Tuesday, November 9, 2021

Jangan Jadi Pelangi Untuk Mereka Yang Buta Warna..

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA nak share sebuah cerita kawan SA...cerita benar tentang kisah percintaan dia yang SA rasa sangat- sangat menyedihkan..SA namakan dia A dan dia merupakan seorang wanita berkerjaya besar yang tidak pernah bercinta. Setau SA la dia x pernah ada sesiapa hinggalah dia ditakdirkan berjumpa dan berkenalan denga seorang lelaki rakyat Singapore.



A menghabiskan masa dengan belajar dan seterusnya menjadi wanita bekerjaya. Mengenali F yang merupakan pesakit kronik kanser darah. Mereka bercinta dari kejauhan kira macam PJJ la..hubungan mereka semakin hari semakin rapat cuma dipisahkan oleh seberang tambak sahaja. A di Johor Bharu dan F di Singapore. Disebabkan PKP yang melanda dunia rancangan untuk ke stage seterusnya dalam hubungan mereka terbantut. Namun mereka sabar dan F hari- hari akan call, text dan video call. Setiap hari never failed. Hubungan mereka berjalan lancar selama 5 bulan hingga lah suatu hari F menjauhkan diri. Tidak tahu apa punca dan A berserah sahaja. Apapun A tetap menyayangi F. A cuba hubungi tapi tidak dilayan. Whatsaap bluetick, call tidak berjawab dan ada masa declined. Maknanya F ada tetapi tak pedulikan A. A mengadu dengan SA dan SA banyak menasihati dia..akhirnya A nekad lupakan walau terpaksa melalui keperitan. 

A walau kecewa tetap meneruskan kehidupan seperti biasa..namun dalam hati masih mengharapkan keajaiban berlaku. Hari- hari dia akan update whatsaap status sebab  dia tau F akan skodeng status dia...pada dia cukup la macam tu. Dia nak F tau yang dia masih mengharap..3 bulan hubungan yang tiada titik noktah itu berlangsung. Giler kan?

Suatu hari A call SA..katanya F sakit tenat...sepanjang F senyap rupanya F sakit katanya. SA tanya dari mana dia dapat tau..ada bukti ke. A cakap dia nampak F update di sosial media dan whatsaap status..A tak semena- mena terus hubungi F dan F jawab. Pada SA mungkin ada sebab kenapa F buat macam tu memandangkan dia pesakit kronik Leaukimia. Mungkin dia tak nak A masih berharap pada dia yang mungkin tidak dapat membahagiakan A kan? 

Lepas dari itu hubungan mereka yang kono terputus di tengah jalan berlangsung kembali. SA happy tengok A kembali happy dan kembali bertenaga tidak seperti sebelum ni. Penangan cinta kan...

Tetapi!!!

Baru ni A hubungi SA semula...katanya apa yang diharapkan indah sampai bila- bila tu hanya permainan semata- mata. F kembali ke perangai asalnya sebelum ni. Tidak pedulikan A dan ignore semua cubaan untuk A hubungi dia. Sampai la F memuat naik di media sosial milik beliau yang dia sedang berbahagia dengan wanita yang bergelar kekasihnya sejak sekian lama. SA memang sakit hati sangat -sangat sebab A berikan SA bukti kecurangan F. SA x tau sebenarnya F ni berjanji atau tidak dengan A cuma apapun kisah antara mereka berdua, apa yang F buat ni pada SA memang kejam. Pengecut sebab berterus terang melalui sosial media.

Jadi macam mana dengan A. A yang selalu memberikan dia semangat, ambil tahu kesihatan dia...hari- hari bertanyakan keadaan dia? Kali ke 2 A kecewa. Kecewa yang x tau SA nak cakap macam mana. Semua media sosial F penuh dengan gambar- gambar kebahagiaan yang sedang F lalui sekarang. 

Sampai hati kan...pada SA la...kalau tak suka, jangan permainkan perasaan wanita. Kalau tak nak teruskan baik tak perlu teruskan dan berterus terang sahaja. 

A kembali kecewa. Tapi SA tau A kuat. kecewa bercinta ni sekejap aje...2 kali dipermainkan...SA hanya mampu memberi kata- kata peransang. SA hanya mampu memujuk. Selebihnya hanya A yang harus ambil langkah. SA pasti F akan cari A semula dan cuba menabur janji lagi. A kena berhati- hati...memang hubungan jarak jauh ni susah nak dipastikan kejujuran dia macam mana. Susah nak nampak kesetiaan. Nak pulak mereka tak pernah bertemu dua mata. Hanya call, msg dan video call. 

