Friday, January 14, 2022

Resepi Beef Stew

Assalamualaikum...

Hi korang...

SA adalah penggemar masakan berasaskan daging, tidak kira sama ada daging lembu atau kambing, umumnya daging merupakan antara jenis makanan yang sering diambil oleh kebanyakan individu. Kedua-dua daging ini mengandungi banyak nutrisi dan zat-zat penting. Kedua-duanya juga mempunyai kualiti yang hampir sama. Secara perbandingan, kandungan protein dalam lembu dan kambing adalah tidak jauh beza, tetapi kandungan lemak mungkin berbeza.

Haa kisahnya pasal daging kan..menu daging memang selalu ada kat rumah SA...kadangkala sampai asyik ulang menu dan SA sedang mencari menu lain untuk pelbagaikan...xde la tertakluk satu dua menu aje kan...SA nak cuba resepi Beef Stew ni...so park dulu kat blog...nanti malas nak cari lagi...korang pun boleh share jugak kan...


Kredit photo @ResepiDuniaMasakan


BEEF STEW

Bahan-bahan:
1/4 cawan + 1 sudu besar tepung serbaguna
Sedikit garam
Lada hitam yang ditumbuk kasar
1.5 kg daging lembu
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- di cincang kasar
2 sudu besar pes tomato
4 cawan air
2 kiub stok daging
2 helai daun bay
4 tangkai daun thyme (jika tiada boleh guna yang kering)
3 batang carrot- dipotong
3 batang daun celery medium- dipotong
4 biji kentang- dipotong empat atau dua
1 cawan kacang pis dalam tin

Cara membuatnya:
1.Campurkan tepung bersama 2 sudu kecil garam serta lada hitam, gaul sebati. Potong daging seperti kiub sebesar 1 atau 1 1/2 inci. Kemudian gaulkan daging bersama tepung tadi.
2.Panaskan minyak. Toskan daging daripada tepung tadi dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga keperangan, angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan periuk yang sama, masukkan pula bawang besar, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan pes tomato, dan gaul sehingga sebati.
4. Masukkan 1 sudu besar tepung dan kacau sebati. Masak selama 2-3 minit supaya tepung itu betul-betul masak.
5. Kemudian masukkan daging, air, kiub stok lembu, daun bay dan daun thyme. Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api yang sederhana. Biarkan ianya mereneh selama 1 jam atau sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu
6. Setelah daging empuk, masukkan sayur- sayuran dan ubi kentang. Masak sehingga empuk. Setelah itu masukkan kacang pis dan perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam. 


Kredit resepi dari telegram @ResepiDuniaMasakan

 

12 comments:

  1. Tak pernah masak stew. Ha ada reswpi ni bolehlah cuba. Thanks kongsi resepi.

    ReplyDelete
  2. lama tk mkn beef stew...tp tk pernh buat sendiri

    ReplyDelete
  3. Sedapnya stew daging....
    buat cicah roti perancis tu sedap kan...

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka masakan berasaskan daging

    ReplyDelete
  5. Sedapnya SA.. nanti nak cuba buat jugak lah..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya masakan stew. Time mendidih tu aromanya sudah cukup mengancam selera!

    ReplyDelete
  7. boleh rujuk resepi akak nanti. Tak pernah buat sendiri lagi stew ni..

    ReplyDelete
  8. Saya pulak jenis kurang makan daging. Tapi suka makana kalau daging tu tak liat. Paling suka daging kerbau lah. Kurang lemak dan kurang liatnya. Daging rusa pulak lembut dan sedap. Tak pernah lagi rasanya rasa masakan stew macam ni.

    ReplyDelete
  9. suka sangat resepi daging stew nih boleh buat nanti

    ReplyDelete
  10. mcm menariks...save dulu. tq for sharing!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......