Friday, October 1, 2021

Pengumuman Pemenang Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda

Assalamualaikum...

Sampai dah masa untuk SA umumkan pemennag untuk Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda. Proses memilih pemenang SA serahkan sepenuhnya pada Dania. Memang SA x campur langsung sebab SA kerja kat office. Dania pun ambil masa nak pilih pemenang dimana dia ke go through satu- satu sajak. SA bab sajak ke apa ke memang failed la...campur plak Dania tengah sibuk dengan kelas online sebab tak lama lagi dia nak SPM kan...tapi dia luangkan jugak sedikit masa untuk pilih pemenang

Jom kita tengok siapa 3 pemenang untuk giveaway sempena birthday Dania ni dan sajak- sajak mereka yang buat Dania terpaut hati..ikutkan SA nak bagi semua yang join ni menang..hahahaha...adat bertanding kan..ada kalah ada menang...buat yang x bernasib baik jangan kecil hati...insyaallah boleh cuba lagi untuk GA akan datang dan boleh gak join top komentator yang memang every month SA anjurkan...




Peserta

  1. https://anakomak6.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
  2. https://inspiringsharing.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
  3. https://www.syuderis.com/2021/09/damia-sayang.html
  4. https://famf-tower.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
  5. https://blognisalpunya.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
  6. https://www.shidaradzuan.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
  7. https://nestumsusu.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
  8. https://www.ezaboomboom.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html


Dan pemenang adalah...

https://nestumsusu.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html

25 September 2004

Itulah titik bermula episod hidupmu didunia

Berbanggalah kamu wahai anak,

Lahirmu, ibarat cahaya yang menerangi hari-hari suram mamamu

Lahirmu, ibarat wangian yang sentiasa menyegarkan mamamu

Lahirmu, ibarat kertas peperiksaan yang tidak diketahui apa isinya

Lahirmu, ibarat vitamin yang menguatkan mamamu untuk terus melangkah

Kamulah racunnya,

Kamulah penawarnya

Kamulah nyawanya

Dania,

Panjang lagi perjalananmu

Jika tersungkur bangunlah

Jika tersasar kembalilah

Jika tersilap perbetulkanlah

Dania,

Andai satu hari nanti

Ada sang teruna yang datang mengetuk pintu hatimu

Tanyalah padanya

Apakah hatinya juga boleh dibukakan untuk mamamu?

Apakah dia juga bisa menyayangi mamamu seperti mana kamu?

Dania,

Doa dipanjat

Agar kamu dipanjangkan usianya

Agar kamu sentiasa bersama rahmatNya

Agar kamu sentiasa berjaya didunia dan akhirat sana


https://www.syuderis.com/2021/09/damia-sayang.html

"DANIA SAYANG"


Dania sayang, 

Di mana jua dirimu bertapak, 

Tak kira dimana kakimu berpijak, 

Tetap berpegang pada pesan,

Berdiri teguh memeluk iman, 

Di lupa jangan,

Ditinggal pun jangan. 


Roda itu,

Santapannya adalah berputar,

Lurus laluan, 

Elok pengakhiran.

Barangkali? 

Ada hari? 

Boleh jadi? 

Beronak berliku jalannya.


Benar Dania sayang, 

Sekilas pandang, 

Tampak elok, 

Hakikatnya jelas,

Terlihat buruk, 

Jadi, berwaspadalah. 


Jikalau yang pahit itu tampak manis sentiasa, 

Nescaya terlihat, 

Bosannya dunia, 

Mungkin sedap di mata, 

Namun hakikat, 

Bisa racunnya. 


Ingat Dania sayang, 

Hati mesti cekal, 

Jiwa harus kental, 

Bila rendahnya duduk, 

Yang tinggi acapkali ditenang,

Bahkan, 

Dipejam mata terbayang-bayang. 


Andai tinggi tapak berdiri,

Nescaya, 

Ada banyak mata memerhati.

Makin besar bahtera dikemudi, 

Seiring jua beban yang digalasi. 


Kekal ingat wahai Dania sayang,

Walau setinggi mana puncak didaki,

Tetap diturut resminya padi,

Tunduk merendah kekal berisi, 

Walau hayat dituai dan ditampi, 

Masih tetap hidup berbakti. 


