Assalamualaikum...
Hi korang....
Macam yang SA hint kat korang dalam entry awal pagi tadi...eh..awal ke? hahaha...alaaa dalam entry first tu la...kan SA ada cakap ada berita gembira tentang Mak Pah...Semalam Mak Pah pi IJN dengan adik bongsu, yearly check up Mak Pah. Ye...Mak Pah pernah buat bypass tahun 2016. ENTRY NI dan ENTRY NI . Memang masa tu suffer skit...dengan Mak warded hampir 3 bulan kat IJN, dengan kami anak beranak berkampung kat IJN, beraya kat IJN...semua tu menjadi kenangan kami...ada manis dan ada pahit...
So semalam...Mak Pah pi check up tahunan. Alhamdulillah berita gembiranya kesihatan jantung mak sangat cemerlang. Menurut doktor kalau Mak Pah betul- betul jaga kesihatan jantung dia insyaallah jantung Mak Pah boleh bertahan lagi 10 tahun. cuma kolestrol Mak Pah je kena jaga. Tinggi skit. Itu menurut kata doktor pakar la kan...ajal dan maut kita percaya ketentuan Allah s.w.t. Siapa kita nak menidakkan ketentuan. Sekarang kami berharap sangat buah pinggang Mak Pah sihat kembali seperti biasa...dan tak perlu Mak Pah dialysis lagi kan. Ye memang sukar untuk pulih tapi tak salah kalau kita berharap pada kesembuhan.
Masa ni dah register dan tengah tunggu giliran jumpa doktor...sangat lama, stended la IJN...
Masa ni nak amik ubat dah
Bukan main melaram dia pergi check up..sesekali keluar jauh kan...
Lepas check up diorang pi makan kat area Sentul...x tau la apa nama kedai...
Alhamdulillah...keputusan check up yang sangat menggembirakan...syukur ke hadrat Allah s.w.t. Tiada apa yang lebih menggembirakan selain keputusan yang cemerlang. Semoga allah terus sihatkan Mak Pah dan Pak Zain. Kami adik beradik masih nak bersama dengan keduanya. Lagi lama lagi bagus. Kami semua nak berbakti ngan keduanya dan membalas jasa membesarkan kami jadi orang yang berguna.
SAa doakan juga semua ibu bapa kawan- kawan semua sentiasa sihat dan diberikan segala kesembuhan sekiranya sedang sakit. Aminnn.....
Amin... Semoga semuanya baik-baik...
ReplyDeleteBaik SA ni...
semoga kita semua istiqamah untuk menjaga kesihatan..
ReplyDeletekerana kesihatan itu terlalu mahal harganya
alhamdulillah..syukur sgt. good news ni.. moga mak pah terus sihat...aamiin!
ReplyDeleteAlhamdulillah, kalau dapat lebih dari 10 tahun tentunya satu bonus untuk keluarga SA yang dianugerahkan Allah swt... InsyaAllah!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukur kepada Allah. Tiada nikmat yang lebih nikmat dalam hidup melainkan nikmat kesihatan yang tak dapat dijual beli.
ReplyDeleteSemoga Makpah dan seluruh keluar SA sihat sihat selalu 🥰
ReplyDeleteAamiin. Aamiin. Aamiin. Syukur sangat-sangat. PC dengar pun rasa bahagia kak.
ReplyDeleteAmiinn...
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Macam ada sinambungan pula post saya pagi ni pun berkaitan umur..
Semoga kita semua dipanjangkan umur yang berkat
Semoga Allah anugerahi Mak Pah keafiatan yang berpanjangan
ReplyDeletesemoga mak akak sentiasa dalam keadaan sihat kak
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukur.....semoga MakPah diberikan kesihatan yang lagi baik...Aamiin..
ReplyDeletealhamdulillah..moga mak pah sihat dan ceria sokmo..:)
ReplyDeleteAamin...auto sebak.
ReplyDeleteAlhamdulillah beruntung SA masih ada keduanya.
Alhamdulillah.. Syukur.. Happy dengar berita ni.. Semoga terus sihat Mak Pah dan Pak Zain sekeluarga...
ReplyDelete