SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah anggaran 800grm
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Bahan tumis:
1 bungkus sup bunjut ikan-adabi
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji lada hitam
5 biji cili api dititk-boleh tambah
* kalau tak ada sup bunjut boleh juga diguna serbuk rempah sup
Cara:
Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian . Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . tomato dipotong empat.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan cili api dan semua ikan , biarkan sampai mendidih .
Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.
Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.
kredit telegram @ResepiDuniaMasakan
sedapnyaa nampak
ReplyDeleteaduyai sedapnya terasa2 kenyal isi ikan merah dalam mulut ni
ReplyDeleteLaaa.. kita nak tengok yang SA masakkkk
ReplyDeleteNampak sedap kalau makan degan nasi putih panas2 hehe
ReplyDeletealaha sedapnya sup ikan merah..last makan sup ikan ni masa kat melaka dulu..:)
ReplyDeleteSedapnya. dah lama tak buat sup ikan. nanti nak buat la. tergoda tengok Kak SA post ni. hihi
ReplyDeleteHari-hari kena fikir nak bawa bekal apa kan, Kak SA. Kadang-kadang tak tahu dah nak masak menu apa.
ReplyDeletePH suka letak tomato juga dlm sup ikan.. suka rasa masam-masam tu
ReplyDeleteBukan setakat jimat ni SA, sihat pun iye sup ikan ni.
rajinnyer 👍👍
ReplyDeletewow.nampak pic pun menarik sangat
ReplyDeleteLama tak masak sup ikan merah. Sedap sup ni. Tiap kali beli ikan merah, mmg menu masakan, masak sup ni..
ReplyDeleteanak anak suka lauk ni... mamanya suka dikari
ReplyDeleteLauk begini memang menyihatkan, dan penuh khasiat.
ReplyDeleteKalau ikan merah ni wak suka goreng
ReplyDeleteSedapnya sup ikan merah. Makan dengan nasi panas dan sambal kicap lagilah sodap!
ReplyDeletenampak sedap.. tp syu jarang mkn ikan..
ReplyDelete