Tuesday, October 19, 2021

Sarapan Di Perkampungan Budaya Warisan Seri Menanti Kuala Pilah

Assalamualaikum...

Hi korang...

Ahad lepas SA satu family sekali ngan family adik bongsu pi sarapan pagi kat Kodai Makan Ain di Perkampungan Budaya Warisan yang terletak di Seri Menanti Kuala Pilah NS. Punya la jauh srapan pagi kan macam kat Seremban takde tempat makan. Ikutkan nak pi Pasir Panjang PD, Tapi adik ipar nak belanja makan kat situ. Mulanya cadang nak makan di D'Sawah kat Tanjung Ipoh tu...laaa...terbakar plak dah...hilang satu tempat sarapan viral kat Kuala Pilah. Tak tau la apa sebabnya terbakar.

Sampai jer orang memang dah ramai...kereta semua besar- besar...kami naik satu kereta je ngan family adik bongsu...orang yang plaing teruja for sure si Opick dan Tiara la kan...lepas bebas bergerak sebab kawasan lapang kan...

Best ke makan kat sini....okey la...kalau korang cari sarapan ala- ala kampung bleh la layan kat sini.sebelum ni Kodai Makan Ain ni terletak di tepi jalan simpang nak masuk ke pintu gerbang Seri Menanti tu...ntah macam mana diorang dapat meniaga plak dalam Perkampungan Budaya tu...rezeki la kot sebab situ memang kawasan luas dan dikelilingi sawah. Cuma masa kami pergi masih blom ditanam padi lagi cuma petak sawah ke dah diperbaharui. Kalau padi dah ditanam mesti lagi indah pemandangan kan...



Luas kawasan


Si princess Tiara ni nak berkepit ngan mamalong aje


Orang pun ramai tapi meja banyak...


SOP kena ikut ye...sila beratur


Masa ni dah ramai...


tu petak sawah dan dikelilingi gunung tempat ni....


Kuih muih yang ada...apam puteri ayu, apam pisang dan kuih kasui


Ni fav SA...kuih nona manis..


Lemang


Rendang daging pedas giler


Rendang pedal ayam...


Ni portion SA


Mak Pah makan nasi lemak...Pak Zain makan kuih muih je


depa satu family...

Kakak Dania makan bihun Spore


Rendang pedal


Waktu operasi Isnin- Ahad (7.00pagi- 4.00 petang), Jumaat cuti

Pilihan makanan okey...takde masalah cuma sedikit pedas pada pendapat SA..ada hiburan atau karaoke kot disediakan. Servis biasa tak lambat dan tak cepat sangat. Untuk makanan kena self service. Kalau nak bungkus pun kena buat sendiri..hehehe...SA dah habis makan baru nampak ada Soto, Mee Kari 

Nanti bila- bila boleh la makan kat sini lagi. Tak dapat nak explore lebih sebab orang dah ramai masa tu..So tak nak ramai- ramai...lepas jer makan kami decided keluar dan pergi tempat lain.

Total makan kami satu family RM61. Kira murah la tu kan....

Lepas tu kami teruskan perjalanan ke pekan Kuala Pilah..Nak beli Emas Rojak Berahim plak..malang nasib kami...patah balik sebab ramai beratur kat situ...lain kali la.....x gigih SA nak beratur...Korang kalau datang NS nak cari port sarapan boleh la cuba Kodai Makan Ain ni...boleh la masukkkan dalam wishlist...mungkin ada makanan yang menjadi tarikan korang kan...

Maklumat lanjut tentang kedai ni boleh tengok Laman Sosial diorang...bleh check kat gambar last tu eh....

14 comments:

  1. sedappnya menu2
    lama. x. ke Pilah rinduu nk ke sana

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat keluar sarapan sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Oh dia dah pindah ke dalam tu rupanya kodai tu

    ReplyDelete
  4. Sedapnya lomang tu...ngences..
    Minggu lepas say boli kat Pasar Tani..terkono lomang ghobuih...mmm

    Rendang pedal ayam tu nak masuk dalam list juadah raya nanti la SA...nampak menarik..Kena pesan kat penjual ayam awal2 ni.Tak pun start bulan puasa kena kumpul pedal la🤣

    ReplyDelete
  5. Macam-macam pilihan makanan yang ada.

    ReplyDelete
  6. terpikat dengan kuih muih lagi lagi si nona manis tu kak.

    ReplyDelete
  7. Kedai D'sawah ammi penah makan rasanya. Terbakar dah?

    Yg ini next lah kalau pakcik drebar rajin

    ReplyDelete
  8. Sedap-sedap makanannya... lama dah tak pi Kuala Pilah zaman bujang dulu kerap pergi keje kilang kat Nilai jadi ramai geng nogori... hehehe

    ReplyDelete
  9. Cantik tempat makannya SA..emandangan pun menarik...angin bertiup,mesti best kan..

    ReplyDelete
  10. kalau kos cuma RM61...memang dikira sangat murah dengan ramai orang dapat menjamu selera

    ReplyDelete
  11. Belum jejak masuk sini lagi. Last jejak sini 8 tahun lepas sebab photoshoot wedding kat sini. Tapi masa tu kat sini tak ramai orang lagi masa chef istana masak ke apa entah. jarang orang makan sini sebab mahal mungkin. Tapi kedai makan ain ni kedai yang tepi jalan dekat bus stop tu je depan pintu gerbang tu. Dorang arahkan pindah berniaga kat dalam. Tahu pun sebab ada kenalan husband bagitahu. Okaylah jugak dorang berniaga kat dalam sebab kat luar pun sentiasa penuh parking tepi jalan.

    Banyak jugak menu pilihan yang ada. Makanan rare macam lemang ke rendang ke kalau teringin makan datang sini terus je kan.

    ReplyDelete
  12. cantiknya makan sambil layan view mesti bertambah2

    ReplyDelete
  13. ramainya org dkt situ..dgn view cntik lg..

    ReplyDelete
  14. Ada juga jual lemang. Memang masakan Negeri Sembilan, pedas.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......