Semalam lepas borak dengan A, SA pesan kat dia..

"JANGAN JADI PELANGI UNTUK MEREKA YANG BUTA WARNA"

Semoga A terus tabah. 

Buat F...awak ada adik perempuan kan, awak mungkin akan ada anak nanti...allah akan balas perbuatan awak..walau bukan sekarang...tak mustahil akan datang....Ingat satu ye...semasa awak mengadu dan hilang semangat bila awak sakit tenat, awak cari A. Segala usaha A dah tunjukkan demi sayangnya dia pada awak. Tapi apa balasan yang awak berikan. Kalau awak nak cakap awak SENGAJA cipta content itu agar A tidak terus berharap dengan awak. Awak SILAP. Itu bukan caranya. Awak musnahkan harapan A dan tak mustahil akibatnya lebih pada A. 


Korang yang baca kisah ni macam mana?

Apa pendapat korang...

12 comments:

  1. Ya Allah manusia macam mana si F ni..dalam keadaan gini yang kononnya dah kronik pun sempat nak mainkan perasaan orang. Tak takut ke kalau nyawa ditarik tanpa sempat mohon maaf. Semoga dia sedarlah.

    Harapnya kawan SA tu tabah. Move on dah tak payah skodeng dah socmed si F tu..buat sakit hati je

    ReplyDelete
  2. aparaaa.. baru 2 kali putus cinta dh frust menonggenenng., hahaha, ada je org 5 6 kali kawen cerai kawen cerai kawen cerai tapi masih tak serik2 lagi., ;p

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.. dalam duk sakit tu sempat lagi buat macam ni yea.. kenapalah tak terus terang sahaja.. kasihan A.. baru nak buka hati tapi dah disakiti..

    ReplyDelete
  4. Berbanyak berdoa buat kawan SA moga beliau bahagia dan dimakbulkan hajatnya, betul tu cakap Ammi..

    ReplyDelete
  5. moral of story...jujur kepada orang lain.

    jangan bermain dan memain perasaan..

    minta dijauhkan

    ReplyDelete
  6. Amboiii kemain yaaa …tabah la ya A

    ReplyDelete
  7. pernah mengalami so faham sangat perasaan A. Nak move on memang sakit, tapi lama-lama nanti Insha Allah Ok. Langkah pertama adalah cut off semua media sosial dengan si F tu. Buat sakit mata dan sakit hati je

    ReplyDelete
  8. Ada baiknya dia tak jadi pelangi
    Dia tak tahu si buta warna tu jujur ke tidak sebab tak pernah bersua muka pun.
    Lebih baik dia kecewa sekarang daripada menyesal di kemudian hari
    Nasib baik si buta warna tu bukan scammer
    Sebab kalau dia scam pun pasti si pelangi tu akan hulur atas alasan penyakitnya.
    Berhati2lah sekiranya ada episod percintaan yang lain

    ReplyDelete
  9. Orang buta warna memang bahaya...Bukan takat tak pandai hargai pelangi.Kalau memandu pun semua lampu isyarat dia nampak warna hijau sajaaa...🤣
    Dalam tersurat ada tersirat..Semoga A tabah dan dipertemukan dengam Mr Right satu hari nanti

    ReplyDelete
  10. Time susah mencari, time senang tunjuk kebahagiaan pulak. Sebaiknya A lupakan dan jauhkan diri. Jangan tertipu untuk kali ketiga. Janganlah jadi pelangi untuk orang yang tak menghargainya.

    ReplyDelete
  11. erm..memang bahaya sebenarnya cinta jarak jauh..lagi2 yang sukar digapai..hanya berlandaskan kepercayaan dan kesetiaan..kesian kawan akak, tapi alhamdulillah Allah tunjuk kat dia awal2 sebelum proceed ke stage seterusnya...moga kawan akak diberi kekuatan atas ujian yang dia terima, dan mudah2an satu hari nanti Allah akan gantikan dengan insan yang lebih baik...

    ReplyDelete
  12. PJJ yang dah sah pun banyak cabarannya.. ini pula masih dalam fasa bercinta...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......