Monday, December 6, 2021

Sinetron My Lecturer My Husband

Assalamualaikum..

Hi korang...

SA baru je settle tengok sinetron Indonesia yang popular sekarang...x tau la dah tayang kat tv ke atau x...sebab  SA tengok through siaran android box WeTV...start tengok pagi semalam dan malam tadi dah tamat dah semua 8 episode...lakonan hebat Reza Rahadian dan Prilly Latuconsina. Mengisahkan percintaan dewasa dan remaja yang penuh dengan konflik..

SA memang recommend korang tengok citer ni...jalan cerita dia tak berat...once korang dah tengok episode 1 korang rasa x sabar nak habiskan semua episode.Macam SA la bila dah terjebak...eh bukan SA je...Mak Pah pun sama...terjebak...hehehehe....



Sinopsis

Pensyarah Saya Suami saya diadaptasi daripada buku dengan nama yang sama oleh Gitlicious. Mengisahkan seorang pelajar bernama Inggit (Prilly Latuconsina) yang membenci pensyarah bernama Arya (Reza Rahadian) kerana memberikan C untuk tugasannya.

Pada suatu hari, Inggit diminta pulang ke Yogyakarta kerana ayahnya diserang sakit jantung. Si ayah meminta Inggit mengahwini seseorang yang dipercayai ayahnya. Sedangkan ketika itu Inggit sedang bercinta dengan rakan sekampus nya Tristan. Inggit berterus terang yang dia mempunyai kekasih lalu Ayahnya bertanya apakah kekasihnya sudah bersedia untuk memperisterikan dia.

Inggit telah meminta Tristan datang ke Yogyakarta sekiranya Tristan benar- benar mencintai dia tetapi Tristan keberatan kerana Tristan ingin menumpukan sepenuhnya pada pelajaran dan cita- citanya. Inggit kecewa kerana Tristan tidak bersedia lantas kecewa dan menerima cadangan berkahwin dengan jejak pilihan ayahnya. Inggit bersetuju kerana memikirkan kesihatan ayahnya.

Tanpa di duga, lelaki pilihan ayahnya yang adalah Arya, pensyarah  yang dibencinya. Inggit dan Arya memulakan hidup baru sambil menyembunyikan perkahwinan mereka daripada orang lain. Walaukan perkahwinan mereka adalah sah tapi mereka tidaaka menjalani kehidupan berumahtangga yang sepatutnya. Banyak konflik yang terjadi antara mereka. Dan semuanya kerana sikap keanak- anakkan Inggit. Arya tetap melayani walaupun dia tahu Inggit bercinta dengan Tristan.

Perkhawinan rahsia itu akhirnya terbongkar. Rakan- rakan sekampus mengetahui seterusnya Tristan. Tristan kecewa kerana Inggit tidak berterus terang.

Korang kena tengok untuk kisah seterusnya...plot cerita menarik...seorang suami yang baik sanggup hantar isteri jumpa kekasih kerana rasa tanggungjawabnya...

Okeylah x nak jadi spoiler...korang tengok tau...best citer ni...


14 comments:

  1. Wah..macam best..boleh layan jgk ni..:)

    ReplyDelete
  2. Macam best.. Hampir sama dengan drama korea my litle bride

    ReplyDelete
  3. tengah tunggu tayang yang season 2.....dah selesai shooting, harapnya tayang tahun ni la.

    ReplyDelete
  4. Reza kalau berlakon tak pernah mengecewakan. Boleh tengok juga nanti ni.

    ReplyDelete
  5. Zaman sekolah dulu kan...kalau tengok cerita macam ni selalu la berangan melalui episod cinta macam dalam filem...Hahahaha berangan bukan kena bayar kannnnn

    ReplyDelete
  6. Ammi pun baru tengok last week. Dalam pada pening kepala layan gaklah ceritan ni sbb ammi memang suka tengok si Reza (apa yg suka nau ntahlah tgk mamat serupa bangla ni). Tapi mcm ada daya tarikan

    ReplyDelete
  7. Dah pernah tonton sinetron ni. Memang best.

    ReplyDelete
  8. Alamak, dulu tak dapatlah pensyarahhhh....HAHAHAH

    ReplyDelete
  9. Belum tengok lagi. Ramai juga blogger review sinetron ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah