RESEPI NASI AYAM
Resepi:
Utk ayam
1ekor ayam potong 4
Jangan buang kulit
Daun bawang 3pokok basuh bersih simpul
Halia 4 inci ketuk
2 batang serai ketuk
Sedikit garam
Cara membuat:
Masuk air yang banyak ya sesuai utk masak nasi sup sos nanti ambik daripada ni kedalam periuk besar bersama semua bahan di atas kecuali ayam.
Biar mendidih kemudian masuk ayam celup dulu sekejap kemudian angkat bagi kulitnya tegang tak berkedut. Kemudian baru lepaskan kedlm air ulangi proses sehingga habis keempat2 ayam tersebut.
Rebus selama 10minit dengan api biasa kemudian renih dlm masa 15m biar ayam masak. Toskan.
Bawang putih halia tumbuk masuk sedikit garam sedikit kicap pekat dan madu lumur pada ayam dan perap sekejap sambil tu boleh masak nasi dan sos.
Kemudian boleh bakar ayam tu dlm oven dlm 30minit sehingga keperangan ikut kita suka kegaringannya sebab ayam tu tadi dah rebus.
Bila dah siap lumur dengan madu supaya berkilat cantik dan sedap.
Utk nasi
1kg beras basuh bersih dan toskan
Bahan utk tumis
6ulas Bawang putih cincang
3inci halia ketuk
3helai daun pandan simpul
Rempah 4 sekawan
Bunga cengkih kayu manis buah pelaga bunga lawang
2 sudu butter
2 kiub ayam
Air rebusan ayam tadi
Cara membuat:
Panaskan minyak campur 2 sudu butter tumis 5 sekawan bawang putih dan halia hingga wangi masuk beras kacau hingga sebati kemudian masuk air rebusan sepadan dengan 1 kg beras kita tadi, kiub ayam daun pandan sedikit garam dan gula kalau nak tukar ke rice cooker pun boleh masak terus atas api pun boleh sehingga masak.
Utk sos cili
10biji cili merah
5biji cili padi kalau nk pedas tambah lagi.
4ulas bawang putih
1kiub ayam
Sedikit halia
Air masak
Garam gula dan cuka secukupnya
Cara membuat:
Masuk semua bahan kedalam blender kecuali cuka dah siap masuk dlm mangkuk tambah cuka dan rasa secukup rasa manis masin masam.
Utk sos kicap
5ulas bawang putih cincang
1 kiub ayam
2sudu tepung jagung bancuh dengan air
5 sudu sos tiram
Kicap cair secukupnya
3cawan air rebusan ayam tadi
Cara membuat:
Panas minyak tumis bawang putih hingga kekuningan masuk sos tiram kicap dan air rebusan. Masuk air tepung jagung bagi pekat garam gula kiub ayam. Kacau rata dan rasalah biar sesedap rasa.
Utk sup
Air lebihan ayam tadi masuk kiub ayam 2 biji akar daun ketumbar garam secukup rasa. Masa nak hidang tabur bawang goreng dan daun ketumbar. Saya tadi masuk bebola ayam anak2 suka masuk ni.
Semasa menghidang hiaskan dengan salad tomato dan timun.Tadaa dah siap selamat mencuba semoga bermanfaat.
Credit : Azizah Daud
Cuti sekolah ni boleh juga dijadikan menu utk anak2... senang, sekali masak semua lengkap; ayam, sayur, sup.. Anak4 PH suka :)
ReplyDeleteMoga Mak Pah sihat selalu ye.
Nasi ayam paling mudah nak buat, cuma kena sedia ayam awal, kalau tak, tak jadi nasi dan supnya.
ReplyDeleteTerima kasih untuk resepinya kak😘
ReplyDeleteTerima kasih kak.. Kongsi resepi nasi ayam sedap ni
ReplyDeleteTudiaaa...meriahnya...nampak sedap betul...Sup tu mesti jadi rebutan tu...sup sexy🤣
ReplyDeleteMemang kena dengan tekak kalau buat nasi ayam ni
ReplyDeleteMacam nak buat nasi ayam juga hari ni. Tengok gambar tu sedap je..
ReplyDeleteSedapnya. Lama nau tak buat nasi ayam sendiri. Memanjang beli je
ReplyDeleteMenu kegemaran anak anak ni. Sebulan 3,4 kali request nasi ayam
ReplyDeletesedapnya nasi ayam. biasa beli je, renyah nak buat sndri klau nk mkn sorg2 je. haha
ReplyDeleteNampak sedap nasi ayam tu.
ReplyDeletesedapnya kak oii
ReplyDeleteLama jugak tak buat nasi ayam. Nanti boleh jugak cuba resipi yang ni. Thanks share kak :)
ReplyDeletelebih kurang kak menu kita.. sedap ni.. anak2 tak jemu makan nasi ni
ReplyDelete