Assalamualaikum...
SA rasa sedih sangat bila dapat perkhabaran salah seorang rakan blogger yang selalu support SA dan kawan- kawan yang lain dah pergi tinggalkan kita semua. Seorang kakak yang rajin bertandang dan memberi komen- komen ikhlas di setiap entry SA dan entry kawan- kawan yang lain, tiba- tiba senyap tanpa perkhabaran.
Rupa- rupanya Arwah Kak Kamsiah Yusoff dijemput illahi pada 1hb November 2021. Dan SA hanya tahu hari ini...dah hampir sebulan kan...
Innalillahiwainnailaihirojiun....
Baru hari ni SA tau yang arwah Kak Kam dah tiada melalui blog beliau. Patut lah blog arwah Kak Kam senyap aje..takde update apa- apa dan SA seolah tertunggu update dari arwah. SA x tau yang arwah Kak Kam dah tiada pada 1hb November yang lepas. Kat FB pun takde lalu pun berita pemergian arwah.
Ya allah terkesannya SA...sekali Kak Kam hubungi SA bagi tau yang dia happy sangat dapat hadiah Jute Bag dari SA selepas SA umumkan arwah pemenang Top Komentator September. Allah lebih menyayangi arwah Kak Kamsiah Yusoff. Walau SA x pernah bersemuka dengan arwah tapi SA rasa dekat sangat ngan dia. Terasa dah kenal lama...
Semoga arwah tenang disana dan rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T serta di tempatkan dikalangan insan- insan terpilih.
Terima kasih buat anak arwah yang buat entry pemberitahuan. Kalau tidak sampai ke sudah SA x tau yang arwah dah tiada..
Jom sama- sama kita doakan dan sedekahkan Al- Fatihah buat arwah Kak Kamsiah Yusoff..
Al- Fatihah
Allahuakbar! T_T
ReplyDeletePadanlah blog tidak berupdate, saya tergerak hati nak whatsapp arwah tapi takut mengganggu. Sesungguhnya terkejut dengan berita ni T_T
Innalillahiwainnailaihirojiun..
ReplyDeleteSemoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman..
Ramai kawan2 socmed yg rapat pergi selamanya sebulan dua ni, kita hanya menunggu giliran.
ReplyDeleteAl-Fatihah buat Allahyarhamah Kak Kamsiah Yusoff.
Al-Fatihah buat arwah Komsiah Yusoof. Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
ReplyDeleteAllahuakbar... Innalillahiwainnailaihirojiunnn
ReplyDeleteAl-Fatihah buat Allahyarhamah Kak Kamsiah Yusoff. Walaupun tak mengenli tapi terasa juga sebab kawan blogger
ReplyDeleteInnalillahiwainnaillahirojiun.. semoga ditempatkan bersama orang yang beramal soleh..
ReplyDeleteInnalillahiwainnailayhirojiuun..
ReplyDeleteTerperanjat Kak Mirror.
Seingatnya macam Kak Mirror ada follow beliau walaupun jarang komen.
Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh2 org2 yg beriman.
p/s :. Blogger kedua yg pergi meninggalkan Illahi di sepanjang Akak blogging. First, 8 thn dulu. Seorang remaja.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga Arwah di tempatkan bersamama golongan yang beramal soleh
ReplyDeleteInnalillahiwainna ilaihirojiuun. Semoga Allah SWT cucuri rahmat keatas rohnya dan menjadi syurga tempat tinggalnya. Aameen. AL-fatihah.
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeletedan di tempatkan dalam kalangan orang2 beriman
Semoga roh Allahyarhamah Kak Kam ditempatkan dlm kalangam mereka yg beriman..aminn..berita yg mengejutkan..blog kak kam antara blog yang saya suka baca terutamanya resepi resepinya..
ReplyDeleteإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
ReplyDeleteاَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Allahuakbar, saya pun terkejut dengar berita ni di hari akak post entry ni. Sedangkan arwah dah meninggal 1 Nov. Tertunggu tunggu jugak entry dari arwah. Dan arwah pun rajin singgah blog tinggalkan komen. Tahu tahu arwah dah tak ada. semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aaminn...