Assalamualaikum...
Hi korang...
Perkongsian di hari Jumaat yang barakah.
Perkongsian untuk ke arah kebaikkan....
MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD?
Waktu yg the best sekitar 4.30pagi hinggalah sebelom subuh.
Niat di dalam hati "aku melakukan solat sunat tahjud kerana ALLAH" , tak perlu lafadz niat.
Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam...berterusan semampunya. Tidak ada limit rakaat , terpulang kpd kemampuan masing2 samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.
Tidak terkhusus dgn mana2 surah, ikut kemampuan hafalan masing2 dan tidak menjadi masalah jika solat tahjud itu sambil pegang quran kecil atau phone dan membacanya. Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu di hafal itu cuma surah Al-Ikhlas , "Qulhuallah hu ahad..." maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
Jadi lamakan sujud & mintak doa pada Allah apa saja yg kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dgn bahasa apa yg kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu. Berdoa dalam hati saja tau!.
Jangan solat laju2, slow and steady. Yang penting buat setenang2nya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dgn istighfar dan mana2 zikir yg kita hafal.
Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belom dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud.
SENANGKAN?
Sumber : Ustaz Muhamad Rizal
Semoga terus istiqomah melakukannya dan amalannya diterima serta doa dimakbulkan Allah swt.
ReplyDeleteThanks for sharing kak SA. Selamat beramal. salam Jumaat
ReplyDeleteTk perkongsian
ReplyDeletesharing is caring 👍👍
ReplyDeleteterima kasih kak kongsi ..moga bermanfaat untuk semua..:)
ReplyDeletealjhamdulillah tq atas perkongsian kak
ReplyDeleteThanks share SA..
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian ni kak.
ReplyDeletePerkongsian yang berilmiah ni SA. Terima kasih mengingatkan....
ReplyDelete