Monday, October 18, 2021

Menu Sabtu & Ahad SA Meriah!!

Assalmualaikum...

Hi korang...

Bila dah berkumpul weekend memang aktiviti masak memasak jadi meriah la kan....memang makan jer la kerja kami kat rumah....Sabtu kami masak 2 jenis lauk jer...tak berapa meriah sebab hanya Acu jer yang ada....then petang baru adik no 4 sampai....itupun dah meriah dah ni....2 jenis lauk ni...lepas tu ada sup ayam untuk anak- anak...ada telur dadar...ada apa lagi ntah....x sempat SA nak snap gambar..cuma 2 lauk tu je sempat snap...


Masak Tempoyak Daun Kayu


Masak Lemak Cili Api Daging cincang....ada lemak- lemak tu yang buat sedap...


Ahad plak SA yang masak...pagi kami sarapan kat luar...nun jauh di Kuala Pilah....itu nanti SA cerita di entry lain....Dalam fridge ada udang harimau balance beli itu hari....so masak jer yang tu....pas tu SA buat sambal ikan keli..Mak plak goreng betik mengkal....jom la tengok gambar.....



Udang harimau masak lemak cili api campur peria


Sambal ikan keli...letak cili besar tu buang bijinya....


Ni gambar dalam kuali...
 

Adik Ipar buat sambal belacan...


Betik mengkal goreng..


Bendi celur


Telur masin....


Punya la banyak lauk....luar biasa dari kebiasaan sebab ramai kan....kalau berkumpul semua adik beradik agaknya penuh satu rumah....apapun sedap makan kali ni....dah lama rumah ni tak ramai orang kan....

Weekend korang macam mana...pergi mana semalam?

17 comments:

  1. Tertelan2 ailio kita tengok lauk-pauk yang SA tayang ni. Tempoyak daun kayu tu lama sgt dh tak makan. Kalau boleh pos, nak aje minta SA masak dan pos, huhu

    ReplyDelete
  2. weekend kami biasa ja, lama dah tak makan tempoyak daun kayu tu...sodap ehhhh

    ReplyDelete
  3. dah dijangka dah ni, mesti best umah kak long ...dapnye semua

    ReplyDelete
  4. Amboii dia punya tayang...terliur kita tengok. Semua menu sedap2..tambah2 lg makan ramai2..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nampak sambal tempoyak daun kayu tu dah lama tak makan.

    ReplyDelete
  6. meriahh
    seronok. mkn. masak ramai2
    rinduuu suasana. camgini
    mask tempoyak daun kayu tu buat cik. nur telan. air liur

    ReplyDelete
  7. Sambal ikan keli,udang harimau..yummy

    ReplyDelete
  8. Lemak udang Peria.. Yummyyy.

    Weekend ammi lauk sempoi je

    ReplyDelete
  9. Meriahnya menu
    Nampak sedap2 belaka

    ReplyDelete
  10. Lah menyesal tengok malam-malam.. hahahha lapar jadinya

    ReplyDelete
  11. Ya Allah....sedap2 semuanya...waima sambal belacan tu pun menggamit selera...

    ReplyDelete
  12. lauk boleh buat tambah nasi ni..:)

    ReplyDelete
  13. Best sangat bila makan ramai ramai. Semua jadi berselera makan. Lauk pun meriah.

    ReplyDelete
  14. masak lemak tempoyak daun kayu mmg masakan org nogori kan kak, saya first makan mmg kat nogori je jumpa

    ReplyDelete
  15. Terliur tengok lauk-lauk dihidangkan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah