Assalamualaikum ..
Hi korang ..
Mendobi hari ni ..tapi bukan baju sebaliknya mendobi toto dan selimut ..bukan x boleh guna mesin basuh kat rumah walau kapasiti mesin basuh kat rumah besar tapi disebabkan toto berat kan...so dari jahanam mesin basuh...elok la SA hantar dobi je...senabg pun senabg walau sekali basuh habis RM20. Toto nibtakde la selaku sangat nak hantar dobi ..tapi sebab si Opick dah muntah Ahad lepas ..terus kumpulkan semua toto dan selimut...then basuh je la..dh alang-alang kan...
Bape banyak la nak basuh
Nasib sederet machine ni xde yg guna
Tukar token dulu
RM20 sekali tukar
3 machine kami conquer
Masukkan pewangi
Okey dh...bleh lepak sambil update blog
Machine tu menjalankan tugasnya
Dania plak ulangkaji subjek Sejarah...matilanak dia soal SA pasal perundangan dan politik negara ..mana yang boleh jawab aje laa...
While mama lepak blogwalking
Update whatsaap status & facebook
Then posing sensorang
Ko hado pose kat kedai dobi? Xde? Huh...lemmah!!!
2 jam duduk kat sini ..dapat la heart to heart talk ngan dia ..dia agak mental blocked dengan persediaan SPM ..SA ambil pendekatan tanya apa yang dia rasa stress ..ada x kelengkapan yang takde atau x cukup ..semua la ..nak buat pillow talk dia biasanya tido dulu ..SA cakap jangan simpan stress tu...jangan pendam...kalau pendam akan jadi masalah nanti ..semua benda nak buat semua x jadi ..kalau ada masalah bg tau mama at least rasa ringan kat otak...kalau kita jumpa jalan penyelesaian kita cuba settlekan...nampak bergenang air mata dia...SA akui dia sangat kuat...sangat matang...dia stress sebab semua subject sangat tough ..dengan penangan dan kesan pembelajaran dalam pandemik lagi...so SA amik pendekatan x nak push dia...semoga dia buat yang terbaik...buat setakat yang dia mampu...
Korang pun boleh bagi Dania nasihat di ruangan komen...dia baca setiap penulisan mama dia...mana tau..dengan nasihat atau pendapat korang tu ..mental blocked dia cool..benda macam ni sangat penting untuk anak-anak remaja yang bakal menghafapi peperiksaan ..sebab mereka batch yang amik exam selepas melalui dugaan pembelajaran yang menyulitkan..
Dana pun mesin basuh kt rumah tu sebulan berapa kali je guna, edylebih suka kumpul cuci kt dobi diy... senang kejaan kita
ReplyDeleteBetul jugak ek, basuh yg berat2 ni biarlah kat kedai. Tapi, merengkek pulak nak angkat bakul, malas Sk.. hihi.
ReplyDeleteTime2 ujan mmg lagi la terpaksa jgk gi dobi..
ReplyDeleteCici pulak basuh dirumah, kumpul dan keringkan di dobi. Malas nak menjemur, lagi lagi cuaca tak menentu hehehe
ReplyDeleteSelf laundry pun bawah rumah je.
Anyway, Dania. Aunty tahu Dania boleh buat. Dania beruntung ada Mama yang memahami, yang Dania boleh share semua benda. So kalau ada apa apa, jangan malu bagitahu je Mama Dania ok.
Belajar ni tak boleh stress, tak boleh simpan 'beban' dalam kepala. Batch korang ni lagilah, dengan dugaan Covid lah, macam macam hal.
Betul2.. Saya pun kalau yang besar2 dan berat2 bash di dobi. kat rumah mesin saya kecik dan tak ada tempat nak sidai hehe.
ReplyDeleteCuaca tak menentu, senang ke diy dobi.. Sesambil tu bole berehat
ReplyDeleteSekali dobi banyak.
ReplyDeletePasa Dania itu jangan fikir masalah sangat. Ia akan berlalu juga.
Mak & anak sama rajin membaca...
ReplyDeleteKami pun rajin mendobi kalau nak cuci cadar, sebab besar dan berat.
ReplyDeleteAlang alang dah kedobi, bawak sekali apa yang patut. Sempat lagi berposing kat dobi. tempat posing rare jarang orang buat. hehe..
ReplyDeleteMungkin Dania risau kot kalau tak cemerlang. Dia meletakkan harapan yang tinggi atau risau mengecewakan family. Kena tenang tenang je jawab SPM. Yang penting dah usaha :)
sama..ayu pun kalu nak cepat, memang ke dobi je, tambah2 lagi bila time musim hujan.
ReplyDeletesiap2 kering terus. selalu nya ayu tinggalkan je, set time..lepas 1 jam ayu dtg amik je.
To Dania, jgn stress2, ramai lagi kawan2 yg sama bakal duduki exam mcm Dania, kena pandai manage masa...masa belajar, masa rehat, masa happy2...yg penting solat & doa banyak2..usaha pas tu tawakal. in sya Allah..you can do it! ok dania..caiyok caiyok!
tiba-tiba ammi pun sebak bila tiba part Dania..
ReplyDeletekalau toto saya pun suka ke dobi sebab mesin di rumah ni dah lama. kalau rosak kan terus tak boleh guna
ReplyDeletebgusnya Dania, sambil mendobi pon study.
ReplyDeleteDania, jgn stress sgt tau. klau stress tu utk mendorong supaya rajin belajar, itu bagus. tp klau terlampau stress, x bgus tau.
study habis2an smpai exam, buat yg terbaik lps tu tawakal. insyaAllah.
Semoga berjaya Dania!
sampai sekarang tak reti guna mesin kt self service dobi ni..haha
ReplyDeletemendobi sambil family time ya kak.. terbaik
ReplyDelete