Monday, November 8, 2021

Menu Lunch Sabtu

Assalamualaikum....

Hi korang...

SA semalam berehat dan sibuk dengan order Paru Goreng Berlada kawan- kawan office. Dah penat sanagt semalam so tak de nak update blog..apa pun order Paru Berlada dah selamat sampai ke tangan yang empunya...alhamdulillah rezeki...suka- suka terus jadi extra pendapatan...alhamdulillah...next SA tengah plan nak buat menu lain plak...

Sabtu tu SA memang takde mood. Anak  beranak bendera jepun sama- sama...adik beradik lain semua tak balik...so minggu ni dengan Dania jer la...Sabtu malam kami dinner kat Dusun Pak Din PD...adhoc plan...nanti SA citer dalam entry lain.

Jom tengok apa SA masak hari Sabtu...



Sup kambing rebus dalam Noxxa je...sejak dah pandai guna ni bukan main lagi...


Sambal terung



Telur dadar


Ikan sepat ronggeng

Sabtu ari tu memang mood kelaut je...nak plak ada benda yang berlaku...tapi malas nak ingat la...so x yah simpan sebagai kenangan pun..minggu ni SA dah amik cuti Khamis dan Jumaat. SA nak lepak hotel kat KL...dengan Dania..saje nak staycation ngan dia kat KL...sblom trial exam dia x lama lagi. Nampak dia tengah stress kat rumah. Kebetulan dia minggu ni x sekolah...turn dia next week. So SA amik peluang ni nak staycation berdua ngan dia...next nanti bawak Atuk dan Uwan dia plak...so..SA kena settlekan semua kerja sebelum cuti dan will be busy nanti..

6 comments:

  1. waalaikumussalam. ikan sepat ronggeng tu yg menggoda tu ^_^

    ReplyDelete
  2. Sedap semua kK, dana pun kdg sabtu ahad mood kelaut lagi beli je mls masak hahahah

    ReplyDelete
  3. macam nak cari jugaklah ikan sepat ronggeng rokiah ni..dari haritu dia lambai2

    ReplyDelete
  4. Sekali dah guna noxxa, terus nak guna dan guna lagi. hihi...saya nampak terung sambal tu. baru buat lunch tadi. Selamat bercuti kak dan dania :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......