Sunday, January 30, 2022

Resepi Nasi Ayam

Assalamualaikum....

Hi korang...

SA x buat pun nasi ayam ni...SA cuma nak share je memandangkan minggu akan datang ni minggu cuti panjang kan...SA x amik extra cuti...takde agenda nak kemana-mana jadi maybe agenda lebih kepada makan makan dan makan ternak lemak macam biasa...adik-adik pun x balik...SA akan temankan mak pi check up hari Khamis nanti...Dania plak akan belajar last kopek sebelum exam SPM bulan 3 nanti...cadang nak pi mandi laut...tengok macam mana nanti...sekarang susah nak gerak kemana-mana memandangkan Mak Pah kena dialysis 4 kali sehari kan...nak keluar boleh tapi x boleh nak lama-lama

Mesti ada antara kita suka makan nasi ayam kan? Ada pelbagai cara masak nasi ayam dan menjadi kegemaran sesetengah orang...so hari ni SA copy resepi nasi ayam dari Telegram...nampak menarik dan caranya pun mudah...Nasi ayam ni fav Dania....


 

 RESEPI NASI AYAM


Resepi:

Utk ayam

1ekor ayam potong 4

Jangan buang kulit

Daun bawang 3pokok basuh bersih simpul

Halia 4 inci ketuk

2 batang serai ketuk

Sedikit garam


Cara membuat:

Masuk air yang banyak ya sesuai utk masak nasi sup sos nanti ambik daripada ni kedalam periuk besar bersama semua bahan di atas kecuali ayam. 

Biar mendidih kemudian masuk ayam celup dulu sekejap kemudian angkat bagi kulitnya tegang tak berkedut. Kemudian baru lepaskan kedlm air ulangi proses sehingga habis keempat2 ayam tersebut. 

Rebus selama 10minit dengan api biasa kemudian renih dlm masa 15m biar ayam masak. Toskan. 

Bawang putih halia tumbuk masuk sedikit garam sedikit kicap pekat dan madu lumur pada ayam dan perap sekejap sambil tu boleh masak nasi dan sos. 

Kemudian boleh bakar ayam tu dlm oven dlm 30minit sehingga keperangan ikut kita suka kegaringannya sebab ayam tu tadi dah rebus. 

Bila dah siap lumur dengan madu supaya berkilat cantik dan sedap.


Utk nasi

1kg beras basuh bersih dan toskan

Bahan utk tumis

6ulas Bawang putih cincang

3inci halia ketuk

3helai daun pandan simpul

Rempah 4 sekawan

Bunga cengkih kayu manis buah pelaga bunga lawang

2 sudu butter

2 kiub ayam

Air rebusan ayam tadi


Cara membuat:

Panaskan minyak campur 2 sudu butter tumis 5 sekawan bawang putih dan halia hingga wangi masuk beras kacau hingga sebati kemudian masuk air rebusan sepadan dengan 1 kg beras kita tadi, kiub ayam daun pandan sedikit garam dan gula kalau nak tukar ke rice cooker pun boleh masak terus atas api pun boleh sehingga masak.


Utk sos cili

10biji cili merah

5biji cili padi kalau nk pedas tambah lagi.

4ulas bawang putih

1kiub ayam

Sedikit halia

Air masak

Garam gula dan cuka secukupnya


Cara membuat:

Masuk semua bahan kedalam blender kecuali cuka dah siap masuk dlm mangkuk tambah cuka dan rasa secukup rasa manis masin masam.

Utk sos kicap

5ulas bawang putih cincang

1 kiub ayam

2sudu tepung jagung bancuh dengan air

5 sudu sos tiram

Kicap cair secukupnya

3cawan air rebusan ayam tadi


Cara membuat:

Panas minyak tumis bawang putih hingga kekuningan masuk sos tiram kicap dan air rebusan. Masuk air tepung jagung bagi pekat garam gula kiub ayam. Kacau rata dan rasalah biar sesedap rasa.


Utk sup

Air lebihan ayam tadi masuk kiub ayam 2 biji akar daun ketumbar garam secukup rasa. Masa nak hidang tabur bawang goreng dan daun ketumbar. Saya tadi masuk bebola ayam anak2 suka masuk ni.


Semasa menghidang hiaskan dengan salad tomato dan timun.Tadaa dah siap selamat mencuba semoga bermanfaat.


Credit : Azizah Daud

14 comments:

  1. Cuti sekolah ni boleh juga dijadikan menu utk anak2... senang, sekali masak semua lengkap; ayam, sayur, sup.. Anak4 PH suka :)
    Moga Mak Pah sihat selalu ye.

    ReplyDelete
  2. Nasi ayam paling mudah nak buat, cuma kena sedia ayam awal, kalau tak, tak jadi nasi dan supnya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk resepinya kak😘

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak.. Kongsi resepi nasi ayam sedap ni

    ReplyDelete
  5. Tudiaaa...meriahnya...nampak sedap betul...Sup tu mesti jadi rebutan tu...sup sexy🤣

    ReplyDelete
  6. Memang kena dengan tekak kalau buat nasi ayam ni

    ReplyDelete
  7. Macam nak buat nasi ayam juga hari ni. Tengok gambar tu sedap je..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya. Lama nau tak buat nasi ayam sendiri. Memanjang beli je

    ReplyDelete
  9. Menu kegemaran anak anak ni. Sebulan 3,4 kali request nasi ayam

    ReplyDelete
  10. sedapnya nasi ayam. biasa beli je, renyah nak buat sndri klau nk mkn sorg2 je. haha

    ReplyDelete
  11. Lama jugak tak buat nasi ayam. Nanti boleh jugak cuba resipi yang ni. Thanks share kak :)

    ReplyDelete
  12. lebih kurang kak menu kita.. sedap ni.. anak2 tak jemu makan nasi ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......