Tuesday, January 11, 2022

Sup Ikan Merah Cadangan Menu Bekal Ke Tempat Kerja

Assalamualaikum...

Hi korang...

Macam biasa la SA share resepi ringkas dari telegram...yang masak sendiri dah biasa share kan..ni nak masak ikut resepi orang plak supaya leh rasa keenakkan cara orang lain masak kan walau lebih kurang sama je...Banyak lagi resepi kat telegram yang SA dah share dan blom cuba...slowly mencuba sebab SA kan bawak bekal pi kerja...

Kalau bab sup ikan ni kan..SA suka je masak...lepas tu letak daun sup dna daun bawang dan letak la sayur- sayur skit...tomato, batang celery ke...memang sedap la menghirup kuah...ada orang x suka letak sayur- sayur sebab anak- anak ada yang x makan sayur kan...takpe kita raikan aje apa yang orang suka atau x suka.. kalau orang x makan sayur kita jangan kecam...ok....

Jom tengok resepi...



photo kredit to @ResepiDuniaMasakan

SUP IKAN MERAH


Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah anggaran 800grm

3 biji tomato

Jus perahan limau nipis secukupnya

1 pokok daun sup

Garam secukup rasa

Air secukupnya


Bahan tumis:

1 bungkus sup bunjut ikan-adabi

2 biji bawang merah

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

5 biji lada hitam

5 biji cili api dititk-boleh tambah


* kalau tak ada sup bunjut boleh juga diguna serbuk rempah sup

Cara:

Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian . Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . tomato dipotong empat.

Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan cili api dan semua ikan , biarkan sampai mendidih .

Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.

Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.


kredit telegram @ResepiDuniaMasakan

16 comments:

  1. aduyai sedapnya terasa2 kenyal isi ikan merah dalam mulut ni

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap kalau makan degan nasi putih panas2 hehe

    ReplyDelete
  3. alaha sedapnya sup ikan merah..last makan sup ikan ni masa kat melaka dulu..:)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. dah lama tak buat sup ikan. nanti nak buat la. tergoda tengok Kak SA post ni. hihi

    ReplyDelete
  5. Hari-hari kena fikir nak bawa bekal apa kan, Kak SA. Kadang-kadang tak tahu dah nak masak menu apa.

    ReplyDelete
  6. PH suka letak tomato juga dlm sup ikan.. suka rasa masam-masam tu
    Bukan setakat jimat ni SA, sihat pun iye sup ikan ni.

    ReplyDelete
  7. wow.nampak pic pun menarik sangat

    ReplyDelete
  8. Lama tak masak sup ikan merah. Sedap sup ni. Tiap kali beli ikan merah, mmg menu masakan, masak sup ni..

    ReplyDelete
  9. anak anak suka lauk ni... mamanya suka dikari

    ReplyDelete
  10. Lauk begini memang menyihatkan, dan penuh khasiat.

    ReplyDelete
  11. Kalau ikan merah ni wak suka goreng

    ReplyDelete
  12. Sedapnya sup ikan merah. Makan dengan nasi panas dan sambal kicap lagilah sodap!

    ReplyDelete
  13. nampak sedap.. tp syu jarang mkn ikan..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......