Dania sayang, 

Andai tempatmu berpaut kian rapuh, 

Kekal yakin & terus utuh,

Menyerah tidak,

Berpaling jangan sekali,

Teruskan terbang tanpa menyerah,

Jangan dikhuatiri sayap yang patah





https://www.ezaboomboom.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html



SELAMAT 17, GADIS MANIS

Ainnul, si gadis manis

25 September 2021

Dihitung hari dengan jemari

Menanti tarikh teristimewa

Hari kelahiran sang puteri

Mengecapi usia tujuh belas

Mensyukuri hadirmu di bumi Tuhan


Dania, si gadis manis

Hidup ini tidak dijanji mudah

Tetaplah kuat dalam perjuanganmu

Jangan pernah mengalah

Tempur selagi dayamu

Sehingga cita digenggam rapi



Huda, si gadis manis

Doa dan kasih sentiasa mengiringimu

Agar engkau selalu sihat

Agar engkau selalu bahagia

Agar engkau selalu ceria

Agar engkau selalu berjaya

Dan agar engkau tahu hakikat kehidupan

Memilih permata itu jauh lebih sukar

Daripada terpijak taburan kaca yang melukakan



Ainnul Dania Huda yang manis,

Sentiasalah jadi yang terbaik

Seadanya dirimu

Semampunya dirimu

Sebagai anak

Sebagai cucu

Sebagai kawan

Dan sebagai makhluk indah ciptaan Tuhan

Yang memberi manfaat sebaiknya.


Selamat hari lahir Sang Puteri

Insan bernama Ainnul Dania Huda

Selamat 17, Gadis Manis



Tahniah buat 3 pemenang di atas...jutaan terima kasih SA ucapkan buat mereka- mereka yang sudi support giveaway ni...lepas ni kalau ada lagi GA...kena buat lain dari yang lain la..sajak ni ramai suka tapi nak cipta tu bukan mudah ye...haha...SA surrender tapi SA bagi la peluang kat Dania untuk realisasikan impian dia...Buat semua pemenang sila email details alamat dan no hp ke suriaamanda@yahoo.com dan tajuk email Pemenang Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda. SA dah dapat semua details boleh la SA uruskan bab hadiah plak.Cuma SA pohon selepas dapat hadiah pemenang dapat buat satu simple entry dan letak link blog SA je dalam entry korang..

Sekali lagi tahniah buat semua pemenang....terima kasih yang tak terhingga sebab sudi support walau penyertaan kurang dari jangkaan. Doakan SA dimurahkan rezeki inyaallah tahun depan kita buat GA lain plak...eh...mana tau nak buat GA sempena birthday Mak Pah kan? December 28 birthday Mak Pah yang ke 65 ke 66 ...hahaha..umur mak sendiri lupa...

21 comments:

  1. selamat hari lahir kpd Dania. Semoga mendapat keputusan cemerlang dlm SPM nanti. Tahniah kpd semua pemenang dan peserta GA....

    ReplyDelete
  2. Ya Allah HH.. Unbelievable. Thanks Dania pilih sajak dari ammi

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada semua peserta. 👍

    ReplyDelete
  4. Ehhh, saya tak sempat fikirrr..Hahhaa.Tahniahhh..nice sajak dari peserta, suka baca saja pemenang pertama tu jugak... Ibarat vitamin...Ok touchingggg

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki kali ini. Terima kasih Dania dan SA. Hehe. Rezeki jumaat :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat semua pemenang dan semua yang menyertainya.

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada pemenang.. Nak berkarya kena ada feel kak, sajak bukan benda mudah tetapi gaya bahasa itu payah untuk di karang dan di hadam hehe

    ReplyDelete
  8. Tahniah pd yg terpilih..semuanya berbakat dlm mengarang sajak puisi..

    ReplyDelete
  9. Tahniah semua! best2 sajak depa ^_^

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada semua pemenang... terbaik semuanya..

    ReplyDelete
  11. Tahniah2 kepada pemenang..betul2 nk buat sajak bkn senang.. Next GA pelis hahaha0

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...mekaseh Dania sayang sebab sudi pilih sajak acik😊💕. Tahniah pemenang2 & peserta2 yang lain.

    Mekaseh jugak pada TT, kak SA. Dapat khabar pun lepas kak SA roger kat FB😅.

    ReplyDelete
  13. Tahniah kpd semua yg berjaya.. giveaway ni mmg mencabar..

    ReplyDelete
  14. Hebat hebat semuanya yang menyahut cabaran. Tahniah untuk yang terpilih :)

    ReplyDelete
  15. Hebat hebat ya para peserta bersajak. Apa apa pun tahniahhh diucapkan kepada semua pemenang! ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......