Friday, November 5, 2021

Kejutan...

 Assalamualaikum..

Hi korang...

Semalam tengah lepak- lepak di saat hujan tengah lebat, tiba- tiba ada orang bagi salam depan rumah...sekali!! Mak Teh dan Mak Lang dari kampung terjengul kat depan....dah lama x terima tetamu kan...kejutan jugak la...berlari SA ke dapur pi masak...hehehe....tetamu datang dan depa agak lama kat rumah sebab nak hantar anak Mak Teh yang bongsu naik bas kat Terminal One. Si bongsu tu nak balik ke Kedah semula...while Mak Teh terus habiskan masa seketika kat kampung.

SA masak apa?

Left over tengahari ada lagi..tambah sayur goreng, ikan kering sepat ronggeng tu dan SA buat sambal udang...itu menu paling cepat kan...nasib masak lebih lauk ayam masak lemak cili padi tu...nasib diorang puji masakan SA...hehehe....bangga jap...




Lepas solat isyak, lepas makan diorang pun gerak ke Terminal One dan balik ke kampung semula. SA plak trus bersihkan diri dan gosok baju kerja...nak kerja kan...

Masuk kerja hari ni...sorang je kat department...diorang pakat amik cuti hari ni...kosong level SA ni...tapi bagus gak la...takde yang kacau...hahaha....


9 comments:

  1. kami keja jugak hari ini tapi dari rumah je lah hihihi

    ReplyDelete
  2. betul SA, lama juga rumah ni tak terima tetamu

    ReplyDelete
  3. Ammi pun sorang kat ofis harini.. Tp mmg dah biasa la sorang pun.

    ReplyDelete
  4. Ramai yang sambung cuti hari ni
    Dapat 4 hari

    ReplyDelete
  5. Seronok jumpa saudara mara selepas sekian lama

    ReplyDelete
  6. excitedkan terima tetamu lepas musim pandemik ni.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah....seronok dapat jumpa sedara mara kan...Semoga semuanya sihat sejahtera

    ReplyDelete
  8. wah happening ramai.. saya kalau dok opis sorang lagi kena "kacau" kak haha.. sabtu aritu dah kena dah

    ReplyDelete
  9. Rasa teruja jugak bila ada tetamu datang. Rasa macam lama betul tak ada tetamu datang rumah sejak PKP ni. Alhamdulillah ada rezeki untuk mereka juga.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah