Tuesday, November 30, 2021

Lupa Nak Share

Assalamualaikum...

Hi korang...

Lupa SA nak share masakan SA hari Sabtu lepas...puas cari kat blog...xde ke SA share...keterlupaan rupanya..so kita simpan kat sini la ye gambar ni sebelum SA delete gambar...Sabtu lepas SA nyer turn masak memasak...ada ikan siakap bukan kayangan kat rumah...so masak itu je...pas tu ada la 2-3 dishes lagi...ikutkan xde idea nak masak..sebab tu lambat masak masa hari Sabtu...nama pun Sabtu kan...sarapan dah berat...so lambat la makan....ikan siakap tu bleh tahan gak besarnya...

Jom la tengok gambar...kat bawah tu ada resepi sekali ye...



Ikan siakap sweet Sour...


Ikan Siakap Sweet Sour 

Resepi
1 ekor Ikan Siakap Besar
4 ulas bawang putih - di tumbuk
3 ulas bawang merah- ditumbuk
2 inchi halia - ditumbuk
4 sudu cili kering - dah siap blend
3 batang serai - di potong serong
2 helai daun limau purut
1 labu bawang besar - potong bulat
sos tomato - ikut suka
sos cili - ikut suka
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil secukup rasa

Cara Masak

1. Goreng ikan siakap sampai masak dan agak garing - ketepikan
2.goreng bahan yang dah ditumbuk sampai garing
3.masukkan cili kering - masak sampai cili tu betul2 masak
4. masukkan sos tiram,sos tomato dan sos cili
5. masukkan serai,bawang besar dan daun limau purut
6.masak sampai betul2 wangi...
7. masukkan secukup rasa..
8.curahkan bahan sos atas ikan yang dah digoreng tadi
9.sedia di hidang


add on keropok ikan 


Sayur Bok Choy Goreng Ikan Masin


Ikan bilis berlada petai...x gaulkan semua sebab nak ikan bilis tu crunchy...ada yang x makan petai so asingkan macam tu...hehehehe


Malam tu goreng ikan pekasam sepat ronggeng...

Makan macam ni yang bahaya...

Buat bertambah nasi...tapi SA berjaya x tambah nasi...makan nasi sesenduk je..haaa...gigih tau...

Yeay siap entry hari ni...boleh la delete gambar yang beribu kat hp...hehehe....

 

Monday, November 29, 2021

Bekal Sandwich Untuk Dania Trial Exam Hari Ini...

Assalamualaikum...

Hi korang..

Hari ni Dania trial exam SPM....macam biasa la dia relaks je...pagi tadi 4.30am dia bangun untuk solat tahajud, lepas tu SA pun terus bangun...tak lena tido SA dari malam semalam sebab SA risau...biasa la mak- mak kan...anak nak exam mak dia yang lebih- lebih...maunya tak risau...satu- satunya harta dunia akhirat. SA bangun terus siapkan sandwich dan bekal nasi untuk tengahari memandangkan Dania Exam sampai petang....SA memang dah latih Dania bawak bekal dari sekolah rendah sampai sekarang. Jimat dan diyakini bersih serta selamat.So duit belanja mama bagi tu boleh simpan dalam tabung...

Buatkan bekal untuk Dania sekali la dengan bekal SA kan....ada pisang sebiji, sandwich sardin dan jugak nasi lauk ayam pencen semalam yang SA dah frozenkan....Dania plak SA bekalkan sandwich 2 set dan nasi serta lauk ayam goreng berlada. Semoga cukup la untuk dia sampai petang nanti...katanya dia balik pukul 4.45pm memandangkan subject BM paper 2 sebelah petang...Semoga Dania tenang- tenang je hadapi trial exam...




Bekal SA 



Untuk mama mestilah guna roti whole meal...dah makan 1 set...tinggal 1 set lagi...


Kopi 434 as usual..

Rezeki hari ni...

SA dapat makanan kat bawah ni sebab semalam birthday boss Legal Division so sambut hari ni...merasa la kami semua kek dan roti jala...lepas tu colleague SA belanja plak SA latte secawan...erm...memang murah la rezeki...
 

Roti Jala


Cheese Cake


Latte...


Alhamdulillah...

Rezeki....semoga bertambah rezeki kepada mereka yang memberi....amin....

Kulit Tampil Lebih Anjal Dengan Safi Youth Gold

Assalamualaikum..

Hi korang...


Disana rancak..disini rancak...dimana-mana rancak....apa tu? haaaaaa......meh sini SA nak bagitau korang yang mengalami masalah kulit leher kendur (double chin) akibat faktor usia atau kenaikkan berat badan dan bahagian leher yang kendur agak ketara....ada berita gembira untuk korang...tak perlu pening -pening dan tak perlu risau tentang harga. Harga product yang berpatutan dan confirm mampu milik!!siapa yang tak mahu cantik dan settle masalah dagu berlapis dalam masa 15 minit kan? jawapannya adalah product terbaru keluaran Safi Malaysia iaitu Safi Youth Gold atau lebih komersil kita panggil SYG.....

SA akui faktor umur dan kenaikkan berat badan secara mendadak ketika MCO tempohari membuatkan kulit leher dan dagu SA mengalami masalah berlapis. Kulit leher tak cantik seperti masa SA muda- muda dulu. Alhamdulillah SA diperkenalkan dengan Safi Youth Gold yang hebat. Ada separuh orang kata terima aje hakikat yang SA dah berusia tetapi mereka silap kerana dalam kehidupan seharian dan SA adalah bekerja di dalam sektor korporat, penampilan diri sangat memainkan peranan yang penting. Kulit leher dan dagu yang dulunya cantik mula menampakkan tanda- tanda seperti semakin kendur dan kurang anjal terutamanya pada wajah.


SA sangat- sangat bersetuju apabila usia semakin bertambah, penghasilan kolagen dalam kulit semakin berkurangan dan akan membuatkan kita nampak lebih tua dari usia dan hilang keyakinan diri. Tetapi dengan SYG, korang tak perlu risau. Tak kira berapa pun umur korang..awal 35 tahun? 40 tahun keatas? Jom tampil muda dari usia dengan kulit yang lebih anjal, halus dan berseri keemasan...







Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo membantu mengurangkan 50% dagu berlapis sepantas 15minit sahaja

✔️ Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift iaitu Vitamin C yang diperkuat dengan Nano Emas 24K agar lebih berkesan.
✔️ Ringan dan pantas meresap
✔️ Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives iaitu gabungan Golden C dan Ceramic 3 untuk 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit yang menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak

Safi Youth Gold ini dihasilkan berdasarkan ujian saintifik dan klinikal, serta berdasarkan 4 jenis parameter ujian antipenuaan. 



7 Dimensi Pemulihan Keremajaan Kulit


1. Melindungi kulit daripada pengoksidaan.
2. Menjadikan kulit lebih lembut.
3. Meningkatkan kelembapan kulit.
4. Mengurangkan garis halus & kedutan
5. Memulihkan kulit
6. Menganjalkan
7. Meningkatkan keanjalan dan keelastikan kulit


Korang berminat? boleh dapatkan di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada.


Lifting Golden C Duo Serum - https://bit.ly/3izM0fm
Lifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj


Instagram : @safimalaysia
Facebook : @SAFI.My
Twitter : @SAFI malaysia
Youtube : SAFI Malaysia

Sunday, November 28, 2021

Masak Lemak Cili Api Ayam Pencen Buat Kak Amie

Assalamualaikum....

Hi korang...

Dah makan ke? lambat skit la SA publish masak lemak cili api ayam pencen atau ayam tua ni...Kak Amie singgah rumah SA tadi x nampak gambar kan...so SA buat step by step untuk tatapan Kak Amie...nanti SA bagi resepi sekali ye...Mana tau kak Amie boleh cuba plak kat sana kan...hari ni memang sedap makan...lama sebenarnya tak makan ayam pencen...kat pasar tani tadi seekeor RM10 so Mak Pah beli 2 ekor....masak sekali semua sebab SA nak frozenkan skit nak bawak bekal pi keja esok...lepas tu adik bongsu nak balik kejap sebab suaminya ada urusan kat Seremban. Alang- alang masak la semua..bukan banyak pun 2 ekor...boleh dia makan sekali....

Ikutkan ayam pencen ni sanagt keras dagingnya....so SA rebus dulu dalam Noxxa....letak masa 30 minit...lembut terus...kalau rebus kat dapur gas lambat la SA masak...sedang- sedang elok je lembut dagingnya...Dania x berapa suka ayam pencen sebab keras..tapi elok jer dia makan tadi...seketul je la dia makan...nampak gaya petang kang kena la SA masakkan lauk lain untuk dia...itu signal dia x berapa satiesfied la ngan lauk tu....



Ayam pencen yang dah dibasuh bersih dimasukkan dalam Noxxa dan letak sedikit air...siyes lembut lepas 30 minit..jimat masa memasak


Air rebusan jangan dibuang ye...kalau rebus dalam kuali, dah empuk tu terus masukkan cili dan santan


Santan, cili api, kunyit hidup dan serai direnehkan dalam kuali. SA memang suka masak dalam kuali sebab senang nak masak dan cepat menggelegak


Beli pegaga yang dah siap disiang, 3 piring RM5 and orang jual tu sedekah sepiring kat kami...untung kan?


Dah menggelegak santan masukkan ayam pencen tadi...


Kacau bagi sekata


Tuangkan air rebusan ayam tadi...tujuannya agar santan tadi tidak terlampau pekat....


SA memang suka letak serai banyak sebab wangi...sedap jadinya lauk tu nanti..kalau nak lagi sedap rebus guna air kelapa....huiiii...lauk jadi lemak- lemak manis...


Lepas dah menggelegak masukkan pucuk pegaga


Gaul- gaulkan dan biarkan masak sekata....


Dah siap!!!!!

Sedap ke campur pucuk pegaga? Masak lemak cili api ni nak kena betul campurannya...masak ikan campuran nye ada yang sesuai ada yang x sesuai...sama gak ngan ayam atau daging...kena pandai gandingkan la...

 

Resepi Ayam Pencen Masak Lemak Cili Api

  1. Ayam Pencen/ Ayam Tua potong 12 atau ikut suka
  2. Rebus ayam dengan air kelapa ( 1-2 jam) / guna Noxxa 30 min sahaja
  3. Cili Api ( tahap kepedasan ikut suka)
  4. Kunyit hidup sebesar ibu jari, kalau ayam banyak boleh letak lebih
  5. Serai 5 batang
  6. Santan 1 biji Kelapa
  7. Asam Keping ( 2 keping)
  8. Kentang 3 biji potong 4 - SA x letak kali ni
  9. bahan no 3-4 di tumbuk lumat
Cara masak kat caption gambar ye.....atau baca kat SINI

Semoga membantu ye sapa-sapa nak cuba masak lemak cili api ayam...tak susah pun..tak banyak bahan pun...senang je...ada sesetengah tempat letak bawang merah bawang putih bagai kan...SA x letak sebab x suka...cukup cili api dan kunyit hidup...Jangan terliur lagi ye Kak Amie....boleh cuba dah tu...kalau kak Amie cuti lama hari tu boleh ajak singgah rumah SA...boleh jamu makan tengahari..mana tau nanti ada rezeki SA pi LD...bleh jugak SA tolong masakkan untuk Kak Amie...kan?

Bukan Main Seronok Petik Cili Api Masak Ranum


Assalamualaikum..

hi korang..

Selamat berhujung minggu....buat apa tu? SA baru balik dari pasar tani...takde apa yang menarik pun untuk SA hidangkan kat korang...so SA xde amik gambar...lagipun leka pimpin Mak Pah ..ajar dia berjalan sikit-sikit...asyik duduk je kan..kalau x hujan nak bawak dia ronda taman...bagi cepat sihat...pagi tadi bangun tido SA sempat harvest cili padi Pak Zain yang tengah banyak berbuah dan masak...seronok petik uolls...cili ni plak species yang pedas sampai nak putus urat otak...korang tengok la merah menyala tu ha....tapi SA suka je...sedap bila kunyah pas tu menggelupur meleleh air mata ngan hidung...siap pakej menung kejap...

Jom ikut SA tengok gambar...



Geram kan tgok banyak yg masak


Teringat cerita monyet...aku nak itu..aku nak itu...aku x kira..aku nak itu jugak...hehehehe....


x tau Pak Zain pakai baja apa sampai banyak buah nya


Dapat sepiring kecik hampir penuh...2 kali masak cukup ni...jimat duit pasar



Yang ni species cili besar2 gemuk2


Pokok kunyit...geram tgok daunnya


Daun puding untuk  masuk dalam rendang


Daun kaduk


Daun pandan memang banyak betul


Peria katak...x putus-putus berbuah


berbuah adakala x nampak..tau-tau dh besar


Ni bunganyaaaaa...cantik kan..

