Peserta
- https://anakomak6.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
- https://inspiringsharing.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
- https://www.syuderis.com/2021/09/damia-sayang.html
- https://famf-tower.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
- https://blognisalpunya.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
- https://www.shidaradzuan.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
- https://nestumsusu.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
- https://www.ezaboomboom.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
Dan pemenang adalah...
https://nestumsusu.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
25 September 2004
Itulah titik bermula episod hidupmu didunia
Berbanggalah kamu wahai anak,
Lahirmu, ibarat cahaya yang menerangi hari-hari suram mamamu
Lahirmu, ibarat wangian yang sentiasa menyegarkan mamamu
Lahirmu, ibarat kertas peperiksaan yang tidak diketahui apa isinya
Lahirmu, ibarat vitamin yang menguatkan mamamu untuk terus melangkah
Kamulah racunnya,
Kamulah penawarnya
Kamulah nyawanya
Dania,
Panjang lagi perjalananmu
Jika tersungkur bangunlah
Jika tersasar kembalilah
Jika tersilap perbetulkanlah
Dania,
Andai satu hari nanti
Ada sang teruna yang datang mengetuk pintu hatimu
Tanyalah padanya
Apakah hatinya juga boleh dibukakan untuk mamamu?
Apakah dia juga bisa menyayangi mamamu seperti mana kamu?
Dania,
Doa dipanjat
Agar kamu dipanjangkan usianya
Agar kamu sentiasa bersama rahmatNya
Agar kamu sentiasa berjaya didunia dan akhirat sana
https://www.syuderis.com/2021/09/damia-sayang.html
"DANIA SAYANG"
Dania sayang,
Di mana jua dirimu bertapak,
Tak kira dimana kakimu berpijak,
Tetap berpegang pada pesan,
Berdiri teguh memeluk iman,
Di lupa jangan,
Ditinggal pun jangan.
Roda itu,
Santapannya adalah berputar,
Lurus laluan,
Elok pengakhiran.
Barangkali?
Ada hari?
Boleh jadi?
Beronak berliku jalannya.
Benar Dania sayang,
Sekilas pandang,
Tampak elok,
Hakikatnya jelas,
Terlihat buruk,
Jadi, berwaspadalah.
Jikalau yang pahit itu tampak manis sentiasa,
Nescaya terlihat,
Bosannya dunia,
Mungkin sedap di mata,
Namun hakikat,
Bisa racunnya.
Ingat Dania sayang,
Hati mesti cekal,
Jiwa harus kental,
Bila rendahnya duduk,
Yang tinggi acapkali ditenang,
Bahkan,
Dipejam mata terbayang-bayang.
Andai tinggi tapak berdiri,
Nescaya,
Ada banyak mata memerhati.
Makin besar bahtera dikemudi,
Seiring jua beban yang digalasi.
Kekal ingat wahai Dania sayang,
Walau setinggi mana puncak didaki,
Tetap diturut resminya padi,
Tunduk merendah kekal berisi,
Walau hayat dituai dan ditampi,
Masih tetap hidup berbakti.
Dania sayang,
Andai tempatmu berpaut kian rapuh,
Kekal yakin & terus utuh,
Menyerah tidak,
Berpaling jangan sekali,
Teruskan terbang tanpa menyerah,
Jangan dikhuatiri sayap yang patah
https://www.ezaboomboom.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
SELAMAT 17, GADIS MANIS
Ainnul, si gadis manis
25 September 2021
Dihitung hari dengan jemari
Menanti tarikh teristimewa
Hari kelahiran sang puteri
Mengecapi usia tujuh belas
Mensyukuri hadirmu di bumi Tuhan
Dania, si gadis manis
Hidup ini tidak dijanji mudah
Tetaplah kuat dalam perjuanganmu
Jangan pernah mengalah
Tempur selagi dayamu
Sehingga cita digenggam rapi
Huda, si gadis manis
Doa dan kasih sentiasa mengiringimu
Agar engkau selalu sihat
Agar engkau selalu bahagia
Agar engkau selalu ceria
Agar engkau selalu berjaya
Dan agar engkau tahu hakikat kehidupan
Memilih permata itu jauh lebih sukar
Daripada terpijak taburan kaca yang melukakan
Ainnul Dania Huda yang manis,
Sentiasalah jadi yang terbaik
Seadanya dirimu
Semampunya dirimu
Sebagai anak
Sebagai cucu
Sebagai kawan
Dan sebagai makhluk indah ciptaan Tuhan
Yang memberi manfaat sebaiknya.
Selamat hari lahir Sang Puteri
Insan bernama Ainnul Dania Huda
Selamat 17, Gadis Manis
Tahniah kepada semua pemenang.
ReplyDeleteselamat hari lahir kpd Dania. Semoga mendapat keputusan cemerlang dlm SPM nanti. Tahniah kpd semua pemenang dan peserta GA....
ReplyDeleteTahniah kpd pemenang..
ReplyDeleteYa Allah HH.. Unbelievable. Thanks Dania pilih sajak dari ammi
ReplyDeleteTahniah Ammi!!😁💕
DeleteTahniah kepada semua peserta. 👍
ReplyDeleteEhhh, saya tak sempat fikirrr..Hahhaa.Tahniahhh..nice sajak dari peserta, suka baca saja pemenang pertama tu jugak... Ibarat vitamin...Ok touchingggg
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki kali ini. Terima kasih Dania dan SA. Hehe. Rezeki jumaat :)
ReplyDeleteTahniah buat semua pemenang dan semua yang menyertainya.
ReplyDeleteTahniah kepada pemenang.. Nak berkarya kena ada feel kak, sajak bukan benda mudah tetapi gaya bahasa itu payah untuk di karang dan di hadam hehe
ReplyDeleteTahniah pd yg terpilih..semuanya berbakat dlm mengarang sajak puisi..
ReplyDeleteTahniah semua! best2 sajak depa ^_^
ReplyDeleteTahniah kepada semua pemenang... terbaik semuanya..
ReplyDeleteTahniah2 kepada pemenang..betul2 nk buat sajak bkn senang.. Next GA pelis hahaha0
ReplyDeleteTahniah pada pemenang . Hebat2 semuanya
ReplyDeleteAlhamdulillah...mekaseh Dania sayang sebab sudi pilih sajak acik😊💕. Tahniah pemenang2 & peserta2 yang lain.
ReplyDeleteMekaseh jugak pada TT, kak SA. Dapat khabar pun lepas kak SA roger kat FB😅.
tahniahnyer 👌👌
ReplyDeleteTahniah kpd semua yg berjaya.. giveaway ni mmg mencabar..
ReplyDeletetahniah all..:)
ReplyDeleteHebat hebat semuanya yang menyahut cabaran. Tahniah untuk yang terpilih :)
ReplyDeleteHebat hebat ya para peserta bersajak. Apa apa pun tahniahhh diucapkan kepada semua pemenang! ;)
ReplyDelete