Tuesday, November 2, 2021

Inilah Rupanya Kari Kepala Kambing

Assalamualaikum..

Hi korang...

Ada yang tanya SA macam mana rupa kari kepala kambing kan? Kalau kat kampung- kampung ikut pengalaman SA la...orang yang masak tu x belah kepala tu tau..kalau Pak Zain masak pun ikutkan x belah kepala kambing tu...kepala kambing tu akan dililit dengan usus muda kambing dan dimasukkan seketul tu dalam kari, korang bleh baca ENTRY NI  ada gambar kepala kambing yang orang kampung masak tu...cumanya masa SA masak kari kepala kambing ni last week Pak Zain belah kepala kambing tu...kalau korang nak tau kepala kambing dan organ dalaman macam paru, hati, limpa dan jantung memang dh diproses bersih...so tak banyak kerja la....

Sebelum SA masak kari tu kan...SA rebus dulu semua dalam Noxxa. 20 minit je..settle terlerai daging dari tulang tu..korang leh tengok dari gambar ke dua...


Kepala yang dah dibelah 2...


hati, paru, lipa dan jantung...ada tulang kaki gak...


Aayam goreng...biadap plak rasanya amik gambar dari dlaam kuali je


Fav adik beradik SA...Peria goreng berlada


Petang adik ipar beli goreng pisang siap ada kuah kicap


Keropok Lekor


Apam balik


SA layan pisang goreng je...


So last week memang hari makan je la buat SA....makan..makan ..dan makan...lepas tu bising gemuk..kan? ntah bila nak work out semula ni..sibuk je memanjang...Khamis ni nat start la...cuti kan khamis...lepas tu nak concentrate tempahan Paru Berlado plak....alhamdulillah...permintaan lauk pauk x putus lagi...ada yang mintak bukak order untuk siput sedut plak...ya allah....korang leh bayang x macam mana SA nak jual lauk siput sedut...rasa macam x berani pun ada sebab siput sedut mahal giler oiiii....pas tu nak jual macam mana?pening fikir...kalau setakat daging salai tu SA boleh usaha lagi kan....

Korang rasa macam mana?



10 comments:

  1. SA boleh tak buatkan kita daging salai????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging salai yang belum masak kan...kita takut la nak courier, takut nanti rosak sampai kat SK....

      Delete
  2. Biasa dengan kari kepala ikan, kepala kambing belum lagi, meriah juadah petang, sedap.

    ReplyDelete
  3. Kari kepala kambin tu memamg rare kak...
    Mesti penjual pisang grg tu, buat style johor cicah sambal kicap...tp sambalnya cair

    ReplyDelete
  4. masa buat akikah Ian dulu ... kepala kambing tu sekor2 dia buat sup... time tu belum join blog, kalu tak sure dah snap dah.. he he he.

    ReplyDelete
  5. Peria faveret ammi gak. Bolehlah gang ngan adik bradik SA

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan kepala kambing... tap nampak gebu betul apam balik tu...yummmyyy..

    ReplyDelete
  7. Tak sanggup nak tengok kepala kambing. 😭

    ReplyDelete
  8. tak pernah makan kari kepala kambing. mungkin sebab di Johor dan KL menu tu jarang jumpa di kenduri

    ReplyDelete
  9. Makanaan exotic ni jarang sekali nak mencuba. huhu...
    peria goreng berlada tu sedap. Pisang goreng wajib ada sambal kicap baru layan :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah