Saturday, November 13, 2021

Mama & Daughter Bonding Day 1

Lunch Di Waroeng Penyet NuSentral

Assalamualaikum..

Hi korang...

Berakhir sudah mama bonding with daughter dan kami dalam perjalanan balik ke Seremban. Short staycation berdua yang sedikit penat..x banyak berjalan pun sebab Dania ada kelas online so bagi dia relaks2 je belajar kat hotel. time free baru keluar..

Hari ni SA nak share day 1 kami...sampai je kat KL Khamis lepas kami terus pi makan dulu...dia nak makan kat Waroeng Penyet..teringin nak makan Ayam penyet katanya..okey la kita turutkan kehendak dia sebab trip ni untuk dia kan...seboleh mungkin SA turutkan semua kehendak dia...x susah pun sebab Dania makan semua simple-simple..segala cadangan dia hadam dulu dan setuju je ..so senang kerja SA. Memandangkan kami sampai time lunch maka confirm ramai kawan-kawan opis mama lunch kat NuSentral. Dan memang betul pun...jumpa jugak a few kawan-kawan opis..

Jom tengok gambar


staycation 2 hari macam 5 hari...layan kan aje


Banyak kali dh SA update makan kat sini..ni makan berdua ngan Dania


Table number kami


Sambil menunggu makanan sampai


Mama pun pose seketul


Aduhai...set ni dapat ais lemon tea..dh ckp nak tukar satu jadi yg panas...erm....terpaksa la minum


Set ayam bakar paha utk SA


Set ayam penyet untuk Dania


Add on Kangkung goreng belacan


Tinggi gunjai anak dara ni..tengah amik sambal


Kawan-kawan opis mama makan kat sini...

Ramai yang cakap bawak la berjalan jauh skit...asyik KL je...bukan SA x nak bawak Dania staycation jauh-jauh...memang SA nak tapi masa x mengizinkan dan mak plak x berapa sihat. In case apa2 at least SA dekat. Lagipun ini staycation sempena nak treat dia sblom trial exam 22hb..SA nampak dia sedikit stress sebab tu SA cadangkan trip ni..SA lagi nak buat yg terbaik tapi kita nak buat sesuatu kena la ada perancangan yang betul-betul sesuai dengan keadaan dan kemampuan..lepas trial exam nanti SA nak bawak dia ngan atuk uwan sekali lagi staycation. Cuma belum la SA maklumkan lagi..kang janji awal-awal x jadi SA plak yang stress..

Entah la kadang-kadang SA notice orang cuma pandai berkata-kata. Tak duduk kat tempat SA kan..bukan senang nak bercuti kalau kita ada mak ayah yang uzur. Diorang ni mana nak fikir apa yang kita hadap..mungkin diorang blom rasa lagi apa yang SA pikul sekarang. Nanti diorang dh rasa maybe diorang akan faham. Kan?

Okey la macam ada banyak part je lepas ni...korang stay tune tau...kita sambung part 2 nanti...

15 comments:

  1. Mesti anak SA seronok bonding sama2 kan..?
    Can't wait for Part 2 (^_^)

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan SA dan semoga Dania dapat menjawab soalan trial dengan tenang2 sahaja.

    Betullah SA, bila ada orang tua yg uzur ni, risau kalau nak ditinggalkan jauh2. Dan selalunya kecemasannya bila kita dah jauh, klu kita dekat, semuanya elok2 aje. Kalau ada call, terus rasa berdebar.

    ReplyDelete
  3. pentingkan orang tua sendiri dulu, kebajikan mereka keutamaan kita
    besar ganjarannya, inshaAllah

    ReplyDelete
  4. Asalkan Dania happy cukuplah. Dapat juga jalan jalan sama. Ayam bakar tu nampak sedap betul kak.

    ReplyDelete
  5. Tak pe kak..step by step..ni sebelum Dania trial..nanti lepas trial ada masa dan rezeki jalan-jalan lagi. Kalau mak ayah akak sihat bawa sekali..lagi pun akak kena ngamkan masa..akak kerja, Dania sekolah, mak akak ada temujanji hospital. Nak kena cari masa yang betul-betul ngam untuk semua orang.

    ReplyDelete
  6. SA anak dan ibu yang baik.Semoga dilimpahi rezeki dan rahmat Allah...amiinm

    ReplyDelete
  7. Ini pun dah bersyukur sangat kan dapat kluar berdua ngan Dania..
    Bukan selalu pun... insyallah ada rezeki SA sekeluarga bercuti jauh2 bersama2 tu nanti.. insyallah :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah
    dapatlah realese tension sikit

    ReplyDelete
  9. Betul tu, Kak SA. Sesetengah orang ada komitmen tertentu yang menyebabkan mereka tak boleh buat apa yang orang lain buat. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum buat keputusan.

    ReplyDelete
  10. just what u think best for u SA..ignore org lain. They are not in your shoes.

    Dania ni mcm kyra bab berpakaian. Ammi naik segan dgn Kyra sbb dia berstokin, berhandsock bagai...amminya siap senseng baju sampai ke lengan.

    ReplyDelete
  11. dapat spend masa bersama2 pun dah best kan kak tak kisah la kat mana

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......