Assalamualaikum...
Hi korang...
Kemainnnnn....balik dari check up sebab happy giler result cantik...terus pi pasar besar beli tulang rusuk nak buat sup tulang...dari hari tu ngidam nak makan sup tulang rusuk kan...ye..semua result SA yang SA sangka akan kantoi tu sebenarnya cantik...semua under control...cuma satu je..platelet darah putih sedikit tinggi..bacaan 12.4, maybe sebabSA alami allergy. Doctor dah bagi referral letter untuk SA jumpa doktor pakar dan buat test allergy cuma SA blom set appointment. Doktor suggest buat test sepenuhnya nanti dan kena clear dari sebarang ubat sekurang- kurangnya 4 hari. maksud dia tak boleh makan apa pun ubat allergy.
SA pi pasar besar tadi berbekal duit RM100 uolls...itu je note yang ada dalam wallet...SA pi 6 ATM Maybank hari ni semua reject kad SA. tengok expiry kad next year bulan 9. then tawakal jer la...nasib apa yang SA beli x habis pun RM100. Tulang rusuk tu RM44 dan kerang RM20. Pergh..harga bahan basah SA tengok kat Pasar Besar Seremban tadi semua naik tinggi termasuk sayur...seram nak beli...tapi nak tak nak memang kena beli...daun sup dan daaun bawang kalau dulu dapat la seikat RM1, La ni RM2.50....jenuhhhhh....
Jom la tengok gambar....
Kita tayang sup tulang rusuk yang dah siap....
Ini first time tumis dalam noxxa...sebelum- sebelum ni rebus je...
Biarkan dulu bawang dan segala bahan tumisan tu sedikit garing dan naik bau....
Then masukkan daging serta air...jangan pepandai masukkan air banyak giler ye...bukan apa..masa ko nak lepaskan steam tu nanti akan memancut- mancut air wap...so air kena agak- agak cukup ngan paras daging....
Tekan button stew dan setkan masa 40 minit....lepas tu lock dan korang dah boleh buat kerja lain...
Nak tahu SA buat apa?
Mak Pah x nak makan nasi uolls....dia nak makan mee kari lepas dia tau SA beli kerang fresh kat Pasar Besar tadi....so layankan la keinginan...SA sediakan bahan semua...tumis segala Mak Pah yang buat...sebab speciality dia adalah kuah mee kari...memang meletop la kuah mee kari dia...kerang mesti banyak giler...tak leh sikit de, kalau sikit kerang memang x sedap...kat bawah ni bahan- bahan yang SA siapkan...
Mee Kari Air Tangan Mak Pah
Fresh kan kerang ni....mahal uiii...RM16 sekilo..SA beli RM20
Bawang goreng
Cili potong
Telur rebus
Tauge dan sayur sawi dicelur
Bihun dan mee kuning
Seperiuk kuah mee kari...
Semangkuk kebahagiaan....sedap giler...kuah pekat sebab Mak Pah tambah kentang yang direbus dan dilenyek...
Sedap betul makan tengahari ni...SA makan sup tulang rusuk dengan nasi setengah senduk..pas tu makan plak mee kari Mak Pah.....now dah tersandar kekenyangan...sambil menaip ni duduk tegak je..pulun habis habisan selepas 2 minggu tahan selera...hahaha...apapun hari ni je la...tak leh la melampau makan kan...petang ni nak start jogging dan work out semula..18hb plan nak hiking semula...hehehe....so kena work out dari sekarang.......
Sedapnya tengok..
ReplyDeleteHari ni mkn sup utara meletop..
sedih plak rasa dia..tak berapa nak meletop
uiiittt dapnyaaa kaka, puas makan kan bila masak sendiri
ReplyDeleteok ok nasib kita kurng sket sup2 tulang ni...
ReplyDeleteok turn kita plak esok nak jumpa doktor.. berdebo ni oiii
saya tak pernah menumis lagi dalam noxxa. nanti nak cuba. Alhamdulillah result SA cantik dan takde apa-apa yang perlu beri perhatian serius
ReplyDeleteUishhhh omg sup tulang tu dah menggoda pastu mee kari ngn kerang besar gabak.
ReplyDeleteMmg cannot tahan
Wahhhh... Air tangan Mak Pah nampaknya mengalahkan Sup Tulang Rusuk 😜
ReplyDeleteKerang tu semua sexy la...Kalau buat sate kerang sedap ni....
ReplyDeleteMeriah tu. Sup dengan bawang goreng berpisah tiada. 😀
ReplyDeleteDiet ke lautlah nampaknya
ReplyDeletesedapnya sup tulang tu..kalau makan dengan roti tu..fuhh.
ReplyDeletesedapnya...makan sup panas2 sedap sgt la musim sjuk mcm ni
ReplyDeletesbb tu kot pompuan dijadikan drpd tulang rusuk - canfik dan sedap walaopon bengkok :)
ReplyDeleteala geram tengok kerang, lama tak makan kerang
ReplyDeleteAmmi biasanya jarang release wap noxxa .. kalau kata nak cepat ammi ambil towel bersih letak atas tu baru release. kalau tak tu terpercik
ReplyDeleteSedapnya sup tulang panas panas. Geram tengok kerang fresh tu. Yep, suka gak buat mi kari tambah kentang dan keledek rebus lenyek untuk kuah pekat.
ReplyDelete