Thursday, September 9, 2021

Train Takde!!! Ko Rase?


Assalamualaikum...

Hi korang...

SA settlekan kerja adhoc, kawan-kawan semua dah balik tido dan ada yang pergi hantar tender tu ..so settle kerja SA pun keluar office... confident kul 11.30...lenggang kangkung Makcik Kiah SA jalan sambil dengar lagu...dalam kepala fikir balik awal boleh tido...rehat...penat x tau nak kata la kan...sendi-sendi sumer sakit...

Sampai depan KTM..SA terpandang jadual train...aduhaiiii..... next train pukul 13.20pm...alaaaaaa...nak buat apa plak kat KL Sentral kan....1 jam lebih nak tunggu...terus SA jalan balik slowly ke office dan lepak kat level 7..bilik tempat SA settle prepare tender pg tadi..buat kerja betul la...haihhhh....so lepak la SA kemaskan bilik tender tu sikit-sikit...while kawan2 lain ada yg dh tido dh...sabar je laa...

Ni SA dlm train...masih x sampai Seremban lagi...penat oiiii....perut dh lapar....hahaha....badan sakit2 ni...kaki rasa nak cramp...penat dari Isnin sampai hari ni kan...nasib boss bagi cuti esok...next week kena datang sebab nak kemaskan bilik tender tu...


16 comments:

  1. Balik rehat kak SA. Nasib baik esok dapat cuti. Boleh rehat lagi... Isnin ni penat balik nak kemaskan bilik tender tu..

    ReplyDelete
  2. Kalau badan dah letih rasa nak rebahkandiri saja, tidur...istirahat.

    ReplyDelete
  3. KTM ni tak pernah on time. Suka delay pun satu hal jugak. Dahlah tengah penat kan. Sabar je lah. Nasib lah office akak dekat je boleh patah balik dulu. Syukurlah esok cuti, balik nanti boleh sambung rehat tak payah nak fikir masuk kerja esok. Selamat berehat kak.

    ReplyDelete
  4. Tak apalah SA..rehat kat opis ja pun boleh....

    ReplyDelete
  5. Take care kak SA... kita dengar ni pun dah penat

    ReplyDelete
  6. Ok juga kak patah balik ke office. Sebab lama tu sejam lebih kena tunggu. Ada peluang rehat, rehatkan badan kak.

    ReplyDelete
  7. Mesti penat menunggu train lepas habis kerja. Esok bolehlah rehat, Kak SA.

    ReplyDelete
  8. KL - Seremban naik train biasa berapa RM dan berapa lama ambil masa?

    ReplyDelete
  9. kesiannya...rehatkan badan la hujung minggu ni kak SA

    ReplyDelete
  10. lama dah tak buat tender..last 10 tahun lepas kot.
    teringat masa tu sehari setengah kat ofis..tak balik (bila balik pukul 11pagi lebih camtu) naik LRT. boleh tak ammi sedar pukul 1.20 pm ammi masih dalam LRT. Macam mana punya berdengkurlah agaknya time tu. Tido mati.

    ReplyDelete
  11. dah lama tak naik ktm sebab bad service asyik delay je. nasib baik dapat cuti, boleh rest lama sikit

    ReplyDelete
  12. Take care kak SA! Memang letih tu menunggu train walaupun sejam lebih, baik balik office, boleh rest selesa sikit.

    ReplyDelete
  13. Selamat berehat SA. Masa cuti kena rehat betul, jangan fikir hal kerja. Have a good rest, good food dan boleh santai-santai tengok tv.

    ReplyDelete
  14. take care akak.. smoga urusan akak sntiasa dipermudahkan.. amin..

    ReplyDelete
  15. kalau saya ditempat SA pada bukan musim covid ni, saya lepak saja dkt station lrt tu haha sejam tu tengok movie ke aoa dah cukup sejam. haha tuuu punya takmau buat kerja :P

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah