahami dengan baik, kita boleh aplikasikan didalam kehidupan kita sehari-hari dengan lebih mudah.

Jumpa lagi next entry.....


8 comments:

  1. Bahagia itu sederhana lebih bermaknan dengan bersyukur seadaanya.. biar hidup seadanya dari hidup serba nak ada.. tak tenang jiwa.. kan SA...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    Tidak terhitung nikmat Allah kepada kita semua..
    Apalah sangat untuk kita ucapkan "Alhamdulillah"

    Terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  3. lain org lain cara bahagianya..yang penting kita sentiasa bersyukur walaupun banyak rintangan yang melanda untuk kita bahgia...:)

    ReplyDelete
  4. Bahagia dengan cara kita sendiri. Bersyukur dengan apa yang ada. Selalu dengar ceramah Ustaz Syamsul Debat, bahagia terletak pada hati. Jangan sibuk tengok apa yang orang lain ada.

    ReplyDelete
  5. so true....x perlu yg mewah2...syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. apapun kena bersyukur dgn apa yg ada. jgn pandai org yg lebih, pandang org yg kurang dari kita

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......