Tuesday, February 22, 2022

22022022~ Cerita Hari Ini...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Semalam senyap sunyi takde entry pun kan...semalam SA dalam keadaan stressed. Memang stress sangat- sangat sampai terjejas urusan kerja. Stressed pun sebab kerja gak...lepas tu dengan panik sebab kawan- kawan office ramai yang positive covid. Walaupun benda ni dah jadi normal...ada je yang terjangkit tapi tetap menakutkan...takut sebab ada yang bergejala dan tak bergejala. Cuma penerimaan badan seseorang tu lain simptomnya kan..Ada plak yang mulut puaka cakap..alaa benda biasa je Covid ni...demam selsema je...hurm entahlah..kenapa la mereka sampai terfikir macam tu...sampai takde rasa takut langsung. pada diorang macam covid ni tak bahaya. Even SA ni dah complete semua vaksin dan booster perasaan takut terkena tu tetap ada. So balik kerja semalam memang sanitize diri sendiri, bersih- bersih sebab SA ada parent yang berusia yang berisiko tinggi dan anak dara yang tengah sibuk nak amik SPM. Dania semalam pun balik sekolah dalam pukul 12 sebab ada rakan sekolah dia lain kelas yang positive covid. 



Bekal SA hari ni Nasi Goreng Sardin macam biasa air tangan Pak Zain


Secawan Kopi Original Aik Cheong


Singgah MyNews.com beli quick bites Blackforest Kismis dan Karamel Masin


Beli plak pau sambal...okey gak sedap cuma sedikit keras..


Semoga hari ni yang indah- indah aje untuk semua orang...termasuk la SA...muka ketat je semalam ngan hari ni...puas cuba buat biasa tapi tetap mood tu x mari . Entah la...harap- harap semua perasaan tak sedap ni berlalu pergi...SA cuba sibukkan diri untuk lupakan perasaan tersentuh hati...dah mengalahkan orang putus cinta plak ha...nasib baik x bercinta...

15 comments:

  1. Walaupun orang kata demam biasa, tetaplah Sk takut. Siapa yg dah terkena pd ahli keluarganya sahaja yg tahu kesan covid ni. Semoga SA & keluarga di sana juga baik2 ya.

    ReplyDelete
  2. Cantekkan date arini, baru persan... tu la sama la kita pun stress minggu ni!!
    Stress ngadap keje yg tak sudah... stress dengar kes2 cobid ni! Taked kesudahan :(

    ReplyDelete
  3. Walaupun dah full vaksin plus dengan booster, semua orang tetap ada risiko yang boleh ditanggung. PC sendiri pun masih ada rasa fobia nak keluar rumah pergi ke mana-mana tempat awam dan umum. Memang kalau nak kena, kat rumah pun boleh kena tapi kita manusia usaha semampunya. PC selalu cakap pada babah mama, emak abah dah vaksin dah booster bukan tiket untuk rasa selamat dan selesa. Tetap kena jaga diri. Tetap patuh SOP.

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  5. Memang cantik angka date harini bagi tahun ini..
    Stay safe SA, sekarang ni rasa dedor je dah takut.. apa-apa pun jaga SOP jer..

    ReplyDelete
  6. Sana sini dengar ramai yang +ve. Saya pun panik dibuatnya. Harap harap mood akak beransur okay hari ni. Take care kak. Sedapnya bekal akak harini.

    ReplyDelete
  7. Aini pun bekal nasi goreng..hehe
    Harap SA selamat dan dijauhi penyakit bahaya ni.
    Aini dh complete semua vaksin ni pun masih takut..

    ReplyDelete
  8. stress pasal kerja memang boleh afect mood tau. campur dengan stress sebab Covid lagi. Adeh. terpaksa uba hati dengan makanan. Eh

    ReplyDelete
  9. Waaa...mana manapun ada cerita 22022022...Cantik tarikh hari ni kan..
    Tapi lagi seja. lebih sahaja tarikh cantik ini akna berakhir

    ReplyDelete
  10. Risau sekarang ni. Sana sini ramai positive.

    ReplyDelete
  11. eh kesiannya kawan kelas Dania...tengah SPM kan

    ReplyDelete
  12. ayu dah 2 hari x minum kopi..sbb x sihat sgt. hari ni masuk hari ke3..hari2 wat RTK utk make sure kita negatif. sbb sama la..ada anak2, ada ibu & ayah, hari2 keluar masuk rumah diaorang. kat opis pun kes melambung2..memang kena jaga diri sendiri..follow sop semua. pakai mask, sanitize semua.
    risau sgt...

    ReplyDelete
  13. adiyao sedapnya naso goreng sadin

    ReplyDelete
  14. wahh pau sambal feveret wak nih.,. huhuhu

    ReplyDelete
  15. pau sambal terpaling best eh termasuk air tangan ayah pun best jugak..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......