 

Lepas je sessi petik cili api tu yang SA pi Pasar Tani...Mak Pah sibuk nak pi berjalan...risau gak sebenarnya sebab takut dia penat ke apa kan...ye la nak berjalan lagipun bila pi pasar tani tu...sayur pun x banyak orang jual...SA beli 2 ikat pucuk paku..x tau la nak masak bila tu..hari ni Mak Pah trringin nak makan ayam.pencen masak lemak cili api campur pucuk pegaga..dh siap kang SA share ye kejadiannya...tengah rebus ayam pencen a.k.a ayam tua dalam noxxa....bagi empuk cepat...pas tu kang masakkan terus je...Noxxa SA ni buat hal plak mula-mula tadi...x kuar plak timer...rupanya dia amik masa nak appear timer tu..cuak jap la sebab ingatkan rosak...

Eh SA masak kejap la ye...nak goreng ikan pekasam mak mertua adik kirim hari tu...dapnyaaaaaa......

Saturday, November 27, 2021

Dah Dapat KFC Idaman Aydan...

Assalamualaikum....

HI korang...

Puas dh hati si Aydan semalam....cumanya dia lambat sampai rumah so dia terlepas ikut Atuk jemput mamalong.. Atuk malas nak tunggu terus je jemput mamalong and terus la pi beli KFC...janji dah pun ditunaikan...so SA xde hutang dengan dia...paling best tengok dia senyum nampak KFC..masa dia sampai tu SA kat atas mandi ..so kena la tunggu mamalong siap dulu baru boleh makan..nasib ayam goreng panas-panas lagi...

SA amik Wow Bucket 12pcs tu dan add on cheesy wedges 2 set yang large. Wow bucket tu patut ada black sesame ball tu tapi dh habis...so ganti ngan whipped potato..boleh la..malas nak pertikai...cumanya SA x check plak masa ambik tu...xde soa dibekalkan macam selalu...the way minah tu layan SA pun macam hape ..sebab SA leka depan kaunter tu nak pilih apa yang nak beli..biasa la tu kan...then dia tanya agak kasar "nak order ke kak?" sA pandang dia dan cakap " sabar jap...nak tgok menu" pas tu SA tgok dia balik...then SA ckp kuat2...okey saya nak order ...mulanya dia buat derk je borak ngan colleague dia...Sa sabar lagi SA ckp elok2 "Excuse me..i would like to make an order now...." Baru dia pandang....ooo manager rupanya sbb pakai baju kaler light yellow...ada SA kisah...ingat ko tgh layan customer dan dari duit customer tu gaji ko dibayar..jangan sampai SA jahat mulut cakap macam tu kat dia...kalau x fikir janji ngan Aydan SA pi KFC lain...hihihi...nasib mood SA okey...tp tu la..sampai rumah xde plak sos daalm packet tu...malas nak bising guna Je sos kat rumah..



Order SA dh ready


Ingat nak amik nugget ni...tp kang x abis plak banyak2


Pas tu bukak kotak...eh..kenapa banyak bahagian dada...ermmmmmmg minah tu pedajal SA la tu...thigh xde, drumstick 2 je..selebihnya dada.....bising Pak Zain..takpe SA ckp hari ni hari dia...


Dah get ready masa ni tunggu Aydan


Cheesy Wedges fav so mmg kena ada lebih


Whipped potato


Coaslow eh betul ke eja...arh lantak la


Budak muka puas hati


Tengok la mukanya..


Budak yg x leh janji ni...


Geram je...tgok la badannya tu ha...


Ajak amik gambar buat muka


Tgok ni...bab rosakkan gambar no satu


Muka happy dia bila dh dapat KFC..

 

Bukan makan banyak pun...sebab dia suka drumsticks ngan kepak tp ada banyak dada je plak....takpe la..nanti mama beli drumsticks banyak2 boleh la mama buat KFC plak...Takpe biar orang buat kita kan....jangan kita buat orang...masa tu mama dah request dh...tp minah tu x layan kan....buat kerja biar la ikhlas...ikut la kehendak customer...ikutkan geram dan rasa nak complain...tapi x berbaloi la...Biar la diorang...

Jumpa nanti next entry..