Lunch Di Waroeng Penyet NuSentral
Assalamualaikum..
Hi korang...
Berakhir sudah mama bonding with daughter dan kami dalam perjalanan balik ke Seremban. Short staycation berdua yang sedikit penat..x banyak berjalan pun sebab Dania ada kelas online so bagi dia relaks2 je belajar kat hotel. time free baru keluar..
Hari ni SA nak share day 1 kami...sampai je kat KL Khamis lepas kami terus pi makan dulu...dia nak makan kat Waroeng Penyet..teringin nak makan Ayam penyet katanya..okey la kita turutkan kehendak dia sebab trip ni untuk dia kan...seboleh mungkin SA turutkan semua kehendak dia...x susah pun sebab Dania makan semua simple-simple..segala cadangan dia hadam dulu dan setuju je ..so senang kerja SA. Memandangkan kami sampai time lunch maka confirm ramai kawan-kawan opis mama lunch kat NuSentral. Dan memang betul pun...jumpa jugak a few kawan-kawan opis..
Jom tengok gambar
staycation 2 hari macam 5 hari...layan kan aje
Banyak kali dh SA update makan kat sini..ni makan berdua ngan Dania
Table number kami
Sambil menunggu makanan sampai
Mama pun pose seketul
Aduhai...set ni dapat ais lemon tea..dh ckp nak tukar satu jadi yg panas...erm....terpaksa la minum
Set ayam bakar paha utk SA
Set ayam penyet untuk Dania
Add on Kangkung goreng belacan
Tinggi gunjai anak dara ni..tengah amik sambal
Kawan-kawan opis mama makan kat sini...
Ramai yang cakap bawak la berjalan jauh skit...asyik KL je...bukan SA x nak bawak Dania staycation jauh-jauh...memang SA nak tapi masa x mengizinkan dan mak plak x berapa sihat. In case apa2 at least SA dekat. Lagipun ini staycation sempena nak treat dia sblom trial exam 22hb..SA nampak dia sedikit stress sebab tu SA cadangkan trip ni..SA lagi nak buat yg terbaik tapi kita nak buat sesuatu kena la ada perancangan yang betul-betul sesuai dengan keadaan dan kemampuan..lepas trial exam nanti SA nak bawak dia ngan atuk uwan sekali lagi staycation. Cuma belum la SA maklumkan lagi..kang janji awal-awal x jadi SA plak yang stress..
Entah la kadang-kadang SA notice orang cuma pandai berkata-kata. Tak duduk kat tempat SA kan..bukan senang nak bercuti kalau kita ada mak ayah yang uzur. Diorang ni mana nak fikir apa yang kita hadap..mungkin diorang blom rasa lagi apa yang SA pikul sekarang. Nanti diorang dh rasa maybe diorang akan faham. Kan?
Okey la macam ada banyak part je lepas ni...korang stay tune tau...kita sambung part 2 nanti...
cantik tudung Dania
ReplyDeleteMesti anak SA seronok bonding sama2 kan..?
ReplyDeleteCan't wait for Part 2 (^_^)
Semoga dipermudahkan urusan SA dan semoga Dania dapat menjawab soalan trial dengan tenang2 sahaja.
ReplyDeleteBetullah SA, bila ada orang tua yg uzur ni, risau kalau nak ditinggalkan jauh2. Dan selalunya kecemasannya bila kita dah jauh, klu kita dekat, semuanya elok2 aje. Kalau ada call, terus rasa berdebar.
pentingkan orang tua sendiri dulu, kebajikan mereka keutamaan kita
ReplyDeletebesar ganjarannya, inshaAllah
Asalkan Dania happy cukuplah. Dapat juga jalan jalan sama. Ayam bakar tu nampak sedap betul kak.
ReplyDeleteTak pe kak..step by step..ni sebelum Dania trial..nanti lepas trial ada masa dan rezeki jalan-jalan lagi. Kalau mak ayah akak sihat bawa sekali..lagi pun akak kena ngamkan masa..akak kerja, Dania sekolah, mak akak ada temujanji hospital. Nak kena cari masa yang betul-betul ngam untuk semua orang.
ReplyDeleteSA anak dan ibu yang baik.Semoga dilimpahi rezeki dan rahmat Allah...amiinm
ReplyDeleteSeedapnyee.. menyelerakan
ReplyDeleteIni pun dah bersyukur sangat kan dapat kluar berdua ngan Dania..
ReplyDeleteBukan selalu pun... insyallah ada rezeki SA sekeluarga bercuti jauh2 bersama2 tu nanti.. insyallah :)
WOW! Bestnya dating berdua
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletedapatlah realese tension sikit
Betul tu, Kak SA. Sesetengah orang ada komitmen tertentu yang menyebabkan mereka tak boleh buat apa yang orang lain buat. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum buat keputusan.
ReplyDeleterindu menu di waroeng penyet
ReplyDeletejust what u think best for u SA..ignore org lain. They are not in your shoes.
ReplyDeleteDania ni mcm kyra bab berpakaian. Ammi naik segan dgn Kyra sbb dia berstokin, berhandsock bagai...amminya siap senseng baju sampai ke lengan.
dapat spend masa bersama2 pun dah best kan kak tak kisah la kat mana
ReplyDelete